Jumaat, 30 Mac 2012

" Rujuklah Al-Quran dan As-Sunnah "


Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : Orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya[1],


[1]  Surah An-Nisaa : 59

Khamis, 22 Mac 2012

" MANUSIA TIDAK DICIPTA UNTUK SIA-SIA "



Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

القرآن الكريم

MaksudNya : Maka apakah kamu mengira, bahawa Sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami[1]?

Faedah ayat :

Apakah makhluk yang di cipta oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala itu tanpa ada maksud atau tujuan atau tanpa ada hikmah-hikmah dari Allah Subhanahu wa Ta’ala tanpa di beri pahala atau dosa (percuma). Maka maksud ayat tersebut, Adalah kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala mencipta manusia semata-mata untuk beribadah dan melaksana perintah (amanah) Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan di kalangan manusia menyangka bahawa mereka tidak dikembalikan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala (hidup tanpa ada matlamat atau tanpa hisap). Maksud ayat tersebut, Mereka (makhluk/manusia) menyangka bahawa tiada Akhirat (tampat asal bagi mereka) Oleh sebab itu, Sangkaan tersbut Allah Subhanahu wa Ta’ala beri jawapan kepada mereka. Firman ALLAH Subhanahu wa Ta’ala : Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja/percuma (tanpa ada tanggungjawab)[2]? Maka Allah berfirman :

MaksudNya : “ Maka Maha Tinggi Allah, raja yang Sebenarnya. tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) 'Arsy yang mulia[3]

القرآن الكريم

Faedah Ayat :

Maksdunya, tuduhan yang menyatakan Allah cipta manusia itu hanya untuk saja-saja. Maka Allah terangkan ayat di atas MAHA SUCI ALLAH, TINGGI, RAJA YANG SEBANAR, TIADA TUHAN MELAIN ALLAH, YANG MEMPUNYAI ARSY DAN KEMULIAAN, Ayat ini menerangkan bahawa Sifat mencipta manusia untuk saja-saja itu tidak ada pada Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang ada pada Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah : 1-MAHA TINGGI, 2-RAJA YANG SEBENAR, 3-TIADA TUHAN MELAIN ALLAH, 4-HAK (ARSY[4]) ALLAH DAN KEMULIAAN, (tidak ada saja-saja/tanpa ada matlamat/percuma) Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala
 
القرآن الكريم

MaksudNya : Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku[5]

Faedah Ayat :

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah mencipta manusia agar mereka mengakui bahawa Allah maha pencipta dan beribadah kepada yang maha pencipta (Allah Subhanahu wa Ta’ala) baik mereka (jin/manusia) suka mahupun terpaksa[6]. Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam :

الحديث النّبوى

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَة عَنِ النَّبِي صَلَّى الله عَلَيْه وَسَلَم قَالَ إن الله تَعَالَى يَقُول يَا ابْن آدَمَ تَفَرَّغْ لِعِبَادِتِيْ أَمْلَأْ صَدْرَكَ غِنىً وَأَسَدَّ فَقْرَكَ وَإِلَّا تَفْعَلْ مَلَأْتُ صَدْرَكَ شُغْلًا وَلَمْ أَسَدَّ فَقْرَكَ،
Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau berkata : Sesungguhnya Allah berfirman, Hai anak adam! Siapkanlah dirimu sepenuhnya untuk beribadah kepadaku. Nescaya aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan aku tutup kepafiranmu, Dan jika kamu tidak melakukannya maka aku akan memenuhi dadamu dengan kesebukan dan aku tidak akan menutup kefakiranmu[7],

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

القرآن الكريم

MaksudNya : Dan barangsiapa menyembah Tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu, Maka Sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung[8],

Faedah Ayat :

Ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta’ala mengancam keras kepada golongan yang menduakan Allah Subhanahu wa Ta’ala (syirik) dengan sesuatu dan menyambah Tuhan selain Allah Subhanahu wa Ta’ala sedangkan mereka tidak ada bukti bahawa tuhan mereka itu benar walaupun mereka menyamakan Allah dengan tuhan mereka (kafir). Maka pada hari kiamat kelak mereka KOSONG tidak dapat Syurga dan tidak akan selamat. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam : “ Tidak masuk Syurga sesiapa yang menduakan Allah Subhanahu wa Ta’ala (syirik)[9]“  dan mereka itu rugi tidak selamat kerana mencari tuhan selain tuhan Agama Islam, Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : “ Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi[10]” Dan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Sesiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang tidak ada dasarnya dari kami (sunnah/islam). Maka amalannya itu tertolak[11]. Oleh sebab itu, agama yang diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala hanyalah agama islam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

القرآن الكريم

MaksudNya : Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang Telah diberi Al Kitab[12] kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, Karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya[13].

