Selasa, 2 Ogos 2011

"Himpunan Hadith Tentang puasa"

Firman Allah S.W.T :
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa [ Surah Al-Baqarah : 183 ]
Faedah  Al-Quran :
Melalui ayat inilah ibadah puasa diwajibkan ke atas orang-orang Mukmin dan Allah S.W.T mewajibkannya juga kepada orang-orang sebelum mereka. Oleh sebab itu, hendaklah bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan ini dengan lebih baik daripada orang-orang sebelum mereka. Seperti firman Allah S.W.T :
MaksudNya :
“Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang. sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat
(saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, Maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan[ Surah Al-Ma’idah : 48 ]
Faedah  Al-Quran :
Ketaqwaan dan kebaikan dapat dicapai dengan ikhlas beribadah hanya kepada Allah S.W.T, di antara ibadah-ibadah yang baik ialah puasa. kerana puasa dapat menyucikan diri dan menahan seseorang itu daripada melakukan dosa. Allah S.W.T berfirman, sesiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu [ Surah Al-Baqarah : 158 ] ayat ini menunjukkan bahawa kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan dan membatalkan hukum yang sebelumnya iaitu memilih sama ada berpuasa atau membayar fidyah. Sebelum turunnya ayat mewajibkan puasa orang-orang mukmin dahulunya berpuasa pada hari-hari tertentu sahaja. Seperti mana diriwayatkan,
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَاكَانَ عَاشُورَاءُ يُصَامُ قَبْلَ رَمَضَانَ فَلَمَّا نَزَلَ رَمَضَانُ قَالَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ،
“Daripada Aisyah RA. Hari Asyura adalah hari dilaksanakan puasa sebelum (diwajibkan puasa) Ramadhan. Ketika (puasa) Ramadhan turun (diwajibkan) maka beliau (rasulullah s.a.w) bersabda : Barang siapa ingin (berpuasa) maka ia boleh puasa dan barang siapa ingin (tidak puasa) maka ia boleh tidak berpuasa” [ Hr Bukhari 4502 ]
Faedah Hadith :
Hadith ini menjelaskan bahawa sebelum difardhukan puasa mereka di kalangan umat Muhammad S.A.W telah berpuasa pada hari Asyura dan selepas turunnya ayat mewajibkan puasa iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan, maka puasa Asyura ditinggalkan. Seperti diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud beliau berkata. As-Asy’ast masuk kepadanya dan dia (Abdullah bin Mas’ud) sedang makan. Maka dia (Al-asy’ast bin Qais) berkata, hari ini ialah hari Asyura. Dia (Abdullah bin Mas’ud) berkata, sebelum diturunkan (diwajibkan puasa) Ramadhan. Pada hari Asyura dilaksanakan puasa. Ketika Ramadhan turun, maka (puasa asyura) ditinggalkan. Untuk itu, marilah makan [ Hr Bukhari 4503 ] justeru, wajiblah umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan, di antara kelebihan bulan Ramadhan ialah seperi diriwayatkan,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ،
“Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Jika bulan Ramadhan tiba. Maka seluruh pintu syurga dibuka dan seluruh pintu neraka ditutup serta syaitan-syaitan dibelengu” [ Hr Muslim 1079 ]
Faedah Hadith :
Di antara hikmah yang Allah S.W.T tetapkan ialah membelengu syaitan yang selalu menggoda hamba-hambanya daripada melakukan kebaikan.  Justeru, Allah membelengu syaitan-syaitan agar hamba-hamba-Nya dapat menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan dengan penuh ketaqwaan kepada-Nya. Jelas membuktikan Allah maha berkuasa setiap sesuatu dan Allah S.W.T membuka seluas-luasnya pintu syurga dan menutup pintu neraka. Seperti hadith lain diriwayatkan,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ،
“Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : apabila tiba awal malam Ramadhan maka syaitan-syaitan dan jin yang derhaka dibelengu. Pintu-pintu neraka ditutup tidak ada satu pintupun yang dibuka. Pintu-pintu syurga dibuka dan tidak ada satupun yang ditutup. Lalu (malaikat) penyeru menyerukan, wahai orang yang menghendaki kebaikan. Datanglah, wahai orang yang menghendaki kejahatan. Berhentilah, Allah juga mempunyai pembebas-pembebas dari neraka. Hal itu (terjadi) pada tiap-tiap malam[ Hr At-Termizi 682 ]
Faedah Hadith :
Bulan ramadhan ialah bulan yang mulia maka pada bulan ramadhan Allah S.W.T membuka pintu-pintu syurga bagi orang yang melakukan kebaikan dan orang tidak melakukan kebaikan dia terdiri daripada orang-orang yang rugi. Hal ini kerana ibadah puasa berbeza dengan ibadah-ibadah yang lain. Seperti diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda. Allah S.W.T berfirman : semua amalan anak adam (manusia) adalah untuk-Nya kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu adalah bagiku dan akulah yang akan memberi ganjaranya. Puasa itu perisai, apabila seseorang berpuasa maka janganlah ia berkata keji dan kasar. Jika ada orang mencaci atau memusuhinya. Hendaklah ia berkata, aku sedang berpuasa, demi jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya sesungguhnya mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wanginya minyak kasturi. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagian iaitu, kebahagian ketika berbuka dan kebahagian ketika berjumpa tuhan-Nya. Dimana ia bahagia dengan (pahala) puasanya  [ Hr Muslim 1151 ] Oleh yang demikian, puasa sangat besar pahalanya. Justeru, orang yang berpuasa bergambiralah dengan kelebihan ibadah tersebut yang tiada pada ibadah-ibadah yang lain, Dalam hadith lain,
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً،
“Daripada Anas RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : sahurlah kalian. Sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan [ Hr Muslim 1095 ]
Faedah Hadith :
Amalan bersahur ialah sunnah Nabi S.A.W dan besar keberkatan yang ada padanya sehingga Nabi S.A.W perintahkan sahabat-sahabat lain agar bersahur dan diriwayatkan daripada Amru bin Al-ash beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda, sesungguhnya yang membezakan antara puasa kita dengan puasanya, Ahli kitab adalah makan Sahur [ Hr Abu Daud 2343 ] Hal ini kerana mereka ahli kitab tidak bersahur. seperti hadith lain diriwayatkan,
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قاَلَ قاَلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلىَ الْمُتَسَحِّرِيْنَ،
“Daripada Ibnu Umar RA ia berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mendoakan orang-orang makan sahur [ Hr Thabrani 287/6 ]
Faedah Hadith :
Makan sahur semuanya berkat. Maka tidak wajar seorang muslim meninggalkan sunnah tersebut dan Nabi S.A.W larang meninggalkan sahur, seperti diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri RA ia berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : makan sahur semuanya berkat maka janganlah kalian meninggalkannya (sahur) walaupun salah seorang di antara kalian meneguk satu teguk air. Maka sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang makan sahur [ Hr Ahmad 11334 ] Seperti hadith lain diriwayatkan,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ،
“Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi S.A.W beliau bersabda : sebaik-baik makan sahur orang mukmin adalah kurma[ Hr Abu Daud 2345 ]
Faedah Hadith :
