Jumaat, 25 Oktober 2013

" SABAR ITU INDAH "


 [ Hadith Daripada Abu Sa'id Al-Khudry radiallahu 'anhu] ... Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : 

وَمَا أُعْطِيَ أَحَدٌ عَطَاءً خَيْرًا وَأَوْسَعَ مِنَ الصَّبْرِ

Mafhumnya : " Tidaklah dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih BAIK dan lebih LUAS melainkan (sifat) bersabar " [ Hr Bukhari No. 1469 ]

Jumaat, 19 Julai 2013

" MENCINTAI ALLAH "

[ Hadith Daripada Abu Musa Al-As'ary radiallahu 'anhu] Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ، أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ، وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ، كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ

Mafhumnya : " Sesiapa yang suka (ingin) bertemu dengan Allah. Allah suka (ingin) bertemu dengannya, dan sesiapa yang tidak suka untuk bertemu dengan Allah. Allah juga tidak suka untuk menemuinya " [ Hr Bukhari No. 6508 ]


Sabtu, 13 April 2013

Selasa, 2 April 2013

" AS-SOLEHAH "





Solehah






Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :
Maksud-Nya :

Dan mereka berkata. Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa [1],

Faedah Al-Quran :

Di antara doa kaum yang selalu mengingati Allah, mereka berdoa agar Allah anugerahkan isteri solehah. Sifat solehah yang di miliki oleh seorang wanita itu menyebabkan suaminya merasa tenang dan qana’ah, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

Maksud-Nya :

Maka wanita yang solehah itu ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)[2],

Faedah Al-Quran :

Di antara sifat-sifat solehah di dalam ayat ini. Kata Abdullah bin Abbas :

-          Taat perintah Allah dan Rasul-Nya (memelihara agama)
-          Taat pada suami
-          Memelihara maruah ketika suaminya tiada
-          Memelihara harta dan amanah suami

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِيمَا يَكْرَهُ فِي نَفْسِهَا وَلَا فِي مَالِهِ،
Mafhumnya :

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam di tanya tentang wanita yang terbaik, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Iaitu, Sebaik-baik wanita (isteri) adalah yang menyenangkan suami apabila ia melihatnya, mentaati apabila suami menyuruhnya, dan tidak menyelisihi atas dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai suaminya[3],

Faedah Hadith :

Hiasan yang terbaik di dunia ini ialah hiasan wanita solehah buat suaminya ketika suaminya melihatnya merasa qana’ah dan suaminya tidak merasa gelisah apabila bersama isterinya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍوأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ،
Mafhumnya :

Daripada Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah[4],

Faedah Hadith :

Isteri solehah ialah mereka yang sentiasa mentaati suaminya baik dari segi percakapan mahupun perbuatan kerana semua itu di anggap perhiasan bagi suami maka perhiasan yang terbaik itu adalah isteri solehah  Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ :  عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ


عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حُبِّبَ إِلَيَّ مِنْ الدُّنْيَا النِّسَاءُ وَالطِّيبُ وَجُعِلَ قُرَّةُ عَيْنِي فِي الصَّلَاةِ،
Mafhumnya :

Daripada  Anas  Beliau berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Dijadikan kasih/kesukaan bagiku dunia ini wanita dan  wangian (minyak wangi)  dan dijadikan penyejuk hatiku ialah solat[5],

Faedah Hadith :

Wanita solehah di mana mereka sentiasa menghiburkan suaminya dengan berhias diri untuk suaminya. Dengan hiasan tersebut mereka mendapat pahala dan suaminya merasa kasih melihatnya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ قاَلَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَاْ أُخبِرُكُم بِنِسَائِكُم فِي الجَنَّةِ؟ الْوَدُوْدُ الْوَلُوْدُ الْعَؤُوْدُ عَلَى زَوْجِهَا الَّتِي إِذَا آذَتْ أَوْ أُوْذِيَتْ جَاءَتْ حَتىَّ تَأْخُذُ بِيَدِ زَوْجِهَا، ثُمَّ تَقُوْلُ واللهِ لاَ أَذُوْقُ غُمْضًا حَتَّى تَرْضَى،

