Ahad, 18 Julai 2010

Berbakti Kepada Kedua Ibu-Bapa

Firman Allah SWT : MaksudNya : Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. [ Al-Israak : 23 ] Syarahan Ayat : Ayat ini Allah SWT memerintahkan kepada hambanya agar jangan sama sekali menyembah selain dari Allah SWT dan Allah SWT memerintahkan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa meraka dengan sebaik-baiknya. Ini kerena kedua ibu bapa sangat banyak jasanya kepada anak-anaknya. Maka Allah memerintahkan mentaati mereka. Oleh yang demikian Allah SWT menegaskan jangan sama sekali mengkasari mereka ketika mereka sudah lanjut usir baik dari segi percakapan mahupun perbuatan. Dan janganlah menggatakan kepada mereka walaupun perkataan “ Ah “ atau perbuatan yang tidak baik kepada mereka. Dalam ayat ini juga Allah memerintahkan supaya bercakap yang baik atau perbuatan yang mulia kepada meraka dengan semulia-mulianya. Dalam ayat lain Allah SWT berfirman : Maksudnya : Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya. ibunya Telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya (Dirinya) dalam dua tahun. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapamu, Hanya kepada-Kulah kembalimu. [ Luqman : 14 ] Syarahan Ayat : Ayat ini menerangkan ketika mana Luqman[1] menasihati anaknya agar jangan mensyirikan Allah SWT dengan sesuatu dan menyuruh anaknya berbakti kepada orang tua ( Kedua Ibu bapa ). Ini kerana jasa mereka yang mendidik dan menjaga anak-anak mereka. Dalam masa yang sama Ayat : وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ Bermaksud : Dalam keadaan penuh menderita ketika mengandungkan si anak, Oleh itu berbakti kepada Kedua Ibu Bapa adalah Wajib. Seperti mana Firman Allah SWT : [1] Luqman Bin Anqa Bin Sadun Mejoroti Ulama berpendapat bahawa beliau Bukan Nabi. Beliau Adalah seorang hamba yang soleh yang Taat beribadah bukan seorang Nabi dan beliau juga tukang Kayu, Kata Abdullah Bin Abbas : Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba yang berbangsa Habsyi (Ethiopia) dan bertugas sebagai tukang kayu. Anak beliau bernama Tsaran [ Tafsir Ibnu Kahsir Surah Luqman. Ayat 11-14 ]، Maksudnya : Dan kami wajibkan kepada manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapanya. dan jika keduanya memaksa engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuan engkau tentang itu, Maka janganlah engkau mengikuti keduanya. Hanya kepadaku engkau kembali, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang Telah engkau kerjakan. [ Al-Angkabut : 8 ] Syarahan Ayat : Imam At-Termizi[1]. Meriwayatkan daripada Sa’ad Bin Waqqash RA ia berkata : Ada empat ayat dalam Al-Quran yang turun berkaitan dengan aku’ Lalu Sa’ad Bin Waqqash menceritakan tentang kisahnya. Ia berkata : ‘Ibuku berkata, Tidaklah Allah SWT memerintahkan engkau untuk berbakti kepada orang tua? Demi Allah aku tidak mahu makan walaupun sesuap dan aku tidak mahu minum walaupun seteguk meskipun aku mati. Kecuali engkau (Sa’ad Bin Waqqash) kembali Kufur, Sa’ad berkata : Setelah itu bila keluarganya hendak memberi ibunya makan. Ia harus membuka mulutnya secara paksa. Kemudian turunlah Ayat ini : [1] الإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة الترمذي ( 209-297هـــ ) Dan kami wajibkan kepada manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu bapanya. dan jika keduanya memaksa engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuan engkau tentang itu, Maka janganlah engkau mengikuti keduanya. Hanya kepadaku engkau kembali, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang Telah engkau kerjakan.
[أخرجه الترمذي رقم الحديث : 3189 حسن صحيح. قال الشيخ الألباني : صحيح ] Ayat ini turun kerana Ibu Sa’ad Bin Waqqash bersumpah tidak mahu makan dan minum kerana anaknya ( Sa’ad Bin Waqqassh ) memeluk Islam. Lalu ia berkata : bukanlah Allah SWT memerintahkan engkau untuk berbakti kepada orang tua? Dan ibunya memerintahkan Sa’ad Bin Waqqash agar tinggalkan Islam dan kembali Kufur. Maka turun ayat tersebut mewajibkan seseorang itu berbakti kepada orang tua walaupun orang tuanya Kafir sehingga mana orang tuanya tidak menyuruh melakukan perbuatan Syirik kepada Allah SWT dengan sesuatu. Maka ia tidak Wajib diikuti. Kata Ibnu Hajar Al-Asqalani : Saya tidak temu dalam satu riwayatpun keterangan bahawa ia ( Ibu Sa’ad Bin Waqqash ) memeluk Islam, عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالُوا :يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَبَرُّ? قَالَ: أُمَّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ? قَالَ أُمَّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ? قَا أَبَاكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ? قَالَ الْأَدْنَى فَالْأَدْنَى،
Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata : Mereka ( Para Sahabat ) bertanya “ Wahai Rasulullah SAW, sipakah orang ( Yang Layak ) aku berbakti? Beliau menjawab : Ibumu, kemudian ia bertanya lagi, Lalu siapa? Beliau menjawab : Ibumu, ia bertanya lagi. Lalu siapa? Beliau menjawab : Bapamu, ia bertanya lagi. Lalu siapa? Beliau menjawab : orang yang lebih bawah dan seterusnya”, [أخرجه ابن ماجه رقم الحديث :3725، قال الشيخ الألباني : صحيح] Syarahan Hadis : Ibu adalah yang utama yang perlu ditaati oleh anak-anak. Ini kerana jasa ibu kepada anak sangat besar, maka Nabi SAW menyebut berulang-ulang bahawa yang layak ditaati adalah ibu kemudian setelah itu baru bapa dan yang seterusnya. Dalam Hadis lain Nabi SAW bersabda : عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ، Daripada Abdullah Bin Amru daripada Nabi SAW bahawa beliau bersabda : Redha Allah SWT dalam ( bergantung kepada ) Redha kedua ibu bapa. Dan murka Allah SWT itu dalam murka kedua ibu bapa, [أخرجه الترمذي رقم الحديث : 1899 ، قال الشيخ الألباني : صحيح] Syarahan Hadis : Mentaati kedua ibu bapa adalah kewajipan terhadap anak ini kerana mereka sangat berjasa kepada anak tersebut dan Allah SWT akan meredhai apa yang dilakukan oleh seseorang itu sekiranya kedua ibu bapa mereka meredhai. Dalam masa yang sama Allah SWT juga murka kepada seseorang itu apabila kedua ibu bapanya murka terhadapnya. Oleh yang demikian mentaati dan memohon keredhaan kedua ibu bapa perlu agar Allah SWT meredhai apa yang dilakukan baik daripada segi pengajian mahupun dalam urusan kejayaan dan masa depan seseorang itu. Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda : عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِ يكَرِبَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِأُمَّهَاتِكُمْ ثَلَاثًا إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِآبَائِكُمْ إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِالْأَقْرَبِ فَالْأَقْرَبِ،
Daripada Mikdam Bin Ma’dikarib bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT mewasiatkan kelian untuk berbakti kepada ibu-ibu kalian ( beliau mengucapkannya tiga kali ) Sesungguhnya Allah SWT mewasiatkan kepada kalian untuk berbakti kepada bapa-bapa kalian. Sesungguhnya Allah SWT mewasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik kepada kerabat kalian. ( lalu kepada kerabat ) yang lebih dekat.