Di antara amalan yang baik ketika sahur ialah bersahur dengan buah kurma dan melambatkan sahur seperti diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Zaid bin Sabit dia berkata. Kami sahur bersama Rasulullah S.A.W kemudian beliau berdiri untuk melaksanakan solat. Aku bertanya, berapakah jarak antara sahur dan solat? Beliau menjawab. Iaitu kira-kira (lama membaca) 50 puluh ayat, [ Hr Bukhari 1921 ]dalam hadith ini yang menanyakan tentang jarak antara sahur dan solat adalah Anas bin Malik. Beliau bertanya kepada Zaid bin Sabit tentang hal tersebut, lalu Zaid menjawab. Kira-kira lama membaca 50 ayat Al-Quran, [ Fathul Baari Jilid 11 M/S 115 ] pada penelitian saya bahawa bangsa arab dahulunya mengukur sesuatu masa dengan perbuatan-perbuatan tertentu. Diantaranya mereka mengatakan selama memerah susu atau selama sembelih unta dan kata-kata tersebut membuktikan bahawa dikalangan sahabat-sahabat Nabi S.A.W sentiasa beribadah seperti membaca Al-Quran. Maka Zaid bin Sabit menjawab selama membaca 50 ayat Al-Quran. Justeru, dalam hal ini disunatkan melewatkan sahur selagimana seseorang itu merasa yakin waktu malam masih ada. Sekiranya merasa ragu. Maka tinggalkan, pada penelitian saya juga terdapat dalam Fiqh Mazhab Syafie waktu Imsak [ Waktu ini tidak ada dalam Sunnah Nabi S.A.W ] iaitu berhanti makan sebelum matahari terbit beberapa saat [ Al-Mu’tamad Jilid 2 M/S 180 ] Ia dinamakan waktu Imsak agar orang yang bersahur berjaga-jaga agar tidak terjatuh ketika masuk waktu, dalam hadith lain kelebihan bagi orang yang berpuasa ialah. Seperti mana diriwayatkan,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ،
“Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : siapa yang berpuasa pada (bulan) ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala (dari Allah s.w.t) maka diampuni baginya dosa-dosanya yang telah lalu[ Hr Ibnu Majah 1641 ]
Faedah Hadith :
Orang yang berpuasa ikhlas  hanya kepada Allah S.W.T dengan penuh keimanan dan meninggalkan segala dosa dan maksiat. Maka Allah S.W.T akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Seperti hadith lain diriwayatkan,
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُومُ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا بَاعَدَ اللَّهُ بِذَلِكَ الْيَوْمِ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا،
“Daripada Abi Said Al-Khudri RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : Tidaklah seorang hamba yang berpuasa satu hari kerana  Allah. Melainkan dengan puasanya satu hari itu. Allah menjauhkan wajahnya daripada neraka sejauh 70 tahun [ Hr Muslim 1153 ]
Faedah Hadith :
Orang yang berpuasa satu hari kerana menuntut keredhaan-Nya nescaya Allah S.W.T akan jauhkan dia daripada api neraka sejauh 70 tahun. Justeru, kebaikannya sangat besar buat mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T dan orang yang berpuasa mempunyai dua nikmat kegembiraan. iaitu, ketika ia berbuka puasa dan ketika bertemu tuhan-Nya [ Hr At-Termizi 766 ]  Oleh yang demikian itu, janganlah seseorang yang berpuasa dia melakukan dosa. Seperti dalam hadith lain diriwayatkan,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْجَهْلَ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَا حَاجَةَ لِلَّهِ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ،
“Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : barang siapa tidak meninggalkan perkataan kotor. Sifat-sifat kebodohan dan melakukan hal itu. Maka Allah tidak menerima ibadah meninggalkan makan dan minumnya (puasanya)[ Hr Ibnu Majah 1689 ]
Faedah Hadith :
Maksudnya. Allah S.W.T tidak akan peduli ibadah puasa orang yang melakukan dosa seperti mengumpat berkata-kata keji dan perbuatan-perbuatan yang jahil tidak membawa faedah. Seperti dalam hadith lain diriwayatkan,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ،
“Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak dapat apa-apa dari puasanya melainkan rasa lapar dan berapa ramai orang yang solat (tarawih/malam) tidak dapat apa-apa dari solatnya melainkan hanya tidak tidur [ Hr Ibnu Majah 1690 ]
Faedah Hadith :