Mafhumnya :

Daripada Abdullah bin Abbas beliau berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Mahukah aku khabarkan kepada kalian tentang wanita-wanita kalian penduduk surga? Iaitu wanita yang penyayang (kepada suaminya), yang subur, yang selalu memberikan manfaat kepada suaminya, yang jika menyakiti atau salah laku terhadap suaminya. maka ia pun mendatangi suaminya lantas mengambil/meletak tangannya di tangan suaminya lalu berkata. demi Allah, Aku tidak boleh tenteram tidur hingga engkau redha kepadaku[6],

Faedah Hadith :

Sifat isteri solehah mereka sentiasa menjaga hak terhadap suaminya di mana mereka sentiasa mentaati suami dan menghormati suaminya dengan ketaatan tersebut bagi mereka syurga yang di redhai Allah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا،
Mafhumnya :


Daripada Abu Hurairah daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau bersabda : Sekiranya aku di bolehkan untuk memerintahkan seseorang untuk bersujud kepada seseorang. Nescaya aku akan perintahkan wanita (isteri) untuk bersujud kepada suaminya (kerana hak suami terlalu besar terhadapnya)[7],

Faedah Hadith :

Hadith ini bukan bermaksud sujud seperti sujudnya hamba kepada pencipta kerana sifat sujud hanya berhak kepada Allah sahaja maka dalam pembahasan ini Nabi gambarkan betapa besarnya hak suami ke atas isteri sehingga ungkapan kalimah sujud digunakan dan ia bermaksud taat. Maka kewajipan isteri mentaat suami sangat di tuntut kerana Allah tidak akan melihat atau beri perhatian kepada seorang wanita iaitu isteri sekiranya ia derhaka kepada suaminya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَنْظُرُ الله إِلَى امْرَأَةٍ لا تَشْكُرُ زَوْجَهَا، وَهِيَ لا تَسْتَغْنِي عَنْهُ،
Mafhumnya :

Daripada Abdullah bin Amr radiallahu 'anhuma Daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam beliau bersabda. Allah tidak akan melihat kepada seorang wanita (isteri) yang tidak bersyukur kepada suaminya, dan dia selalu menuntut (tidak pernah merasa cukup/qana’ah)[8],

Faedah Hadith :

Berdosa besar wanita yang tidak taat pada suaminya dengan perbuatan tidak bersyukur dengan apa yang ada atas suaminya iaitu atas apa yang suaminya berikan baik nafkah zahir mahupun batin sedangkan isteri solehah dia sentiasa bersyukur dan taat pada suaminya. Isteri yang taat baginya syurga. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ مُسَاوِرٍ الْحِمْيَرِيِّ عَنْ أُمِّهِ

عَنْ مُسَاوِرٍ الْحِمْيَرِيِّ عَنْ أُمِّهِ قَالَتْ سَمِعْتُ أُمَّ سَلَمَةَ تَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَيُّمَا امْرَأَةٍ مَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَنْهَا رَاضٍ دَخَلَتْ الْجَنَّةَ،
Mafhumnya :

Daripada Musawir Al-himyary daripada Ibunya[9] ia berkata Aku dengar Ummu Salamah berkata : Mana-mana wanita yang meninggal sedangkan ia di redhai oleh suamniya (tidak derhaka pada suaminya ketika ia masih hidup) ia masuk Syurga (baginya Syurga)[10],

Faedah Hadith :

Hadith ini lemah di sebabkan Musawir Al-himyary dan ibunya Majhulaani (tidak dikenali) sepertimana kata Ibin Hajar Al-Asqalani bahawa Musawir Al-himyary itu orang yang majhul begitu juga Imam Az-zahabi meletakan Musawir Al-himyary sebagai orang yang khabar atau hadithnya Mungkar. Hadith seperti di atas untuk Fadhailul amal dan maklumat kepada pembaca sahaja. Hadith lain, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّتْ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ،
Mafhumnya :

Daripada Abdurrahman bin Auf beliau berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Apabila seorang wanita (isteri) itu telah menunaikan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang dia suka (mengikut pilihannya)[11],

Faedah Hadith :

