Ahad, 12 Jun 2011

Berdoalah...

Firman Allah S.W.T

Maksudnya :

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku. agar mereka selalu berada dalam kebenaran, [ Surah Al-Baqarah : 186 ]

Syarahan Ayat :

Allah S.W.T maha mendengar lagi maha melihat. Sepertimana firman-Nya “ dan bahawasanya Allah maha mendengar lagi maha melihat “ [ Surah Al-haj : 61 ] Justeru, Allah S.W.T maha dekat dengan hamba-hambanya walaupun hamba-hambanya tidak melihatnya dan Allah S.W.T sentiasa mengabulkan doa apabila hambanya berdoa kepadanya. Oleh sebab itu, Nabi S.A.W bersabda.

عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكُنَّا إِذَا أَشْرَفْنَا عَلَى وَادٍ هَلَّلْنَا وَكَبَّرْنَا ارْتَفَعَتْ أَصْوَاتُنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا إِنَّهُ مَعَكُمْ إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ تَبَارَكَ اسْمُهُ وَتَعَالَى جَدُّهُ

Daripada Abi Musa Al-Asy’Ari RA dia berkata. Kami bersama Rasulullah S.A.W maka kami melihat lembah dari jauh kami pun membaca Tahlil dan bertakbir, suara-suara kami menjadi tinggi (keras). Nabi S.A.W bersabda : Wahai manusia, sayangilah diri kalian. Sesungguhnya kalian tidak menyeru kepada yang tuli dan tidak ada, sesungguhnya dia bersama kamu. Dia maha mendengar lagi maha dekat, maha suci Nama-Nya dan maha tinggi kedudukkan-Nya, [ Hr Bukhari 2991 Sahih ]

Syarahan Hadith :

Maksud sayangilah diri kalian ialah bersikap lemah dan lembut. Kerana Allah S.W.T menyukai kelembutan. Yang mana diriwayatkan Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi S.A.W beliau bersabda :Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Lembut (dan) menyukai kelembutan dan Allah S.W.T memberi apa yang tidak ia berikan kepada kekerasan. [Hr Ibnu Majah 3687 Sahih ]Justeru, Nabi S.A.W menegur sahabat-sahabat beliau agar tidak keraskan suara ketika berseru kepada Allah S.W.T, dalam hadith lain,

عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزَاةٍ فَلَمَّا قَفَلْنَا أَشْرَفْنَا عَلَى الْمَدِينَةِ فَكَبَّرَ النَّاسُ تَكْبِيرَةً وَرَفَعُوا بِهَا أَصْوَاتَهُمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَصَمَّ وَلَا غَائِبٍ هُوَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ رُءُوسِ رِحَالِكُمْ ثُمَّ قَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ أَلَا أُعَلِّمُكَ كَنْزًا مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ،

Daripada Abi Musa Al-Asy’Ari RA ia berkata. Kami pernah bersama Rasulullah S.A.W dalam sebuah peperangan. Ketika kami telah mendaki, maka kami dapat melihat madinah. Orang-orang kemudian bertakbir dengan takbir yang sebenarnya mereka mengeraskan suara mereka (ketika) bertakbir (tersebut), Rasulullah S.A.W kemudian bersabda : Sesungguhnya tuhan kalian bukanlah tuhan yang tuli dan bukan pula tuhan yang tidak ada. Dia ada di antara kalian dan di antara kepala (haiwan) kenderaan kalian, kemudian beliau bersabda : Wahai Abdullah bin Qais, mahukah engkau aku beritahu sebuah harta simpanan di antara harta simpanan Syurga? Iaitu tiada daya dan kekuatan melainkan Allah. [ Hr At-Termizi 3374 Sahih ]

Syarahan Hadith :

Dalam penelitian saya. Hadith yang serupa juga ada dalam Musnad Imam Ahmad dan Ibnu Majah, kesemua hadith yang senada adalah Sahih walaupun dalam Sahih Bukhari lafaznya sedikit berbeza. Tetapi maksudnya sama dan Muslim berbeza sedikit daripada riwayat Ahmad. oleh yang sedemikian Doa adalah ibadat yang sangat diberi perhatian oleh Allah S.W.T, dan doa juga ibadah yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T sepertimana diriwayatkan,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنْ الدُّعَاءِ،

Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi S.A.W beliau bersabda : tidak ada sesuatu yang lebih mulia menurut Allah Ta’ala daripada doa, [ Hr At-Termizi 3370 Hasan ]

Syarahan hadith :