[ أخرجه ابن ماجه رقم الحديث : 3728 ، قال الشيخ الألباني : صحيح] Syarahan Hadis : Allah SWT mewasiatkan kepada hambanya agar mentaati ibu dan bapa mereka. Ini adalah kewajipan buat seorang anak terhadap kedua ibu bapa mereka kerana merekalah yang berhak ditaati dan dihormati dan Allah SWT juga memerintahkan supaya berbuat baik kepada kerabat serta saudara yang lain dan kerabat saudara yang lebih dekat. Dan menderhaka kepada kedua Ibu bapa Adalah Dosa Besar. والله أعلم

Ahad, 11 Julai 2010

Akhlak Menurut Perspektif Al-Quran & As-Sunnah

Firman Allah SWT : Dan Engkaulah (Muhammad SAW) yang mempunyai Akhlak yang mulia, [سورة القلم الآية : 4 ] Keterangan Ayat : Allah SWT menganugerahkan Akhlak yang paling mulia dari kalangan makhluknya adalah Nabi Muhammad SAW, yang mana dalam ayat tersebut membuktikan bahawa Nabi SAW ialah orang yang paling mulia Akhlaknya, Sabda Rasulullah SAW : [إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مِنْ صَالِحَ الْأَخْلاَقِ, [أخرجه المالك في الموطأ ( 1615 ) إسناده صحيح،
Sesungguhnya Aku Diutuskan oleh Allah SWT tidak lain adalah untuk menyempurnakan Akhlak yang soleh, Keterangan Hadis : Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk menyempurnakan Akhlak yang soleh. Ini kerana Nabi-nabi yang terdahulu diutuskan untuk kaum-kaum mereka dan mengajarkan kepada mereka tentang Islam. Maka sebagai penamatnya. Allah SWT mengutuskan Rasul yang terakhir iaitu Muhammad SAW untuk menyempurnakan segala perintahNya. Sebahagian darinya adalah untuk menyempurnakan Akhlak yang soleh dan mulia. Firman Allah SWT : Adalah Bagi kamu wahai hambaku. Pada diri Muhammad SAW adalah ikutan contoh yang baik, [سورة الأحزاب، الآية : 21,] Keterangan Ayat : Diriwayatkan ada seorang sahabat datang menemui Ummul Mukminin Aisyah RA. dan bertanya kepada Aisyah, wahai Aisyah! Khabarkan padaku tentang Akhlak Rasulullah SAW. Lalu jawab Aisyah. Akhlak Rasulullah SAW adalah Al-Quran. yang mana baginda redha kerana Al-Quran dan baginda murka kerana Al-Quran murka. Dalam hadis ini menerangkan bahawa Akhlak Nabi itu adalah Al-Quran dan Nabi menegaskan sekiranya Al-Quran murka. Maka Nabi juga akan murka. Sebab itu Nabi SAW bersabda : كَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ يُحَدِّثُ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسَوْلَ اللهِ صَلّىَ اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم يَقُوْلُ : [مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ. وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَافْعَلُوْا مِنْهُ مَااسْتَطَعْتُمْ [ أخرجه المسلم ( 6113 ) حديث صحيح
Abu Hurairah menceritakan bahawasanya beliau mendengar Rasulullah SAW berkata : Apabila aku melarang kamu daripada sesuatu perkara. Maka segeralah jauhkan diri daripada perkara tersebut. Dan apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu. Maka lakukanlah dengan kemampuanmu. Keterangan Hadis : Dalam hadis ini Rasululah SAW menerangkan bahawa Islam itu bukan agama yang susah. Islam adalah agama yang tidak membebankan. Malahan Islam amat sederhana dalam semua perkara. Segala perintah Allah SWT tidak membebankan hambanya. Maka laksanakanlah dengan mengikut kemampuan. Ini kerana, manusia di jadikan dalam keadaan yang lemah. Dalam Hadis lain: Daripada Aisyah RA. beliau berkata. Sabda Rasulullah SAW: يأَيُّهَاالنَّاسُ عَلَيْكُمْ مِنَ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيْقُوْنَ فإِنَّ اللهَ لَا يَمَلَّ حَتَّى تَمَلُّوا,وَإِنَّ [أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللهِ مَادُوِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّ,[أخرجه المسلم ( 1827 ) حديث صحيح
Wahai manusia. Lakukanlah mengikut kemampuanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu menerima segala amalanmu. sehingga kamu sendiri merasa jemu. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan walaupun amalan tersebut sedikit. Keterangan Hadis : Allah SWT tidak membebankan hambanya dengan apa yang tidak mampu dilakukan oleh mereka malahan segala amalan yang di perintahkanya adalah mudah. Allah SWT juga tidak pernah jemu menerima segala amalan dari hambanya termasuklah taubat hambanya, sehingga hambanya sendiri yang merasa jemu. Namun begitu amalan yang paling di sukai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun amalan tersebut sedikit. Hal-hal ini membuktikan bahawa agama yang paling sempurna dan agama yang diredhai Allah SWT adalah Islam. Firman Allah SWT : Maksudnya : Pada hari ini telah di sempurnakan Agama kamu dan telah disempurnakan bagi kamu nikmat dari Allah SWT, dan Agama yang diredhai Allah SWT adalah Islam . [سورة المائدة، الآية : 3] Keterangan Ayat : Allah SWT mengutuskan Rasulnya untuk menyempurnakan Agamanya dengan menyampaikan segala perintahNya seperti Tauhid kepada Allah SWT dengan tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu dan memberi huraian tentang Syariah Islamiah serta menyempurnakan Akhlak yang soleh. Hal ini membuktikan bahawa agama Islam sudah lengkap lagi sempurna dan islamlah agama yang diterima di sisi Allah SWT, Nabi SAW tidak pernah melakukan perbuatan yang keji mahupun amalan yang tidak disukai. Yang mana diriwayatkan : عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : لَمْ يَكُنِ النّبيُّ صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ فَاحِشًا، وَلَا مُتَفَحِّشًا، وَكَانَ يَقُوْلُ : إِنَّ مِنْ خِيَارُكُمْ أَحْسَنَكُمْ [أَخْلَاقًا[ أخرجه البخاري ( 3559 ) حديث صحيح
Daripada Abdullah Bin Omar Bin Al-Asy RA Telah Berkata : Nabi SAW Tidak pernah melakukan perkara yang keji atau amalan yang buruk, Dan Nabi tidak pernah memburukan orang lain. Dan Nabi bersabda : Sesungguhnya orang yang paling baik dikalangan kamu semua adalah orang yang paling baik Akhlaknya, Keterangan Hadis : Allah SWT sentiasa memelihara Nabi dari segala kekejian mahupun keburukan. Disebabkan itu, nabi tidak pernah melakukan perkara yang keji. Nabi SAW bersabda pada umatnya bahawa orang yang paling baik di kalangan umatnya adalah orang yang paling baik akhlaknya, Dalam Hadis lain :
عَنْ أَبِي إِسَحَاق قَالَ : سَمِعْتُ البَرَاءَ يَقُوْلُ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ أَحْسَنَ النَّاسِ وَجْهًا، وَأَحْسَنَهُ خُلُقًا, [أخرجه البخاري ( 3549 ) حديث صحيح]
Daripada Abi Ishak beliau berkata : aku mendengar Al-baraa RA berkata : Adalah wajah Rasullah SAW itu paling cantik di kalangan manusia. Dan Rasulullah SAW orang yang paling baik Akhlaknya dikalangan mereka, Keterangan Hadis : Dalam Hadis ini membuktikan bahawa Nabi SAW adalah orang yang sangat baik di kalangan manusia. Dan Nabi SAW jugalah adalah orang yang paling baik akhlaknya dikalangan manusia. Nabi SAW mempunyai Akhlak yang baik dan mulia kerana ianya anugerah daripada Allah SWT kepada Baginda dan Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT dengan Doanya : عِنِ ابْنَ مَسْعُوْدِ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ كاَنَ يَقُوْلَ : الَلّهُمَّ أَحَسَنْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِى, [أخرجه ابن حبان ( 955 ) حديث صحيح، قال شعيب الأرنؤوط : حديث صحيح بشاهده] Daripada Ibnu Masud RA bahawasanya Rasulullah SAW berdoa : Ya Allah engkau telah jadikanku dengan sebaik-baik ciptaan. Maka percantikanlah Akhlaku, Keterangan Hadis : Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa dipelihara akhlaknya daripada segala keburukan. Baginda amat malu apabila melihat kemungkaran dan keburukan yang dilarang oleh Allah SWT. Yang mana diriwayatkan : [مِنْ حَدِيْث ابْن عَبَاس " لِكُلِّ دِيْنٍ خُلُقٌ، وَخُلُقُ الْإِسْلَامِ الْحَيَاءُ", [أخرجه المالك في الموطأ ( 1616 ) مرسل عند مالك،