Wanita solehah pada asalnya mereka mudah masuk syurga dengan menjaga beberapa amanah seperti di atas dengan anugerah yang Allah berikan itu mereka bersyukur dan sifat isteri solehah itu mereka bersyukur dengan nikmat tersebut dengan mentaati suami untuk mencari redha Allah. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ أَبِي أُمَامَةَ

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ مَا اسْتَفَادَ الْمُؤْمِنُ بَعْدَ تَقْوَى اللَّهِ خَيْرًا لَهُ مِنْ زَوْجَةٍ صَالِحَةٍ إِنْ أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِنْ نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِنْ أَقْسَمَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْهُ وَإِنْ غَابَ عَنْهَا نَصَحَتْهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ،
Mafhumnya :

Daripada Abu Umamah daripada Nabi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau pernah bersabda : Tiada yang membawa manfaat/kebaikan bagi seorang mukmin selepas Taqwa kepada Allah melainkan isteri Solehah. jika suami memerintahnya (isteri) ia taat dan sekiranya dilihat kepada (isteri) menyenangkan (hati suami) dan jika dibahagi giliran untuknya ia terima dan jika suaminya tiada ia jaga kehormatan dirinya dan harta suaminya[12],

Faedah Hadith :

Hadith ini juga di riwayat oleh At-tabrani dalam Al-ausod dan pada matan hadith ini ada sifat sahih seperti mentaati suami walaupun jumlah matan hadith ini lemah kerana Utsman bin Abu Atikah dan dalam sanad hadith ini juga Ali bin Yazid lemah. Pada nilaian maksud hadith dan jumlah matan ia bersifat penerangan sifat isteri solehah di mana isteri-isteri sentiasa mencari redha Allah dengan mentaati suami kerana untuk mendapat redha Allah ia mesti mendapat redha suaminya Hadith lain. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِى وَقَّاصٍ

عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِى وَقَّاصٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَرْبَعٌ مِنَ اَلسعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، وَالْمَسْكَنُ ألوَاسِعُ، وَاَلجَارََُُّ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ اَلهَنِيءُ، وَأَرْبَع مِنَ اَلشًقَاوَةِ : اَلْجَارُ السُّوءُ، والمرأة اَلسُّوءُ، وَالْمَسْكَنُ اَلضيقُ، وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ،
Mafhumnya :

Daripada Sa’ad bin Abu Waqqas beliau berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Empat perkara membawa kebahagiaan kepada manusia Isteri solehah, Rumah yang baik (luas), Jiran yang Soleh (baik) dan kenderaan yang selesa, Dan empat perkara membawa manusia sensara. Jiran yang zalim/jahat, Isteri yang derhaka/jahat, Tempat tinggal yang tidak baik (sempit) /kecil dan kenderaan yang tidak selesa[13],

Faedah Hadith :

Empat perkara di dalam hadith ini bersifat motivasi buat umat Muhammad shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan adanya isteri solehah Sesiapa yang memilih wanita solehah insyaAllah dia bahagia. Hadith lain, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ :  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ،
Mafhumnya :

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau bersabda : Wanita itu dinikahi kerana empat perkara, Kerana hartanya, kerana kemuliaan keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya engkau akan untung[14],

Faedah Hadith :

Wanita solehah pasti ada padanya agama maka beruntunglah sesiapa yang memilih wanita solehah walaupun ia kurang cantik tetapi ada padanya agama ia yang terbaik dan yang terutama. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ ثَوْبَانَ

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ { وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ[15]} قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ فَقَالَ بَعْضُ أَصْحَابِهِ أُنْزِلَ فِي الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ مَا أُنْزِلَ لَوْ عَلِمْنَا أَيُّ الْمَالِ خَيْرٌ فَنَتَّخِذَهُ فَقَالَ أَفْضَلُهُ لِسَانٌ ذَاكِرٌ وَقَلْبٌ شَاكِرٌ وَزَوْجَةٌ مُؤْمِنَةٌ تُعِينُهُ عَلَى إِيمَانِهِ،

Mafhumnya :