Faedah Ayat : 

Ayat ini menunjukkan Agama yang diterima Allah hanyalah Agama Islam. Sesiapa yang mencari selain dari islam seperti orang-orang kafir, Maka bagi mereka adalah rugi kerana isbadah selain daripada ibadah islam ia tertolak. Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Akan datang amalan-amalan pada hari kiamat. Lalu datanglah amalan Solat dan berkata. Ya rabbi, aku adalah amalan solat. Allah berfirman, Sesungguhnya engkau berada di atas kebaikan (diterima). Lalu datanglah amalan Sedekah. Allah berfirman, Sesungguhnya engkau berada di atas kebaikan. Kemudian datang amalan puasa (pula) dan berkata. Ya rabbi, Aku adalah amalan puasa. Allah berfirman, Sesungguhnya engkau berada di atas kebaikan. Kemudian datanglah amalan-amalan yang lain dan Allah tetap berfirman. Sesungguhnya engkau berada di atas kebaikan. Kemudian datanglah Islam dan berkata. Ya rabbi, Engkau adalah As-Salam (yang maha penyelamat) dan Aku adalah Islam, Maka Allah berfirman : Sesungguhnya engkau berada di atas kebaikan pada hari ini keranamu Aku membalas (orang yang dahulu tidak menerimamu) dan keranamu pula Aku memberi (pahala orang yang menerimamu)[14], Maksudnya Allah menerima islam dan menolak selain dari islam pada hari kiamat. Maka rugilah orang-orang tidak menerima Islam,

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

القرآن الكريم

MaksudNya : Dan Katakanlah: Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah pemberi rahmat yang paling baik[15],

Faedah Ayat :

MaksudNya, Allah jua yang maha beri ampunan atau kepada Allah jua Tuhan yang berhak di sembah, dan dia maha memberi rahmat keampunan kepada makhluknya dan Allah jua tampat arah tuju untuk memohon pertolongan dan Allah jua yang berhak memberi rahmat kepada sesiapa yang dia mahu. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : “Hanya Engkaulah yang kami sembah[16], dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta[17] pertolongan[18]” dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, Katakanlah: "Dia-lah Allah yang Maha Penyayang kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya-lah kami bertawakkal[19],

والله أعلم



[1]  Al-Mu’Minuun : 115
[2]  Al-Qiayaamah : 36
[3]  Al-Mu’minuun : 116
[4]  Saya tidak menta’wilkan kalimah ARSY,
[5]  Az-Zariyaat : 56
[6]  At-Thabari [XXII/444] Daripada Ali bin Abi Thalib RA daripada Abdullah bin Abbas RA
[7]  Hr Ahmad Ibnu Majah dan At-Tarmizi [ SAHIH ]
[8]  Al-Mu’minuun : 117
[9]  Hr Bukhari SAHIH BUKHARI
[10]  Ali-Imraan : 85
[11]  Hr Bukhari SAHIH BUKHARI
[12]  Maksudnya ialah kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran.
[13]  Ali-Imraan : 19
[14]  Hr Ahmad Dha’if [II/363]
[15]  Al-Mu’minuun : 118
[16]  Na'budu diambil dari kata 'ibaadat: kepatuhan dan ketundukkan yang ditimbulkan oleh 
        perasaan terhadap kebesaran Allah, sebagai Tuhan yang disembah, Karena berkeyakinan 
        bahwa Allah mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.
[17]      Nasta'iin (minta pertolongan), terambil dari kata isti'aanah: mengharapkan bantuan 
        untuk dapat menyelesaikan suatu pekerjaan yang tidak sanggup dikerjakan 
        dengan tenaga sendiri.
[18]   Al-Faatihah : 5
[19]   Al-Mulk : 29