Doa ialah ibadat yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T seperti hadith di atas, begitu juga hadith yang lain. diriwayatkan daripada An-Nu’man bin Basyir daripada Nabi S.A.W beliau bersabda, Doa adalah ibadat. Kemudian beliau membaca’ dan tuhanmu berfirman : Mintalah kepadaku. Nescaya aku akan kabulkan permintaanmu, sesungguhnya orang-orang yang sombong enggan menyembahku. Mereka akan masuk neraka dalam keadaan hina dina. [ Hr At-Termizi 3372 Sahih ] Justeru, yang berhak kita sembah dan minta pertolongan hanyalah kepada Allah S.W.T. yangmana firman Allah S.A.W,

Maksudnya :

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. [ Surah Al-Fatihah : 5 ]

Syarahan Ayat :

Jelas ayat ini. bahawa yang berhak di sembah hanyalah kepada Allah S.W.T, seperti mana Firman-Nya. (Dia-lah) Tuhan masyrik (timur) dan maghrib (barat), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Maka ambillah dia sebagai Pelindung. [ Surah Al-Muzammil : 9 ]Pada hadith lain diriwayatkan,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ فَلَا أَوْ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي،

Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Doa salah seorang di antara kalian akan sentiasa dimakbulkan selagimana ia tidak terburu-buru. Iaitu mengatakan, Aku sudah berdoa namun tidak juga dikabulkan bagiku, [ Hr Muslim 2735 Sahih ]

Syarahan Hadith :

Setiap doa seorang hamba-Nya, pasti akan dikabulkan selagimana ia berusaha untuk berdoa dengan tidak memutuskan Silaturahim atau melakukan dosa. Nescaya Allah S.W.T akan kabulkan doa tersebut. Yangmana diriwayatkan daripada Abu Sa’id bahawa Nabi S.A.W bersabda, tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah Hu’Azza Wajalla dengan doa yang tidak mengandungi dosa atau memutusakan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya satu di antara tiga perkara : (pertama) Allah boleh menyegerakan (doa tersebut) baginya di dunia. Atau (kedua) Allah S.W.T menyimpan baginya sebagai pahala di akhirat. Atau (ketiga) Allah menahan keburukan dari dirinya yang semisal dengan apa yang ia minta. Mereka mengatakan, kalau begitu kami akan banyakan berdoa. Beliau bersabda, Allah lebih banyak lagi (pemberian-Nya). [ Hr Ahmad 11057 Sahih ] dalam hadith lain yangmana diriwayatkan,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قاَلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْه وَسَلَّم مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَنْصِبُ وَجْهَهُ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِي مَسْأَلَةٍ إِلَّا أَعْطَاهَا إِيَّاهُ إِمَّا أَنْ يُعَجَِّلَهَا لَهُ وَإِمَّا أَنْ يَدْخِرَهَا لَهُ،

Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Tidaklah seorang Muslim mengangkat wajahnya kerana Allah Hu’Azza Wajalla ketika (doa) melainkan Allah akan memberikan kepadanya. Baik Allah segerakan pemberian tersebut atau menangguhnya (baginya di akhirat), [ Hr Ahmaf 9747 Sahih Lighair ]

Syarahan Hadith :

Allah S.W.T maha mendengar lagi maha melihat. Maka Allah tidak akan sia-siakan doa hambanya yang berusaha hanya kepada yang maha isa, ini kerana ibadat doa sangat diberi perhatian oleh Allah S.W.T. diriwayatkan daripada Salman RA ia berakata Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah maha pemalu dan mulia. dia merasa malu apabila seorang mengangkat kedua tangan kepada-Nya lalu ia mengambalikannya dalam keadaan hampa dan tanpa harapan, [ Hr Abu Daud 1488 Sahih ] Malu yang dimaksudkan disini bukanlah jiwa yang mengerut. Kerana Allah S.W.T maha suci dari sifat tersebut. Tetapi maksudnya ialah bahawa Allah tidak mengazabnya. Ini merupakan kinayah dikabulkan doa dan Allah S.W.T membari tanpa ada permintaan. dalam hadith lain yangmana diriwayatkan,

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَزَلَتْ بِهِ فَاقَةٌ فَأَنْزَلَهَا بِالنَّاسِ لَمْ تُسَدَّ فَاقَتُهُ وَمَنْ نَزَلَتْ بِهِ فَاقَةٌ فَأَنْزَلَهَا بِاللَّهِ فَيُوشِكُ اللَّهُ لَهُ بِرِزْقٍ عَاجِلٍ أَوْ آجِلٍ،