Daripada Tsauban bin Bajdad beliau berkata ketika turun ayat : “ Dan mereka yang menyimpan emas dan perak [16]“ kami bersama Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pada salah satu perjalanan maka sebahagian sahabat berkata. Telah turun ayat tentang emas dan perak, sekiranya kita tahu harta yang terbaik maka kami mengambilnya. Maka beliau (Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam) bersabda : Harta yang tarbaik ialah zikir dan hati bersyukur dan isteri Mu’minah/solehah yang membantu keimanan suaminya[17],

Faedah Hadith :

Sebaik-baik harta itu ialah orang yang memiliki isteri solehah. Itulah harta yang lebih baik daripada emas dan perak dan isterinya itu sentiasa membantu suaminya untuk mencari redha Allah Maka beruntunglah sesiapa yang memilik isteri seperti itu. Hadith lain, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ رَزَقَهُ اللَّهُ امْرَأَةً صَالِحَةً، فَقَدْ أَعَانَهُ اللَّهُ عَلَى شَطْرِ[18] دِيْنِهِ، فَلْيَتَّقِ اللَّهَ فِي الشَّطْرِ الثَّانِي،
Mafhumnya :

Daripada Anas bin Malik radiallahu 'anhu  bahawa  Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Barang siapa yang diberi (rezeki) isteri yang solihah oleh Allah, bererti telah ditolong oleh-Nya pada separuh agamanya. Oleh kerana itu, hendaknya ia bertaqwa pada Allah separuh yang lain[19],

Faedah Hadith :

Beruntunglah seorang lelaki yang mendapat isteri solehah kerana padanya sangat besar faedahnya sehingga kebaikan sebahagian dari agama di samakan dengan wanita solehah yang membantu suaminya untuk mencari redha Allah dan taqwa kepada yang maha Agung  untunglah adanya isteri solehah dan suami yang soleh mereka sama-sama berusaha untuk mencari redha Allah. Hadith lain, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ، فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ، رَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا، فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ،
Mafhumnya :

Daripada Abu Hurairah beliau berkata. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Semoga Allah merahmati seorang lelaki (suami) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan isterinya hingga isterinya pun solat. Jika isterinya tidak mahu, ia (suami) percikkan air ke wajahnya. Dan semoga Allah merahmati seorang wanita (isteri) yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan ia membangunkan suaminya hingga suaminya pun solat. Jika suaminya tidak mahu, ia (isteri) percikkan air ke wajahnya[20],

Faedah Hadith :

Mereka suami dan isteri yang bangun menunaikan solat malam akan di catatkan pahala bagi mereka sebagai orang yang selalu berzikir[21] inilah sifat isteri solehah yang selalu membantu suaminya untuk mengingati Allah dan suami yang soleh juga selalu membimbing isterinya agar selalu mengingati Allah. Maka beruntunglah mereka yang soleh dan solehah. Wanita solehah ia akan sentiasa mentaati suaminya dan menyayangi suaminya. Hadith lain, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ أَبِي مُسْلِمٍ الْخَوْلَانِيِّ حَدَّثَنِي مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ

عَنْ أَبِي مُسْلِمٍ الْخَوْلَانِيِّ حَدَّثَنِي مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ الْمُتَحَابُّونَ فِي جَلَالِي لَهُمْ مَنَابِرُ مِنْ نُورٍ يَغْبِطُهُمْ النَّبِيُّونَ وَالشُّهَدَاءُ،
Mafhumnya :

Daripada Abu Muslim Al-khaulani, Mu’az bin Jabal menceritakan kepadaku. Ia berkata. Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, Orang-orang yang saling mencintai dalam keagunganku bagi mereka mimbar daripada cahaya. Kedudukan mereka seperti yang di inginkan para Nabi dan Syuhada[22],

Faedah Hadith :

Betapa beruntungnya mereka yang saling mencintai kerana Allah mereka di sisi Allah baginya kebaikan seperti para Nabi dan golongan syuhada. Suami mencintai isteri dan isteri mencintai suami, inilah sifat golongan soleh dan solehah wanita solehah ia akan sentiasa mencintai suaminya dan sentiasa taat pada suaminya dan memenuhi segala keinginan suaminya melainkan hal yang di larang syara’ sahaja. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةََ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا مِنْ رَجُلٍ يَدْعُو امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهَا فَتَأْبَى عَلَيْهِ إِلَّا كَانَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ سَاخِطًا عَلَيْهَا حَتَّى يَرْضَى عَنْهَا،