Daripada Hadis Ibnu Abbas “ Sesungguhnya Setiap Agama itu ada Akhlaknya. Dan sesungguhnya Akhlak bagi Agama Islam adalah sifat malu. Keterangan Hadis : Setiap agama ada akhlakanya. Islam akhlaknya adalah malu. Kerana malu itu akan mendatangkan kebaikan. Sabda Rasulullah SAW : عَنْ أَبِيْ السَّوَّارِ العَدَوِيّ قَالَ: سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ قَالَ : قَالَ النَّبيّ صَلّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الْحَيَاءُ لَا يَأْتِيْ إِلاَّ بِخَيْر,[ أخرجه البخاري ( 6117 ) حديث صحيح]
Daripada Abi Sauwar Al-Adawi beliau berkata : aku mendengar Imran Bin Husain beliau berkata : Sabda Rasulullah SAW : Malu itu tidak akan datang melainkan kebaikan . Keterangan Hadis : Dalam hadis ini Nabi SAW mengajar kepada umatnya tentang akhlak Islam. Ini kerana sifat malu itu mendatangkan kebaikan. Dalam masa yang sama malu itu sebahagian daripada iman, Sabda Rasulullah SAW : عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيْهِ أَنَّهُ قَالَ : سَمِعَ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم قَالَ: "الْحَيَاءُ مِنَ الْإِيْمَانِ" [أخرجه المسلم ( 154 ) حديث صحيح ]
Daripada Zuhri Daripada Salim Daripada ayahandanya Bahawasanya dia telah berkata. Dia telah mendengar Nabi SAW bersabda : Malu itu sebahagian daripada Iman, Keterangan Hadis : Hadis ini menerangkan bahawa sifat malu adalah sebahagian daripada Iman. Hal Ini membuktikan bahawa Islam itu amat mementingkan sifat malu seperti Hadis sebelum ini. Nabi SAW menyebut akhlak Islam itu adalah malu dan Nabi SAW apabila melihat kemungkaran, baginda akan menjadi manusia yang paling malu seperti yang diriwayatkan : عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الخُدْرِيّ قاَلَ : كَانَ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ أَشَدَّ حَيَاءً مِنَ الْعَذْرَاء فِيْ خِدْرِهَا، فَإِذَا رَأَى شَيْئًا يَكْرَهُهُ عَرَفْنَاهُ فِيْ وَجهِهِ ,[ أخرجه البخاري ( 6102 ) حديث صحيح] Daripada Abi said Al-Khudri telah berkata : Adalah Rasulullah SAW itu orangnya sangat pemalu dan malu Nabi SAW lebih daripada seorang gadis yang pemalu. Apabila beliau ( Nabi SAW ) melihat sesuatu kemungkaran. kami sahabat-sahabatnya tahu perubahan reaksi pada wajah beliau. ( Iaitu beliau malu dengan kemungkaran tersebut ), Keterangan Hadis : Hadis-hadis ini menerangkan sifat Nabi SAW Iaitu beliau sangat malu kepada Allah SWT apabila melihat kemungkaran dan larangan Allah SWT dilanggar dan tidak dipatuhi. Hal ini membuktikan kekuatan iman Nabi terhadap semua perintah yang maha Agung. Nabi sangat teliti melakukan sesuatu perkara, agar setiap perbuatan Nabi SAW itu tidak dilihat sebagai sesuatu amalan yang buruk. Nabi SAW sentiasa dipelihara oleh Allah SWT sesuai sebagai seorang utusanya, Seperti yang diriwayatkan : عَنْ أَنَسٍ مَرْفُوْعًا : مَا كَانَ الْفحْشُ فِيْ شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ، وَمَاكَانَ الْحَيَاءُ فِيْ شَيْءٍ إِلاَّ زَانَهُ ، [أخرجه الترمذي ( 1974 ) حديث حسن غريب لا نعرف إلا من حديث عبد الرّزّاق, قال الشيخ الألباني : صحيح ]
Daripada Anas RA Marfuk : Tidaklah Rasulullah SAW itu berkelakuan buruk pada sesuatu perkara. Melainkan Nabi SAW itu baik kelakuanya, Dan tidaklah datang malu itu Pada sesuatu. Melainkan keburukanya ( Zina , Maksiat ). Keterangan Hadis : Nabi SAW adalah utusan Allah SWT yang terakhir. dan baginda adalah ketua segala pemimpin dalam Islam. Oleh itu, Nabi SAW dikurniakan kemuliaan Akhlak yang begitu tinggi. dan Nabi SAW- sendiri mempunyai sifat malu apabila melihat sesuatu kemungkaran. Ini membuktikan nabi SAW mempunyai iman yang begitu kukuh terhadap Allah SWT, dalam masa yang sama nabi SAW juga dikurniakan Adab dan Akhlak yang begitu mulia di sisi Allah SWT mahupun dikalangan Sahabat-sahabat baginda. Nabi SAW tidak pernah melakukan sesuatu perkara yang buruk. malahan tidak pernah memburukkan orang lain. Ini kerana akhlak nabi SAW sangat baik dan terpelihara. Oleh yang demikian. Akhlak yang baik dan adab yang tinggi adalah sifat malu. Seperti mana yang disebut oleh Abi Abdillah di dalam kitabnya: رَأْسٌ مَكَارِمُ الْأَخْلَاق الْحَيَاء , [الإمام الفقيه المحدّث أبي عبد الله محمد بن مفلح المقدسيّ، الآداب الشّرعية، ج 2، باب مدح الحياء وكونه خلق الإسلام، ص 220، ط2 ( مؤسسة الرّسالة-بيروت),]
Setinggi-tinggi kemuliaan Akhlak adalah malu. Orang yang mempunyai akhlak yang mulia nescaya akan memiliki sifat malu pada dirinya. Ini kerana sebahagian daripada Iman adalah sifat malu. Kesempurnaan Iman itu adalah orang yang paling baik akhlaknya. Akhlak yang mulia dan malu itu mempunyai hubungan diantara satu sama lain, seperti yang diriwayatkan : عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَة قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ : مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِيْن إِيْمَانًا أَحْسَنَهُمْ خُلُقًا، [أخرجه أبو داود ( 4682 ) هذا الحديث صحيح على شرطه, قال الشيخ الألباني : حسن صحيح] Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Sempurna Iman orang-orang mukmin itu adalah mereka yang paling baik Akhlaknya, Keterangan hadis : Akhlak yang mulia dan sifat mahmudah itu sangat dituntut oleh Islam. Ini kerana sempurna Iman itu adalah orang yang paling baik akhlaknya. Orang yang baik akhlaknya, mempunyai banyak kelebihan. Di antaranya Nabi SAW bersabda : عَنْ عَائِشَة رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ يَقُوْلُ: إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَيُدْرِكُ بِحُسْنِ الْخُلُقِهِ دَرْجَةَ الصَّائِمِ وَالْقَائِمِ,][أخرجه أبي داود ( 4798 ) حديث صحيح على شرطه، قال الشيخ الألباني : صحيح ]
Daripada Aisyah RA telah berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya orang mukmin yang baik Akhlaknya. Dia memperolehi pahala sama dengan pahala puasa dan pahala mendirikan solat ، Keterangan Hadis : Hadis ini menerangkan kelebihan bagi orang yang mempunyai Akhlak yang baik. Dan Akhlak yang baik akan memperolehi pahala sama dengan orang yang mendirikan solat pada malam hari dan pahala berpuasa pada siang hari, kelebihan orang yang mempunyai Akhlak yang baik begitu banyak sama sekali. Dalam Hadis lain : عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ : مَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ بُنِيَ لَهُ فيْ أَعْلَاهَا , [أخرجه الترمذي ( 1993 ) حديث حسن، و في اعلاها بمعنى جنّة الأعلى. قال الشيخ الألباني : ضعيف بهذا اللفظ]