Hadith ini menunjukkan bahawa puasa orang yang terlibat dengan dosa maksiat seperti mencaci mengumpat dan tidak menahan diri daripada maksiat dan menunjukkan perbuatan yang jahil maka sia-sialah ibadah puasanya. Perumpamaan orang yang puasa dan solat malam tetapi tidak mendapat pahala ibadah tersebut melainkan sia-sia baginya dan kata Abu Ubaidah “ puasa itu adalah perisai. Selagi ia tidak merosakkannya (dengan maksiat) ” [ Hr An-Nasa’i  2235 ] Justeru, ibadah puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum. Tetapi menahan diri daripada segala dosa dan maksiat. inilah yang masyhur di kalangan ahli ilmu. Oleh sebab itu, diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA beliau berkata Rasulullah S.A.W bersabda : Jika salah seorang daripada kalian berpuasa Maka janganlah dia berkata kotor, jangan melakukan sifat-sifat jahil Jika ada seseorang yang bersikap jahil kepadanya. maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa [ Hr Ibnu Majah 1691]   bulan Ramadhan adalah bulan ibadah. Maka yang utama seseorang itu memperbanyakkan sedekah. Seperti mana yang diriwayatkan,
عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ كَانَ يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ،
“Daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah bahawa Abdullah bin Abbas berkata. Rasulullah S.A.W adalah manusia yang paling dermawan dan beliau akan nampak lebih dermawan pada bulan Ramadhan. Ketika Jibril menemuinya, dan jibril menemuinya setiap malam pada bulan ramadhan dan mengajar Al-Quran. Ibnu Abbas berkata, Rasulullah S.A.W ketika ditemui Jibril a.s lebih dermawan dalam hal kebaikan daripada angin yang berhembus[ Hr An-Nasa’I 2097 ]
Faedah Hadith :
Maksudnya. Rasulullah S.A.W lebih banyak dermawannya ketika bulan Ramadhan, ini kerana bulan Ramadhan ialah bulan ibadah maka banyakkanlah bersedekah kerana sedekah itu besar pahalanya. Seperti diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid Al-Juhani beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda : Siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahalanya sama sekali,[ Hr Ibnu Majah 1746 ] Dan tidaklah batal puasa orang yang makan kerana lupa bahawa dia sedang berpuasa. Yang mana diriwayatkan daripada Abi hurairah RA  beliau berkata, ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah S.A.W lalu berkata. “Wahai Rasul, aku telah makan dan minum kerana lupa ketika sedang puasa“ beliau bersabda : (itu bermaksud) Allah telah beri makan dan minum kepadamu, [ Hr Abu Daud 2398 ] maksud hadith ini ialah puasa orang yang makan dan minum kerana lupa tidak batal malahan makan dan minumnya itu adalah rezeki daripada Allah S.W.T. kata Imam As-Syafie, “barang siapa makan atau minum kerana lupa. Maka sempurnakanlah puasanya dan tidak perlu khada’ baginya [ Al-Umm Jilid 3 M/S 243 Darul Wafaa ] kelebihan lain. Seperti mana diriwayatkan,
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْإِفْطَارَ،
“Daripada Sahal bin Sa’d bahawa Nabi S.A.W bersabda : manusia sentiasa berada dalam keadaan baik  selama menyegerakan berbuka puasa [ Hr Ibnu Majah 1967 ]
Faedah Hadith :
Terdiri daripada amalan sunnah orang yang mempercepatkan berbuka apabila telah masuk waktu. Hal ini kerana untuk membezakan puasa orang Yahudi dan Nasrani. Seperti diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi S.A.W beliau bersabda : Agama (islam) sentiasa Berjaya selama orang-orang mempercepatkan berbuka. Kerana orang Yahudi dan Nasrani selalu melambatkan berbuka [ Hr Abu Daud 2353 ] dalam hadith lain diriwayatkan,
حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ،
“Dikhabarkan kepada kami Sabit Al-Bunani bahawasanya beliau telah mendengar Anas bin Malik berkata. Rasulullah pernah berbuka dengan kurma yang segar sebelum beliau melakukan Solat. Jika tidak ada kurma yang segar. Maka beliau memakan kurma kering. Jika tetap tidak ada maka beliau berbuka dengan meminum beberapa teguk air [ Hr Abu Daud 2356 ]
Faedah Hadith :