Mafhumnya :

Daripada Abu Hurairah beliau berkata. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Demi zat jiwaku berada di tangan-Nya. Tidaklah seorang lelaki (suami) yang memanggil isterinya ke tempat tidur (untuk bermesra) sedangkan (isteri) tidak mahu. Melainkan yang ada di langit murka ke atasnya sehingga suaminya meredhai (memaafkan isterinya)[23],

Faedah Hadith :

Hadith ini menunjukan dosa besar seorang isteri yang mennyakiti suaminya dengan menolak keinginan suaminya malahan para malaikat juga melaknat isteri tersebut sampai ke subuh[24]. Dan isteri yang solehah mereka sentiasa menundukkan pandangannya daripada melihat yang bukan mahram dan sesuatu perbuatan yang menyebabkan suaminya merasa cemburu atau melahirkan finah ke atasnya. Kata 'Ali bin Abi Talib radiallahu 'anhu :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ عَلِىْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ

أَلَا تَسْتَحْيُونَ أَوْ تَغَارُونَ؟ فَإِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّ نِسَاءَكُمْ يَخْرُجْنَ فِي الْأَسْوَاقِ يُزَاحِمْنَ الْعُلُوجَ،
Mafhumnya :

Apakah kamu tidak malu atau cemburu? sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa wanita-wanita kamu keluar pergi ke pasar-pasar lalu mereka bercampur dengan kaum lelaki[25],

Faedah Hadith :

Wanita solehah mereka akan sentiasa jaga ikhtilat terhadap lelaki yang bukan mahram baginya demi mentaati suaminya kerana wanita mudah terdedah kepada fitnah. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ،
Mafhumnya :

Daripada Abdullah bin Mas’ud daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau bersabda : Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan menghiasinya (pada pandangan lelaki)[26],

Faedah Hadith :

Wanita solehah mereka sentiasa menjaga maruahnya dari segala fitnah kerana perhiasannya hanya untuk suami tercinta dan selalu menutup perhiasannya atau kecantikkannya daripada lelaki-lelaki yang bukan mahram baginya. Diriwayatkan :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ عَائِشَةَ

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ الرُّكْبَانُ يَمُرُّونَ بِنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُحْرِمَاتٌ فَإِذَا حَاذَوْا بِنَا سَدَلَتْ إِحْدَانَا جِلْبَابَهَا مِنْ رَأْسِهَا عَلَى وَجْهِهَا فَإِذَا جَاوَزُونَا كَشَفْنَاهُ،
Mafhumnya :

Daripada Aisyah beliau berkata : Adalah penunggang-penunggang melalui kami sedangkan kami bersama dengan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam keadaan Ihram, apabila mereka melintasi kami maka setiap kami (isteri-isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam) akan melabuhkan jilbabnya daripada kepalanya ke atas wajahnya apabila mereka telah berlalu kami pun membukanya kembali[27],

Faedah Hadith :

Wanita solehah mereka akan menutup perhiasannya daripada yang bukan hak sepertimana yang di lakukan oleh isteri-isteri baginda menutup dari lelaki yang tiada hak untuk melihat kecantikannya kerana kecantikan seorang isteri solehah hanya untuk suaminya kerana berhias bukan untuk suaminya termasuk perbuatan dosa dan di hari kiamat kelak dia akan berada dalam keadaan yang gelap gelita Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ مَيْمُونَةَ بِنْتِ سَعْدٍ

عَنْ مَيْمُونَةَ بِنْتِ سَعْدٍ وَكَانَتْ خَادِمًا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الرَّافِلَةِ فِي الزِّينَةِ فِي غَيْرِ أَهْلِهَا كَمَثَلِ ظُلْمَةِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا نُورَ لَهَا،
Mafhumnya :