Daripada Anas bin Malik beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang mencantikan Akhlaknya. Maka disediakan baginya Syurga yang paling tinggi. Keterangan Hadis : Hadis ini menceritakan kelebihan mereka yang memiliki akhlak yang mulia. Bagi orang yang berusaha untuk mencantikkan akhlaknya, maka baginya Syurga yang paling tinggi. Hal ini adalah kelebihan yang Allah SWT berikan kepada orang yang menghiasi akhlaknya. Maka orang tersebut baginya Syurga yang paling tinggi. Dalam hadis lain lagi, Nabi SAW bersabda: عَنْ جَابِرٌ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قَالَ : إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنيِّ مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا، [أخرجه الترمذي ( 2018 ) حديث حسن غريب من هذا الوجه, قال الشيخ الألباني : صحيح]
Daripada Jabir RA : bahawa Rasulullah SAW Bersabda : Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dikalangan kamu pada diriku. Dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku pada hari Kiamat. adalah orang yang paling baik Akhlaknya dikalangan kamu. Keterangan Hadis : Hadis ini menceritakan bahawa orang yang berada dekat dengan Nabi SAW pada hari Kiamat dan orang yang paling Nabi SAW kasihi adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Kelebihan orang yang mempunyai Akhlak yang baik, begitu tinggi di sisi Baginda SAW. Oleh hal itu Nabi SAW bersabda : عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قَالَ : مَامِنْ شَيْءٍ أَثْقَلُ فِي مِيْزَانِ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ خُلُقِ حَسَنِ، فَإِنَّ اللهَ تَعاَلىَ لَيُبْغِضُ اْلفَاحِشَ الْبَذِيءَ, [ أخرجه الترمذي ( 2002 ) حديث حسن صحيح, قال الشيخ الألباني : صحيح]
Daripada Abi Dar’da Bahawa Nabi SAW Bersabda : Tidak ada sesuatu yang paling berat dalam timbangan pada Hari kiamat melainkan orang yang mempunyai Akhlak yang baik. Maka sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang keji dan berkata-kata keji, Keterangan Hadis : Hadis ini menceritakan bahawa pada hari kiamat nanti tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan, melainkan orang yang mempunyai akhlak yang baik. Oleh itu dalam hadis lain Nabi SAW bersabda : عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ عَنْ أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ، قَالَ : تَقْوَى الله وَحُسْنُ الْخُلُقِ، وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَر مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ، قَالَ : الْفَمُ وَالْفَرْجِ، [أخرجه الترمذي ( 2004 ) حديث صحيح غريب، قال الشيخ الألباني : حسن الإسناد] Daripada Abi Hurairah RA telah berkata : Di tanya pada Rasulullah SAW tentang mengapa ramai manusia yang masuk Syurga. Nabi menjawab : Bertaqwa kepada Allah SWT dan orang yang baik Akhlaknya, Dan ditanya juga tentang mengapa ramai manusia yang masuk neraka. Nabi menjawab : Mulut. Dan kemaluan. Keterangan Hadis : Abi Hurairah RA. menceritakan bahawa pernah ditanya pada Nabi SAW tentang mengapa dikalangan manusia itu banyak dimasukkan ke Syurga. dan mengapa ramai dikalangan manusia dimasuk ke neraka. Dalam persoalan ini, Nabi SAW menjawab. bahawa ramai di kalangan manusia itu masuk ke Syurga kerana Taqwa dan Akhlaknya yang baik, manakala ramai yang masuk Neraka disebabkan oleh mulutnya, yang berkata keji seperti mengumpat dan sebagainya. Serta disebabkan tidak memelihara maruahnya seperti berzina. Islam melarang semua itu untuk memelihara maruah nasab dan agamanya bagi orang yang mempunyai akal fikiran, Sabda Nabi SAW : عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قَالَ : كَرَمَ اْلمُؤْمِن دِيْنُهُ، وَمَرُوْءَتُهُ عَقْلَهُ، وَحَسْبَهُ خُلُقَهُ ،
[أخرجه الحاكم في مستدرك ( 2/163 ) ص 177 ج 2، رقم الحديث : 2691/20 هذا حديث صحيح على شرط مسلم و لم يخرجاه تعليق الذهبي قي التلخيص : الزنجي ضعيف] Daripada Abi hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Kemulian seseorang mukmin itu adalah Agamanya, dan maruahnya itu akalnya, dan nasabnya adalah Akhlaknya Keterangan Hadis : Hadis ini menceritakan tentang seorang mukmin yang mulia di sisi Allah SWT, Kemulian bagi mukmin itu adalah kerana Agamanya. Seseorang itu perlu memelihara agamanya, dan bertanggungjawab untuk memelihara maruahnya dan menjaga akalnya. Dan nasab keturunan bagi seorang mukmin itu adalah Akhlak. Oleh itu memelihara Akhlak sangat dituntut dalam Islam. Hal Ini kerana islam menuntut agar setiap hambanya sentiasa memelihara dan memuliakan akhlaknya. Orang yang tidak memelihara Akhlaknya, adalah umpama orang yang memburukkan agamanya. Orang yang memburukkan atau menampilkan akhlak yang tidak baik adalah bukan daripada kalangan orang Islam. Sabda Nabi SAW : عَنْ جَابِر بْنَ سَمْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كَنْتُ فِي مَجْلِس فِيْهِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ، وَسَمْرَة، وَأَبُوْ أُمَامَة، فَقَالَ : إِنَّ الْفَحْشَ وَالتَّفَاحُشَ لَيْسَا مِنَ اْلإِسْلَامِ فِي شَيْءٍ، وَإِنَّ خَيْرَ النَّاسِ إِسْلَاماً أَحْسَنُهُمْ خُلُقاً ، [أخرجه أحمد حنبل في مسنده رقم الحديث : 20997 ( 5/99 ) إسناد أحمد جيد، ورواته ثقات، قال بن أبي شيبة في حديثه زكريا بن أبي يحيى عن عمران بن رياح تعليق شعيب الأرنؤوط : صحيح لغيره وهذا إسناد محتمل للتحسين ]
Daripada Jabir bin Samrah RA telah berkata : Aku pernah duduk bersama Nabi SAW dan Samrah dan Abu Umamah. Maka Sabda Rasulullah SAW : sesungguhnya keburukan dan kekejian itu bukan daripada Islam. Dan Sesungguhnya manusia yang paling baik adalah Islam dan yang paling baik dikalangan mereka adalah Akhlaknya. Keterangan Hadis : Islam merupakan Agama yang sangat mengambil berat tentang memelihara akhlak. Ini kerana Islam adalah Agama yang cantik dan Agama yang diterima oleh Allah SWT, orang yang memburukkan akhlaknya bukan dari kalangan orang Islam. Oleh itu Islam melarang menyerupai selain daripada Islam, seperti mana islam melarang daripada menyerupai orang Yahudi dan Nasrani. Firman Allah SWT: Maksudnya : Dan barang siapa yang mencari-cari selain daripada agama Islam. Maka tidak akan diterima oleh Allah SWT. Dan pada hari kiamat kelak mereka berada dalam keadaan yang rugi, [سورة الآل عمران، الآية : 85] Keterangan Ayat : Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa orang yang mencari selain daripada agama Islam. Maka ia tidak akan diterima oleh Allah SWT, kerana yang diredhai oleh Allah SWT adalah Islam. Pada masa yang sama Islam sudah lengkap dan sempurna, Barang siapa yang mencari selain daripada Islam, maka pada hari Akhirat mereka akan berada dalam keadaan yang sangat rugi. Ini kerana agama yang dicari selain daripada Islam itu tidak akan diterima oleh Allah SWT, Sabda Rasulullah SAW : حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ : حَدّثَنَا ابْنُ لَهِيْعَةَ عن عَمْرو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيْهِ، عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قاَلَ : لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهُ بِغَيْرِنَا لاَ تَشَبَّهُوا بِاْليَهُودِ وَلَا بِالنَّصَارَى ، أخرجه الترمذي ( 2695 ) هذا الحديث إسناده ضعيف، وروى ابن المبارك هذا الحديث عن ابن لهيعة فلم يعرفه، قال الشيخ الألباني : حسن