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : barangsiapa mengalami kemiskinan lalu ia mengadukannya kepada manusia maka kemiskinannya tersebut tidak akan dapat diperbaiki dan barang siapa yang mengalami kemiskinan kemudian ia mengadukannya kepada Allah. Maka Allah akan berikan rezeki kepadanya dengan segera atau ditangguhkan, [ Hr At-Termizi 2326 Sahih ]

Syarahan Hadith :

Allah S.W.T maha kaya lagi maha mengasihani. Maka kepada Allah seorang hamba berdoa, orang yang mengadu kesusahan dan memohon kepada-Nya nescaya Allah akan memudahkan baginya di dunia dan melepaskan pemohon daripada kemiskinan dan kesusahan di dunia. Allah berhak menanguhnya untuk dikabulkan di akhirat. Justeru, rugilah orang yang tidak berdoa kepada-Nya dan orang yang mengadukan kesusahannya kepada selain dari Allah S.W.T maka ia akan terus dalam keadaan susah dan sempit. Melainkan kepada Allah ia berdoa. Dalam hadith lain yangmana diriwayatkan,

عَنْ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الْحُوتِ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ،

Daripada Sa’ad beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : Doa Dzun Nun ketika ia berada dalam perut ikan Paus ialah. Tidak ada tuhan kecuali engkau (Allah S.W.T) maha suci engkau, sesungguhnya aku adalah sebahagian daripada orang-orang zalim. Sesungguhnya tidak ada seorang Muslim yang berdoa dengan doa itu sama sekali, melainkan Allah akan mengabulkan untuknya, [ Hr At-Termizi 3505 Sahih ]

Syarahan Hadith :

Hadith ini bukan khusus untuk Nabi Yunus A.S tetapi untuk kesemua orang mukmin. Pada penelitian saya, bahawa Nabi Yunus A.S sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T setiap waktu samaada beliau dalam keadaan senang mahupun susah. Ketika Nabi Yunus A.S di telan oleh ikan Paus, maka beliau berdoa kepada Allah seperti doa hadith di atas. Maka keberkatan yangmana beliau sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T ketika senang mahupun susah. Allah S.W.T mengabulkan doa Yunus A.S yang sentiasa mengingati-Nya dan Allah S.W.T berfirman : Maka kami Telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari pada kedukaan. dan Demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman, [ Surah Al-Ambiya : 88 ] Dalam Hadith lain yangmana diriwayatkan,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكَرْبِ فَلْيُكْثِرْ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ،

Daripada Abi Hurairah RA ia berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : barang siapa ingin dikabulkan doanya oleh Allah ketika dalam kesulitan dan kesusahan. Maka hendaklah ia banyakkan berdoa pada waktu lapang, [ Hr At-Termizi 3383 Hasan ]

Syarahan Hadith :

Doa ketika dalam keadaan lapang ialah doa yang baik dan akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. Ini kerana amalan yang paling Allah S.W.T suka ialah amalan yang berterusan. Samaada ia dalam keadaan lapang mahupun dalam keadaan kesusahan ia sentiasa mengingati Allah S.W.T maka Allah akan kabulkan doa tersebut. Wallah hu’alam,

“ Doa & Hikmah “

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ،

Daripada Abi Hurairah RA ia berkata Rasulullah S.A.W bersabda : Tiga doa yang Mustajab tanpa ada keraguan “ Doa orang yang teraniaya (dizalimi). doa orang yang Musafir. Dan doa kedua ibu bapa untuk anaknya ”, [ Hr At-Termizi 1905 Hasan ]

Syarahan Hadith :

Tiga golongan yang Allah S.W.T beri perhatian dan mengabulkan doa mereka ialah orang yang dizalimi. Orang yang musfir dan doa kedua ibu bapa untuk anaknya. Justeru, perbanyakanlah berdoa ketika sujud. Yangmana diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : waktu yang paling dekat seorang hamba dengan tuhannya ialah ketika ia bersujud. Maka perbanyaklah berdoa (ketika sujud) , [ Hr Muslim 482 Sahih ]begitu juga pada hadith lain diriwayatkn daripada Abu Umamah RA ia berkata. Dikatakan, wahai Rasulullah S.A.W doa yang manakah lebih didengar? Beliau menjawab. Doa pada bahagian tengah malam terakhir dan selepas solat-solat wajib, [ Hr At-Termizi 3499 Hasan ]diriwayatkan juga daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya. [ Hr Bukhari 6321 Sahih ] oleh sebab itu. Beruntunglah orang yang mahu berdoa kepada Allah S.W.T kerana setiap doa, Allah pasti akan kabulkan. InsyaALLAH, Wallahhu A’lam,