Daripada Maimunah binti Sa’ad pembantu kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau berkata. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Perumpamaan wanita yang berhias/bersolek untuk selain suaminya, bagaikan berada dalam kegelapan pada hari kiamat. tidak ada cahaya baginya[28],

Faedah Hadith :

Wanita solehah hanya berhias untuk suaminya kerana berhias untuk suami ia mendapat pahala dan berdosa berhias untuk selain daripada suaminya kerana perbuatan menghias kecantikan kepada bukan suaminya di hari kiamat kelak dia akan berada dalam keadaan gelap tanpa ada cahaya baginya kerana perbuatan menghias dan bersolek atau mempamirkan kecantikkannya bukan kepada yang hak di namakan tabarruj sedangkan perbuatan tersebut hanya di amalkan oleh golongan jahiliyyah. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

القُرآنُ اْلكَرِيْم


MaksudNya :

Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu[29],

Faedah Al-Quran :

Tabarruj ialah wanita yang mempamirkan kecantikannya pada lelaki yang bukan mahram baginya sedangkan kecantikan atau perhiasannya hanya untuk suaminya. Wanita yang memiliki sifat taat pada suaminya baik dari percakapannya mahupun perbuatan ia di kira wanita solehah dan ketaatan kepada suaminya melebihi kedua ibu bapanya. Kata Sheikhul Islam Ibnu Taimiah :

شيخ الإسلام ابن تيمية

الْمَرْأَةُ إذَا تَزَوَّجَتْ كَانَ زَوْجُهَا أَمْلَكَ بِهَا مِنْ أَبَوَيْهَا وَطَاعَةُ زَوْجِهَا عَلَيْهَا أَوْجَبُ،
Mafhumnya :

Seorang wanita apabila ia berkahwin (nikah). suaminya adalah lebih berkuasa ke atasnya daripada kedua ibu bapanya dan wajib isteri taat kepada suaminya (berbanding kedua ibu bapanya)[30],

Manfaat Kata Ulama :

Seorang isteri ia wajib mentaati suaminya melebihi kedua ibu bapanya kerana selepas nikah hak ketaatan berpindah kepada suami dan wanita solehah ia tidak menyakiti (ingkar) suaminya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُؤْذِي امْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِي الدُّنْيَا إِلَّا قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنْ الْحُورِ الْعِينِ لَا تُؤْذِيهِ قَاتَلَكِ اللَّهُ فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكَ دَخِيلٌ يُوشِكُ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا،
Mafhumnya :

Daripada Mu’az bin Jabal daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau bersabda : Tidaklah seorang wanita (isteri) yang menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, Janganlah engkau sakiti dia, Allah memerangimu (membencimu). Sesungguhnya dia di sisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah dari mu untuk berkumpul dengan kami (di syurga)[31],

Faedah Hadith :

Isteri solehah mereka sentiasa mentaati perintah suaminya walaupun kedua ibu bapa memerintahkan sesuatu padanya ia mesti meminta izin daripada suaminya dahulu walaupun perintah itu datang daripada kedua ibu bapanya sekiranya ia tidak meminta izin suaminya bermaksud ia telah menyakiti suaminya. Mentaati suami jalan baginya ke syurga dan derhaka kepada suami jalan baginya ke neraka, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :


عَنْ الْحُصَيْنِ بْنِ مِحْصَنٍ الأَنْصَارِيِّ، عَنْ عَمَّةٍ لَهُ، أَنَّهَا أَتَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِحَاجَةٍ لَهَا، فَلَمَّا فَرَغَتْ مِنْ حَاجَتِهَا، قال أَذَاتُ زَوْجٍ أَنْتِ. قَالَتْ نَعَمْ، قال فَكَيْفَ أَنْتِ لَهُ. قَالَتْ مَا آلُوهُ إِلا مَا عَجَزْتُ عَنْهُ، قال : فَانْظُرِي أَيْنَ أَنْتِ مِنْهُ، فَإِنَّهُ جَنَّتُكِ ونَارُكِ،

Mafhumnya :