Diceritakan kepada kami Khutaibah : menceritakan kepada kami Ibnu lihai’ah daripada Amru bin syu’ib. daripada ayahandanya. Daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda : Bukan dari kalangan kami barang siapa yang menyerupai selain daripada kami. Jangan kamu menyerupai orang Yahudi dan jangan kamu menyerupai orang Nasrani, Keterangan Hadis : Dalam hadis ini Nabi SAW mengatakan bahawa bukan daripada kalangan orang Islam. Barang siapa yang menyerupai atau mengikuti selain daripada islam. Dan Nabi SAW melarang sama sekali kepada orang Islam daripada menyerupai sesuatu kaum yang lain daripada Islam, seperti Yahudi Nasrani. Ini kerana, pada hari kiamat orang yang menyerupai yahudi dan nasrani tersebut akan berada dalam keadaan yang amat rugi. Oleh Kerana itu, Nabi SAW melarang melakukan sedemikian rupa. Dalam Hadis lain : عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسَوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ , [أخرجه أبو داود ( 4030 ) حديث حسن، قال الشيخ الألباني : حسن صحيح
Daripada Ibnu Umar RA beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu. Maka Dia adalah sebahagian daripada mereka, Keterangan Hadis : Nabi SAW melarang Umatnya daripada menyerupai sesuatu kaum yang bukan Islam. Nabi SAW melarang yang sedemikian itu kerana mengikuti atau bertaqlid kepada sesuatu tanpa ilmu adalah dilarang dalam Islam. Firman Allah SWT : Maksudnya : Dan janganlah kamu mengikut-ikut. Yang mana kamu tidak memperolehi Ilmu tentangnya jangan kamu mengikutinya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati-hati ( Setiap Individu ) semua itu akan dipersoal oleh Allah SWT, [سورة الإسراء. الآية : 36،] Keterangan Ayat : Islam melarang mengikuti sesuatu perkara tanpa ilmu. ini kerana Islam bukan Agama yang bertaqlid. Allah SWT mengutuskan Rasul-nya ( Nabi Muhammad SAW ) untuk memberikan keterangan yang begitu terperinci tentang Islam. Oleh itu, tidak wajar umat Islam mengikuti sesuatu tanpa ilmu dan tidak wajar menyerupai selain daripada Islam. Semua itu dilarang sama sekali dalam Islam. Oleh yang demikian, Umat Islam sepatutnya mengetahui setiap yang diamalkan itu ada sumbernya. Iaitu sumber daripada Al-Quran & Sunnah, Sabda Nabi SAW : عَنْ مَالِك ، أَنَّهُ بَلَغَه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قَالَ : تَرَضْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّواْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا، كِتَابَ اللهِ وَالسُّنَةَ نَبِيِّهِ ، أخرجه المالك في الموطأ ( 1600 ) إسناده صحيح،
Daripada Malik RA, bahawasanya telah sampai kepadanya bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Selagi mana kamu berpegang teguh denganya. Nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya. Iaitu Kitab Allah ( Al-Quran ) dan sunnahku, Keterangan Hadis : Nabi SAW menegaskan kepada umatnya mengenai dua perkara. Iaitu Al-Quran dan Sunnahnya. Nabi SAW menerangkan bahawa selagi mana umatnya berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnahnya. Maka ia tidak akan sesat buat selama-lamanya. Allah SWT mengutuskan Nabi SAW yang terakhir. iaitu Muhammad SAW untuk menyampaikan Islam yang merangkumi aqidah tauhid yang Benar dan Syariah Islamiah serta Akhlak yang mulia. Oleh yang demikian, Nabi SAW memperingatkan kepada Sahabat-sahabatnya tentang akhlak di antara Manusia. yang mana Sabda rasulullah SAW : أَنَّ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ قَالَ : كَانَ آخِر مَا أَوْصَانِي بِهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ حَيْنَ وَضَعْتُ رِجْلِي فِي الْغَرْزِ أَنْ قَالَ : يَا مُعَاذ! أَحْسِنْ خُلُقَكَ لِلنَّاسِ يَا مُعَاذُ بْنَ جَبَلٍ ، [ أخرجه المالك في الموطأ ( 1608 ) إسناده صحيح، لم أره في الكتب التسعة إلا في الموطأ,]
Daripada mu’az RA telah berkata : Adalah rsulullah SAW mewasiatkan padaku yang terakhir ketika mana aku telah meletakan kakiku di suatu tempat. dan Nabi bersabda : Wahai Mu’az! Percantikan akhlak kamu terhadab manusia wahai mu’az bin jabal, Keterangan Hadis : Rasulullah SAW orang yang paling baik Akhlaknya dan Rasulullah SAW memerintahkan kepada sahabat-sahabatnya untuk memperindahkan akhlaknya terhadap saudaranya yang lain. Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda : عَنْ أَبِيْ ذَرِّ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ لِي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ : اِتَّقِ اللهَ حَيْثُ مَا كُنْتَ، وَأَتْبَعِ السَّـيِّئَةَ اْلحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقِ حَسَنٍ، أخرجه الترمذي ( 1987) حديث حسن صحيح، قال الشيخ الألباني : حسن
Daripada Abi Zhar RA telah berkata : Rasulullah SAW bersabda padaku : Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dimana kamu berada sekalipun. Dan ikutilah ( Ubahlah ) perkara yang buruk kepada perkara yang baik. Sesungguhnya Allah SWT yang menjadikan manusia dengan Akhlak yang baik. Keterangan Hadis : Ketaqwaan kepada Allah SWT adalah jalan utama yang nabi SAW sampaikan kepada umatnya. Ini kerana, orang yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah orang yang bertaqwa. Firman Allah SWT : Maksudnya : Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah orang yang bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui setiap sesuatu berita. [سورة الحجرات، الآية : 13،] Keterangan Ayat : Sesungguhya Allah SWT tidak melihat kepada hambanya itu dengan pangkat keturunan atau bangsanya, tetapi Allah SWT melihat hatinya dan orang yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah orang yang bertaqwa kepadanya. Oleh yang demikian, Nabi SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan Akhlak yang mulia dan contoh kepada umatnya. Jelaslah bahawa kemuliaan Akhlak itulah yang dituntut oleh Allah SWT yang Maha Esa. Kecantikan dan kemuliaan Akhlak itu banyak kelebihanya. Sabda Rasulullah SAW : عَنْ رَافِع بْنِ مَكِيْثٍ، وَكَانَ مِمَّنْ شَهِدَ الْحُدَيْبِيَّةَ مَعَ النّبيّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم، أَنَّ النّبِيّ صَلّىَ الله عَليه وسلّم قَالَ : حُسْنُ اْللمَلَكَةِ يُمْنٌ، وَسُوْءُ الْخُلُقِ شُؤْمٌ، ]أخرجه أبي دأود ( 5162 ) إسناده ثقات، قال الشيخ الألباني : ضعيف
Daripada Rafikh bin maki’si. Beliau adalah salah seorang syuhada hudaibiayah RA bersama Rasulullah SAW. Bahawa Nabi SAW bersabda : Keindahan bakat (Akhlak) itu adalah satu kelebihan. Dan keburukan Akhlak itu adalah satu sifat keji. Keterangan Hadis : Orang yang mempunyai Akhlak yang mulia itu banyak kelebihanya. Diantaranya Syurga yang paling tinggi seperti yang telah disebut dalam Hadis yang lepas. Dalam hadis ini, Nabi SAW menegaskan bahawa orang yang baik Akhlaknya akan mendapat keuntungan. orang yang buruk Akhlaknya adalah keji. Mereka yang membuat kebaikan itu Allah SWT akan memanjangkan umurnya. manakala orang yang bersedekah itu, Allah SWT akan memeliharanya daripada mati di dalam keadaan yang tidak baik. Seperti mana yang diriwayatkan bahawa Nabi SAW berdoa : عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْل اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ يَقُوْلُ : اَللّهُمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِيْ فَأَحْسِنْ خُلُقِي، أخرجه أحمد حنبل في مسند رقم الحديث : 24446، (68/6 ) ورواته ثقات، تعليق شعيب الأرنؤوط :حديث صحيح رجاله ثقات رجال الشيخين