Menyegerakan berbuka sebelum solat ialah sunnah Nabi S.A.W diantara sunnah Nabi S.A.W ialah memakan kurma sebelum melakukan solat. Ulama berpendapat bahawa pada musim panas Nabi S.A.W berbuka dengan kurma basah dan pada musim sejuk Nabi S.A.W berbuka dengan kurma kering wallahhu’Alam. Justeru, pada penelitian saya bahawa kalimah “ Kerana orang Yahudi dan Nasrani selalu melambatkan berbuka “ ialah tambahan daripada Abi Hurairah RA selain  itu hadith ini menunjukkan bahawa ada kebaikan kepada orang yang menyegerakan berbuka puasa dan ia adalah komitmen untuk mengamalkan sunnah Nabi S.A.W yang mana Nabi S.A.W menyegerakan berbuka lalu menunaikan solat dan mempercepatkan berbuka juga dapat membezakan Sunnah dan Syi’ah. Hal ini kerana sebahagian Syi’ah melambatkan berbuka sehingga muncul bintang. Walaupun hadith ini datang sebelum wujudnya Syi’ah tetapi ia baik untuk mengekalkan Sunnah Nabi S.A.W dengan menyegerakan berbuka Wallahhu’Alam. Seperti dalam hadith lain diriwayatkan,
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ  قَالَ  أَتَيْتُ  رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فَقُلْتُ  مُرْنِي
بِأَمْرٍ آخُذُهُ عَنْكَ قَالَ عَلَيْكَ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَا مِثْلَ لَهُ،
“Daripada Abi Umamah beliau berkata aku pernah datang bertemu Rasulullah S.A.W lalu aku berkata. Perintahkanlah aku dengan sesuatu perintah dimana aku boleh mengambilnya dari engkau, beliau bersabda : hendaklah engkau berpuasa. Kerana ia tidak ada bandingannya[ Hr An-Nasa’I 2222 ]
Faedah Hadith :
Bulan Ramadhan adalah bulan penghapus dosa dan ibadah puasa berbeza daripada ibadah-ibadah yang lain. Oleh sebab itu, Nabi S.A.W bersabda puasa tidak ada bandingannya dan bagi orang yang berpuasa doanya dimakbulkan. Yang mana diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : ada tiga orang doa mereka tidak tertolak. Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga berbuka dan orang yang dizalimi.[ Hr Ibnu Majah 1752 ]  Justeru, hadith ini membuktikan kelebihan yang Allah S.W.T berikan kepada mereka yang mana doa mereka tidak ditolak oleh-Nya, Dalam hadith lain  diriwayatkan,
عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ،
“Daripada Sahal RA daripada Nabi S.A.W beliau bersabda : sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa masuk melalui pintu itu pada hari kiamat. Tidak seorangpun masuk melalui pintu itu selain mereka. Dikatakan, mana orang-orang yang berpuasa? Maka mereka berdiri. Tidak ada seorangpun yang masuk melalui pintu itu selain mereka (orang yang berpuasa). Apabila mereka telah masuk, maka pintu itu ditutup dan tidak ada seorangpun yang masuk (lagi) melaluinya (Ar-Rayyan) [ Hr Al-Bukhari 1896 ]
Faedah Hadith :
Ar-Rayyan ialah daripada perkataan Ar-Rayy bermaksud melepas diri daripada dahaga ini kerana dahaga lebih berat daripada lapar. Maka Allah S.W.T khususkan Orang yang berpuasa syurga Ar-Rayyan  orang yang masuk syurga tersebut tidak akan merasa dahaga buat selama-lamanya. Seperti diriwayatkn daripada Sahal bin Sa’ad daripada Nabi S.A.W beliau bersabda : di dalam syurga ada satu pintu yang disebut Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa boleh masukinya dan orang yang memasukinya tidak akan merasa haus selama-lamanya, [ Hr At-Termizi 765 ] والله الحمد
Diriwayatkan daripada Marwan bin Salim Al-Muqaffa ia
berkata : Aku melihat Ibnu Umar menggenggam janggutnya lalu memotong janggut yang melebihi (genggaman) telapak tangannya. Ia berkata, Rasulullah S.A.W ketika berbuka pernah bersabda : Rasa haus telah hilang dan kerongkong telah basah pahalapun telah tetap InsyaALLAH, [ Hr Abu Daud 2357 ]
Diriwayatkan daripada Abu Ayyub salah
seorang sahabat Nabi S.A.W daripada Nabi S.A.W
beliau bersabda : Barang siapa puasa pada bulan ramadhan kemudian diikuti dengan (puasa) enam hari pada bulan syawal. Maka seakan-akan ia berpuasa satu tahun penuh,[ Hr Abu Daud 2433 ]
والله تعالى أعلم