Daripada Al-Hushain bin Mihshan al-Ansori  menceritakan bahawa ibu saudaranya pernah datang ke tempat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana satu keperluan. selesainya dari keperluan tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya : Apakah engkau sudah bersuami? Ibu saudara  Al-Hushain menjawab : Sudah. Bagaimana (sikap) engkau terhadap suamimu? tanya Rasulullah lagi. Ia menjawab : Aku tidak pernah mengurangi haknya kecuali dalam perkara yang aku tidak mampu. Rasulullah bersabda : “Lihatlah di mana kedudukanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, kerana suamimu adalah syurga dan nerakamu”[32],

Faedah Hadith :

Hadith ini menunjukkan tentang kedudukan seorang isteri terhadap suaminya bertapa besarnya kewajipan mentaati suami kerana kebanyakan perkara mesti di restui suaminya. Sesiapa yang suaminya meredhainya ia masuk syurga[33] dan sesiapa yang buat suaminya murka terhadapnya ia masuk neraka. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ،
Mafhumya :

Daripada Abdullah bin Abbas beliau berkata. Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Aku telah melihat neraka ternyata kebanyakan ahlinya wanita kerana mereka selalu ingkar, di Tanya adakah mereka ingkar kepada Allah? Nabi jawab : Mereka kufur (derhaka) terhadap suami-suami mereka, kufur (ingkar) terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu[34],

Faedah Hadith :

Wanita pada asalnya mereka mudah masuk Syurga dan mudah juga ke neraka dengan yang sedemikian wanita perlu di jaga dan wanita solehah ia akan sentiasa memelihara dirinya daripada kufur (ingkar) terhadap suaminya. Dalam hadith ini menunjukan wanita ramai di dalam neraka kerana tidak bersyukur dengan apa suaminya berikan malahan sedikit kekurangan yang ada pada suaminya ia mengungkit sehingga kebaikan suaminya terhadapnya di lupakan dan hanya melihat keburukan tanpa merasa syukur apa yang suaminya telah berikan dahulu. Dengan perbuatan tersebut wanita itu di masukan ke dalam neraka. Wanita solehah mereka sentiasa bersyukur dan sentiasa merasa qana’ah dengan bersyukur dan qana’ah wanita tersebut pasti akan merasa istiqamah untuk mencari redha Allah. Hadith lain Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ حَكِيمِ بْنِ مُعَاوِيَةَ الْقُشَيْرِيِّ عَنْ أَبِيهِ

 عَنْ حَكِيمِ بْنِ مُعَاوِيَةَ الْقُشَيْرِيِّ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا حَقُّ زَوْجَةِ أَحَدِنَا عَلَيْهِ قَالَ أَنْ تُطْعِمَهَا إِذَا طَعِمْتَ وَتَكْسُوَهَا إِذَا اكْتَسَيْتَ أَوْ اكْتَسَبْتَ وَلَا تَضْرِبْ الْوَجْهَ وَلَا تُقَبِّحْ وَلَا تَهْجُرْ إِلَّا فِي الْبَيْتِ،
Mafhumnya :

Daripada Hakim bin Mu’awiyah Al-khusairy daripada ayahnya (Mu’awiyah bin Haidah) katanya aku berkata : Wahai Rasulullah, apakah hak isteri terhadap suaminya? Jawab baginda,  Hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan memberi pakaian apabila engkau berpakaian dan jangan engkau memukul muka dan jangan engkau menghinanya dan janganlah engkau asingkan (ketika nusyuz) melainkan di dalam rumah[35]

Faedah Hadith :

Suami yang baik ialah suami yang selalu beri hak kepada isterinya dan yang terbaik itu apa sahaja yang suaminya ada ia berikan kepada isterinya juga. Ia makan dan ia beri isterinya makan maka sebaik-baik suami ia ihsan terhadap isterinya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

اَلْحَدِيْثُ : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا،


Mafhumnya :

Daripada Abu Hurairah katanya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling bagus akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya[36],