Daripada Aisyah RA telah berkata : adalah rasulullah SAW berkata : Ya Allah! Sepertimana engkau telah percantikkan kejadianku. Maka percantikkanlah akhlakku. Dalam Hadis lain Nabi SAW berdoa : عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ إِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ كَانَ يَدْعُو يَقُوْلُ: الَلّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشِّقَاقِ،وَالنِّفَاقِ، وَسُوْءِ الْأَخْلَاقِ، أخرجه أبو دأود (1546) حديث ضعيف جدّا، هو بقيّة متفق ضعيفه. ومحمد ناصر الدّين الألباني ( ص 168 ) سلسلة الأحاديث الضعيف والموضوعة وأثر السّيء في الأمّة – مكتب الإسلامي بيروت, قال الشيخ الألباني : ضعيف Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW berdoa : Ya Allah! Aku mohon pelindungan padamu daripada permusuhan dan kepura-puraan ( Munafiq ), dan keburukkan Akhlak. Keterangan Hadis : Setiap ketentuan Allah SWT adalah hak mutlaknya. Oleh hal yang demikian, Nabi SAW sentiasa berdoa agar sentiasa dipelihara dari sifat bermusuhan di antara satu sama lain, Nabi SAW juga selalu berdoa kepada Allah SWT agar dilindungi dari sifat berpura-pura ( Munafiq ). Dan Nabi SAW berdoa agar dijauhkan dari sifat buruk- akhlak. Setiap kehendak Allah SWT pasti akan berlaku. firman Allah SWT : Maksudnya : Sesungguhnya apa sahaja yang Allah kehendaki. Maka ia hanya perlu sebut berlaku. Maka berlakulah kehendak tersebut, [سورة يس، الآية : 82،] Keterangan ayat : Setiap sesuatu adalah di bawah kekuasaan Allah SWT dan setiap sesuatu yang dikehendakinya adalah tertakluk kepada Allah SWT. Sekiranya Allah SWT menghendaki sesuatu. Ia hanya menyebut berlaku. Maka berlakulah apa yang di kehendaknya. Namun begitu Nabi SAW bersabda : عَنْ سَلْمَان قال: قال رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ : لَا يَرُدُّ اْلقَضَاء إلِاَّ الدُّعَاء، وَلَا يَزِيْدُ فِي الْعُمْرِ إِلاَّ الْبِرّ , أخرجه الترمذي ( 2139 ) حديث حسن غريب, وأخرجه الحاكم في مستدرك ( 1/493 ) ص 670 ج 1، باللفظ "القدر" صحيح إسناده، قال الشيخ الألباني : حسن Daripada Salman Al-fa’risi RA telah berkata : Sabda Rasulullah SAW : Tidak boleh menolak kehendak Allah SWT melainkan dengan Doa dan tidak ditambahkan umur melainkan melakukan kebaikan, Keterangan Hadis : Dalam Hadis ini menghuraikan bahawa setiap kehendak Allah SWT tidak boleh ditolak oleh sesiapapun melainkan doa kepadanya. Oleh yang demikian, berdoa adalah ibadat yang sangat diberi perhatian oleh Allah SWT. Di dalam hadis ini juga menceritakan bahawa Allah SWT tidak akan menambah umur seseorang itu melainkan mereka yang ikhlas melakukan kebaikan. Kebaikan yang di maksudkan adalah sedekah dan merapatkan silaturahim seperti mana Sabda Rasulullah SAW : عَنْ أَنَسِ بْن مَالِك رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ : مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُمَدَّلَهُ فِيْ عُمْرِهِ وَيُزَادُ فِيْ رِزْقِهِ فَلْيَبَرَّ وَالِدَيْهِ وَاْليَصِل رَحِمَهُ , أخرجه أحمدحنبل في مسند رقم الحديث : 13812, ( 266/3 ) وروته محتج بهم في الصحيح، وهو في الصحيح باخنصار ذكر البرّ،
Daripada Anas bin Malik RA telah berkata : Sabda Rsulullah SAW : barang siapa yang mahukan umurnya dipanjangkan dan ditambahkan rezeki. Maka berbaktilah kepada kedua ibubapanya dan merapatkan silaturahim, Keterangan Hadis : Allah SWT tidak akan memanjangkan umur hambanya melainkan hambanya yang melakukan kebaikan, Iaitu merapatkan silaturahim di kalangan manusia. Allah SWT mempermudahkan rezeki kepada hambanya dengan kehendakNya. Iaitu hambanya yang berbakti kepada kedua ibubapa mereka dan merapatkan silaturahim di kalangan manusia. والله أعلم

Sabtu, 3 Julai 2010

Kitab Rujukan...

"Ilmu & Kepentingannya"

Firman Allah SWT : MaksudNya : Allah SWT mengangkat orang yang beriman di kalangan kamu dan Allah SWT mengangkat orang yang mempunyai ilmu beberapa darjat. Dan sesungguhNya Allah SWT maha mengetahu apa yang kamu kerjakan. [ Surah Al-Mujadilah : 11 ] Syarahan Ayat : Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT mengangkat mereka dikalangan hamba-hambaNya yang beriman. Dan ayat ini juga menerangan bahawa Allah SWT juga mengangkat orang-orang yang mempunyai ilmu dengan beberapa darjat. Ini membuktikan bahawa ilmu itu sangat penting, Kata Ibnu Hajar Al-Asqalani[1]. Darjat yang tinggi mempunyai dua maksud. Iaitu : Maknawiyah dan Hissiyyah, Maknawiyah di dunia ia memperolehi kedudukan yang tinggi. Manakala Hissiyyah di akhirat ia mempunyai kedudukan yang tinggi di syurga, sabda Rasulullah SAW : [1] Al-Hafiz Abu Al-Fadhl Syihabuddin Ahmad Bin Ali Bin Muhammad Al-Asqalani. Beliau dilahirkan pada 23 Syaaban 773 H, dan meninggal pada 27 Zulhijjah 852 H dimakamkan dimesir. Beliau Ulama Hadis Yang Bermazhab Imam Asy-Syafie عن ابنِ عَبَّاس أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم قاَلَ : مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ, [أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2645 , حديث حسن صحيح, قال الشيخ الألباني : صحيح]
Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda : barang siapa yang Allah SWT mahukan kebaikan terhadapNya. Maka Allah SWT akan fahamkan ia tentang Agama. Syarahan Hadis : Dari hadis ini kita dapat lihat bahawa sesiapa sahaja yang Allah SWT mahukan kebaikan kepadaNya. Maka Allah SWT akan fahamkanNya tentang agama. Ini kerana orang-oarng yang mempunyai ilmu itulah yang takut kepada kebesaran Allah SWT. Firman Allah SWT : MaksusNya : SesungguhNya ketakutan terhadap Allah SWT itu adalah daripda kalangan Ulama iaitu orang-orang yang mempunyai ilmu. SesungguhNya Allah SWT maha mengampun. [ Surah Fhatir :28 ] Syarahan Ayat : Ayat ini menerangkan bahawa orang yang takut kepada Allah SWT Adalah orang yang tahu. iaitu orang-orang yang mempunyai ilmu. Ini kerana orang yang mempunyai ilmu itu mereka tahu hukum-hakam Allah SWT dan tahu tentang hak-hak Allah SWT. Dalam masa yang sama orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu itu adalah tidak sama. Seperti mana Firman Allah SWT : MaksudNya : apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung. ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran., [ Surah Az-Zumar : 9 ] Syarahan Ayat : Ayat ini menegaskan bahawa orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu adalah tidak sama. Dan orang yang mempunyai akallah yang mendapat menerima pelajaran iaitu orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. dan merekalah yang takut kepada Allah SWT. Sedangkan mereka bersujud di tengah malam yang mengharapkan rahmat dari Allah SWT. Akan tetapi mereka tetap takut kepada Allah SWT. Ini kerana hukum Allah SWT tidak boleh di langar. Dan mereka yang melanggar perintahNya iaitu melanggar hukum yang telah Allah SWT tetapkan. Maka mereka adalah tergolong orang-orang yang zalim. Dan orang yang Zalim itu tempatnya adalah Neraka. Seperti mana Firman Allah SWT : MaksudNya : Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka Itulah orang-orang yang zalim. [ Surah Baqarah : 229 ] Syarahan Ayat : Ayat ini Allah SWT menegaskan bahawa orang yang zalim itu adalah orang yang melanggar perintahNya. Ini kerana Allah SWT melarangnya daripada melanggar segala hukum-hukumNya yang Allah SWT telah tetapkan. Barang siapa yang melanggarnya. Maka mereka adalah orang-orang yang zalim. Dan orang yang zalim tersebut akan berada dalam kegelapan pada hari kiamat dan tempatnya adalah neraka. Seperti mana di riwayatkan : عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم قَالَ : اتَّقُوا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ,[ أخرجه المسلم رقم الحديث : 6576 حديث صحيح]
Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah SAW bersabda : jauhilah kamu daripada kezaliman. sesungguhNya kezaliman itu membawa kepada kegelapan pada hari kiamat kelak. Syarahan Hadis : Hadis ini menerangkan azab terhadap orang yang zalim. Yang mana orang yang zalim tersebut akan berada dalam kegelapan pada hari kiamat. Oleh yang demikian Nabi SAW mengamanahkan kepada umatnya agar jauhi daripada kezaliman. Kerana kezaliman itu akan membawa kepada kegelapan kelak. sesungguhNya Allah SWT maha adil melaksanakan segala hukumNya. Dalam hal ini kita dapat lihat dengan jelas bertapa pentingnya ilmu. Ini kerana orang yang mempunyai ilmu itu dapat membezakan yang mana larangan Allah SWT dan yang mana perintah Allah SWT. Oleh itu Allah SWT mewajibkan terhadap hambanya menuntut ilmu. Dan menuntut ilmu itu adalah wajib terhadap Muslimin dan muslimat. Seperti mana Sabda Rasulullah SAW : عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْل اللهِ صَلّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : طَالَبُ اْلعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلىَ كُلِّ مُسْلِمٍ, [ أخرجه ابن ماجه رقم الحديث : 224, حديث ضعيف جدّا ( لضعف حفص بن سليمان البراز ), قال الشيخ الألباني : صحيح دون قوله وواضع العلم الخ فإنه ضعيف جدا ,] Daripada Anas Bin Malik RA telah berkata : Rasulullah SAW Bersabda : menuntut ilmu itu adalah wajib keatas tiap-tiap orang muslim. Syarahan Hadis : Hadis ini menunjukkan bahawa ilmu itu sangat penting. Dan menuntut ilmu itu adalah diwajibkan keatas tiap-tiap orang muslimin dan muslimat. Ini kerana menuntut ilmu itu adalah salah satu daripada jihad di jalan Allah SWT. Seperti mana Nabi SAW bersabda : عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : مَنْ خَرَجَ فِيْ طَلَبُ اْلعِلْمِ فَهُوَ فِيْ سَبِيْلِ الله حَتَّى يَرْجِعَ ,[ أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2647 حديث حسن غريب, قال الشيخ الألباني : ضعيف,]
Daripada Anas Bin Malik telah berkata : Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang keluar kerana menuntut ilmu. Maka dia adalah dijalan Allah SWT (Jihad Dijalan Allah SWT) sehingga dia pulang. Syarahan Hadis : Orang yang menuntut ilmu adalah dikira sebagai jihad di jalan Allah SWT kerana menuntut keredhaanNya. Ini kerana dalam hadis ini Nabi menyebut bahawa orang yang keluar kerana menuntut ilmu itu adalah di jalan Allah SWT ( Jihad ). Oleh yang demikian pahala bagi orang yang menuntut ilmu itu sangat besar iaitu sama dengan orang yang keluar berjihad di jalan Allah SWT. Ilmu sangat penting buat seseorang Insan. Ini kerana ilmu itu lebih baik daripada beribadat tanpa ilmu. dan ilmu itu menyuluh kegelapan daripada kesesatan jalan yang di redhai oleh Allah SWT. Nabi SAW bersabda : عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلّىَ الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : فَضْلُ اْلعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ فَضْلِ اْلعِبَادَةِ. وَخَيْرُ دِيْنِكُمُ الْوَرَعُ، [أخرجه الحاكم في مستدرك،كتاب العلم رقم الحديث : 317، قال الشيخ الألباني : ضعيف، وأنظر التّرغيب والترهيب للحافظ عبد العظيم بن القويّ المنذريّ، رقم الحديث : 103 كتاب العلم،ج1 (حديث صحيح لغير)]
Daripada Huzaifah bin Yaman RA telah berkata : Sabda Rasulullah SAW : Kelebihan ilmu itu lebih baik daripada kelebihan ibadat. Dan kebaikan agama kamu itu adalah Warak. Syarahan Hadis : Hadis ini menerangkan bahawa ilmu pengetahuan itu lebih baik daripada seseorang itu beribadat tanpa ilmu. Ini kerana beribadat tanpa ilmu banyak kesalahannya. Oleh itu Nabi SAW menegaskan bahawa ilmu lebih baik daripada ibadat. Dan sebaik agama kamu adalah Warak. Melakukan sesuatu tanpa ilmu itu adalah dilarang dalam Islam. Ini kerana islam bukan agama yang Bertaqlid. Islam melakukan sesuatu ibadat itu berdasarkan bukti daripada Al-Quran dan As-sunnah. Firman Allah SWT : Maksudnya : Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya, [ Surah Al-Israa : 36 ] Syarahan Ayat : Ayat ini menerangkan larangan Allah SWT mengikuti sesuatu amalan itu tanpa ilmu. Ini kerana setiap apa yang dilakukan itu akan dipersoal oleh Allah SWT dari pendengarannya penglihatannya dan hati ( Tiap-tiap individu ). oleh yang demikian islam mengutamakan ilmu daripada beribadat. Dan sesuatu yang tidak di ketahuinya iaitu tiada bukti daripada Al-Quran dan As-Sunnah. maka jangan ikutinya. Dalil ini membuktikan bahawa ilmu itu sangat penting dalam melaksanakan sesuatu amalan dan ibadat. Sekiranya tanpa ilmu. Maka mudahlah seseorang itu tergelincir daripada jalan kebenaran. Oleh itu utamakan ilmu daripada beribadat tanpa ilmu, Dan bagi mereka yang menuntut ilmu itu banyak kelebihan baginya. Seperti mana Sabda Rasulullah SAW : عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قاَلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : مَنْ سَلَكَ طَرَيْقًا يَلْتَمِسُ فَيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ ، [أخرجه ابن ماجه رقم الحديث : 225 حديث صحيح, قال الشيخ الألباني : صحيح] Daripada Abi Hurairah RA telah berkata : Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang melalui jalan untuk mencari ilmu. Allah SAW akan mudahkan baginya jalan ke Syurga. Syarahan Hadis : Kelebihan bagi orang yang yang menuntut ilmu itu sangat besar di sisi Allah SWT. Ini kerana seperti hadis yang terdahulu. yang mana orang yang keluar menuntut ilmu itu adalah jihad di jalan Allah SWT. Oleh itu Allah SWT memudahkan baginya jalan ke Syurga. Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda : عَنْ زِرِّ بْنِ حُبَيْشٍ قَالَ : أَتَيْتُ صَفْوَانَ بْنَ عَسَّالٍ الْمُرَادِيَّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : مَا جَاءَ بِكَ ؟ قُلْتُ أَنْبُطُ الْعِلْمَ، قَالَ : فَإِنِّيْ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُوْلُ : مَامِنْ خَارِجٍ مِنْ بَيْتِهِ فَيْ طَلَبِ الْعِلْمِ إِلاّ وَضَعَتْ لَهُ الْمَلَائِكَةُ أَجْنِحَتَهَا رِضَا ِبمَا يَصْنَعُ, [أخرجه ابن ماجه رقم الحديث : 226, حديث صحيح. قال الشيخ الألباني : صحيح,] Daripada Zhir Bin Hubais telah berkata : Aku jumpa Safwa’an Bin As-sal Al-mura’di RA telah berkata : Apa tujuan kamu datang ? Aku berkata menuntut ilmu! Safwa’an telah berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Tidaklah orang yang keluar dari rumahnya kerana menuntut ilmu. Melainkan malaikat meletakkan sayapnya meredhai apa yang dia lakukan., Syarahan Hadis : Dalam hadis ini menunjukkan orang yang keluar kerana menuntut ilmu itu adalah di lindunggi oleh Malaikat dengan meletakkan sayapnya kerana meredhai apa yang di lakukan oleh penuntut ilmu. oleh itu orang yang menuntut ilmu sangat di beri perhatian oleh Allah SWT dengan memerintahkan Malaikat untuk melindunggi hambanya kerana menuntut ilmu kerana Allah SWT. Dalam hal ini juga Islam melarang hambanya menuntut ilmu kerana untuk menunjuk-nunjuk atau kedudukan dikalangan manusia. Sabda Rasulullah SAW : حَدَّثَنِي ابْنُ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيْهِ, قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُوْلُ : مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ اْلعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ وَيَصْرِفَ بِهِ وُجُوْهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللهُ النَّارَ, [أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2654 , حديث غريب لا نعرفه إلاّ من هذا الوجه, وإسحاق بن يحي بن طلحة ليس بذاك القويّ عندهم. تكلّم فيه من قبل حفظه, قال الشيخ الألباني : حسن]
Di khabarkan padaku Ibn Khakbi bin Malik daripada ayahandanya telah berkata Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang menuntut ilmu untuk bersaing dengan ulama. Atau untuk berbalah dikalangan mereka iaitu merendahkan orang jahil. atau untuk mendapat gelaran di kalangan manusia. Allah SWT akan masukkan dia ke dalam neraka, Syarahan Hadis : Hadis ini menegaskan azab neraka terhadap orang yang menuntut ilmu dengan bertujuan bukan kerana Allah SWT seperti menuntut ilmu untuk bersaing di kalangan ulama atau untuk merendahkan orang yang tidak tahu iaitu orang yang jahil atau untuk mendapatkan sanjungan di kalangan manusia dan kemashuran dirinya. Maka Allah SWT akan masukkan dia ke dalam neraka. Oleh yang demikian jauhilah daripada semua itu dengan menuntut ilmu kerana Allah SWT. Dan menyampaikan ilmu itu adalah satu kewajibpan terhadap orang yang mengetahui tentang sesuatu. Dan orang yang tidak menyebarkan ilmu iaitu mendiamkan pertanyaan tentang ilmu adalah dikira sebagai orang yang zalim dan dia akan di azab di dalam neraka. Sabda Rasulullah SAW : عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قاَلَ رَسُوْلُ الله صَلَّىَ اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم : مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمِ عَلِمَهُ ثمُّ كَتَمَهُ أُلْجِمَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ,[ أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2649 حديث حسن, قال الشيخ الألباني : صحيح ]
Daripada Abi Huraurah RA telah berkata Rasulullah SAW bersabda: barang siapa yang ditanya tentang ilmu yang dia tahu. Lalu dia menyambunyikan ilmunya. Maka dia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat, Syarahan Hadis : Allah SWT akan mengazab orang yang menyembunyikan ilmu dengan menkekangkan mulutnya dengan api neraka pada hari kiamat. Ini kerana menyampaikan ilmu itu adalah wajib. Seperti mana Firman Allah SWT : Maksudnya : Hai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir. [ Surah Al-Maidah : 67 ] Syarahan Ayat : Ayat ini menunjukan bahawa menyampaikan apa yang diturunkan oleh Allah SWT adalah wajib. Dan orang yang tidak menyampaikan apa yang diturunkanNya. Maka dia dikira tidak menyampaikan amanah Allah SWT. oleh itu Nabi SAW bersabda : عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ : قَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلّىَ اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم : بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً, [أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2668 حديث حسن صحيح, قال الشيخ الألباني : صحيح]
Daripada Abdillah Bin Amr telah berkata : Rasulullah SAW bersabda : Sampaikan apa yang kamu perolehi daripadaku walaupun satu ayat. Syarahan Hadis : Hadis ini Nabi SAW menyeru kepada umatya agar sampaikan apa sahaja yang umatya perolehi dari baginda. maka sampaikan kepada orang lain walaupun ianya satu ayat. Dalam Hadis lain Nabi SAW bersabda : عَنْ يَحْيَى بْنِ مَيْمُونٍ الْحَضْرَمِىِّ أَنَّ أَبَا مُوسَى الْغَافِقِىَّ سَمِعَ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ الْجُهَنِىَّ يُحَدِّثُ عَلَى الْمِنْبَرِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : وَمَنْ حَفِظَ عَنِّى شَيْئاً فَلْيُحَدِّثْهُ, [أخرجه أحمد حنبل في "المسند" رقم الحديث : 18848 ( 4/334 ) ج 14، إسناده صحيح،]
Daripada Yahya bin Maimun Al-hyadhami bahawa Abu Musa Al-ghafikiyi mendengar Ukhbah bin Amir Al-Juhani menceritakan di atas mimbar Daripada Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang menghafaz dariku sesuatu. Maka ceritakanya ( sebarkanlah ). Syarahan Hadis : Hadis ini juga dengan makna seperti hadis yang terdahulu. Nabi SAW perintahkan kepada sesiapa sahaja yang menghafaz hadis baginda. Maka cerikanlah dan sampaikanlah kepada orang lain. Ini kerana ilmu itu adalah amanah daripada Allah SWT. Dalam hadis lain juga Nabi SAW Bersabda : حَدِيْثُ زَيْدِ بنِ ثَابِتٍ سَمِعْتُ رَسُوْل اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُوْلُ : نَضَّرَ اللهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيْثاً فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ غَيْرَهُ ، فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلىَ مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ، وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيْهٍ، [أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2656 حديث حسن, قال الشيخ الألباني : صحيح]
Hadis Zaid bin Sa’bit Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Allah SWT mempercantikan sesorang itu apabila dia mendengar Hadis kami. Maka dia menghafazNya sehingga dia menyampaikan hadis tersebut kepada orang lain, Kemungkinan seseorang itu membawa kefahaman kepada orang yang- lebih memahaminya. Dan kemungkinan juga orang yang membawa kefahaman itu sebenarnya dia tidak memahami apa yang dia bawakan (Kefahaman), Syarahan Hadis : Hadis ini menjelaskan bahawa barang siapa yang mengafaz hadis daripada baginda. maka sebarkanlah kepada orang lain. ini kerana balasan bagi orang yang menyebarkan ilmu itu sangat besar. seperti Allah SWT mempercantikan wajahnya. dan menyebarkan Ilmu pengetahuan itu adalah wajib. والله الحمد “ Ramai di kalangan hambanya berusaha untuk berdakwah dan menasihati orang lain. Tetapi dia lupa untuk menasihati dirinya sendiri “