والله الحمد


[1].     سورة البقرة الآية : 82  (2)
[2].          سورة النساء الآية : 34  (3)
[3].     أخرجه الحاكم في المستدرك على الصحيحين حديث رقم : 2/161  ]صحيح[
[4].    أخرجه مسلم حديث رقم : 2669  ] صحيح مسلم [
[5].    أخرجه النسائي حديث رقم : 3939  ] حسن صحيح [
[6].   أخرجه النسائي " سنن النسائي الكبرى " حديث رقم : 9094  " السلسلة الصحيحة "رقم : 287  ] صحيح [
[7].    أخرجه الترمذي حديث رقم : 1159  ] حسن صحيح [
[8].    أخرجه الحاكم في المستدرك على الصحيحين حديث رقم : 7336  4/193  ] صحيح [
[9].     هذا الحديث لا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم وأنه لا حجة لمن صحح الحديث أو حسنه رحمة الله عليهم أجمعين لجهالة
             مساور الحميري وأمه والله أعلم،
[10].     أخرجه ابن ماجه حديث رقم : 1854  ] ضعيف [  عَنْ مُسَاوِرٍ الْحِمْيَرِيِّ عَنْ أُمِّهِ  ] مجهولان[    
[11].    أخرجه احمد حنبل في مسنده حديث رقم : 1664  ] صحيح [
[12].    أخرجه ابن ماجه حديث رقم : 1857  ] ضعيف [  وهذا إسناد ضعيف عثمان بن أبي عاتكة  " سلسلة الأحاديث الضعيفة
             والموضوعة وأثرها السيئ في الأمة " رقم : 4421
[13].    أخرجه ابن حبان في صحيحه حديث رقم : 1232  ] صحيح [
[14].     أخرجه البخاري حديث رقم : 5090  ] صحيح البخاري [
[15].     سورة التوبة الآية : 34 (9)
[16].     سورة التوبة الآية : 34 (9)
[17].     أخرجه الترمذي حديث رقم : 3094  و ابن ماجه حديث رقم : 1856  ] صحيح [
[18].     ( شطر ) الشَّطْرُ نِصْفُ الشيء والجمع أَشْطُرٌ
[19].     أخرجه الحاكم في المستدرك على الصحيحين حديث رقم : 2681  2/ 175  ] حسن لغيره [
[20].   أخرجه ابو داود حديث رقم : 1308   ]حسن صحيح [
[21].   أخرجه ابو داود حديث رقم : 1309   ]صحيح [
[22].    أخرجه الترمذي حديث رقم  : 2390  ] صحيح [
[23].    أخرجه مسلم حديث رقم : 1436  ] صحيح مسلم [
[24].    أخرجه البخاري حديث رقم : 5194  ] صحيح البخاري [
[25].    أخرجه أحمد بن حنبل في مسنده حديث رقم : 1118  1/133  ] ضعيف [
[26].    أخرجه الترمذي حديث رقم  : 1173  ] صحيح [
[27].    أخرجه أبو داود رقم الحديث : 1833  وأخرجه ابن ماجه برقم الحديث : 2936  وأخرجه أحمد بن حنبل في مسنده برقم
           الحديث : 23903 ( 6/30) ج17 ص208 ط : دارالحديث 1416 هـ / 1995 مـ القاهرة- مصر ] حسن لغير[
[28].    أخرجه الترمذي حديث رقم : 1167]  ضعيف [
[29].    سورة الأحزاب الآية : 33 (33)
[30].    تقي الدين أبو العباس أحمد بن عبد الحليم بن تيمية الحراني (المتوفى : 728هـ)   مجموع الفتاوى ]   32/261 [
[31].    أخرجه الترمذي حديث رقم : 1174  ] صحيح [
[32].   أخرجه أحمد حنبل في مسنده حديث رقم : 26805  4/341  " السلسة الصحيحة " رقم : 2612  ] صحيح [
[33].   أخرجه ابن ماجه حديث رقم : 1854  ] ضعيف [  عَنْ مُسَاوِرٍ الْحِمْيَرِيِّ عَنْ أُمِّهِ  ] مجهولان[    
[34].    أخرجه البخاري حديث رقم : 29  ] صحيح البخاري [
[35].    أخرجه ابو داود حديث رقم : 2124  ] حسن صحيح [
[36].    أخرجه الترمذي حديث رقم : 1162  ] حسن صحيح [