Ahad, 3 Jun 2012

Sabtu, 2 Jun 2012

" NERAKA & TAUBAT "


 

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

MaksudNya :

Dan sesungguhnya (neraka) Jahanam itu benar-benar tempat yang Telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka[1].

Faedah Al-Quran :

Syaitan adalah musuh yang nyata buat hamba-hamba Allah Subhanahu wa Ta’ala dan mereka sentiasa berusaha untuk menarik manusia ke dalam neraka dan mengoda manusia untuk sesat bersama mereka maka meraka yang jatuh kepada kesesatan pasti tempatnya di neraka dan mereka itulah pengikut syaitan. Oleh sebab itu manusia perlu sentiasa memohon kepada Allah agar dilindungi dari godaan syaitan yang selalu menyesatkan manusia, Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : Dan jika engkau ditimpa sesuatu godaan syaitan Maka berlindunglah (doa) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui[2]. Diriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

الحديث النّبوى : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَارُكُمْ هَذِهِ الَّتِي تُوقِدُونَ جُزْءٌ وَاحِدٌ مِنْ سَبْعِينَ جُزْءًا مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ قَالُوا وَاللَّهِ إِنْ كَانَتْ لَكَافِيَةً يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّهَا فُضِّلَتْ بِتِسْعَةٍ وَسِتِّينَ جُزْءًا كُلُّهُنَّ مِثْلُ حَرِّهَا،
Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau bersabda : Api yang kalian nyalakan ini (di dunia) hanyalah salah satu bahagian daripada 70 bahagian panasnya api neraka jahanam. Para sahabat bertanya demi Allah itu saja cukup panas wahai Rasulullah. Beliau berkata : Sesungguhnya api (di dunia) itu jika digandakan sebanyak 69 kali Maka panas kesemuanya itu semacam panasnya api neraka (jahanam)[3],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abu Hurairah RA “

Beliau adalah Abu Hurairah Ad-Dausi Al-Yamani. Banyak pendapat mengenai nama asal beliau dan yang paling kuat adalah Abdurrahman Bin Shakhar, beliau adalah orang yang sangat faqih, Mujahid dan Al-Hafiz, diriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata “ Dahulu aku pernah mengembala     kambing  keluargaku,  dan  aku mempunyai  seekor  kucing  yang kecil ( anak kucing ) aku meletakkan kucing  itu pada  malam  hari  di  sebuah pohon. Apabila siang, aku membawa kucing itu bersama dan aku bermain bersamanya, sehingga orang menggelar aku dengan Abu Hurairah ( bapa kucing kecil [4]) “,  Beliau meninggal  dunia  pada  tahun  57   Hijrah,  semoga  Allah  Subhanahu wa Ta’ala meredhai  beliau[5],

Faedah Hadith :

Sifat panas api yang Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam gambarkan terlalu panas buat anak adam di dunia apatah lagi dengan panasnya api neraka  jahanam   sedangkan  api yang  sedia  ada di dunia tersangatlah panas dan membuat manusia takut dengannya. Diriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

الحديث النّبوى : عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ

عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ رَجُلٌ فِي أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَتَانِ يَغْلِي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ،

Daripada Nu'man bin  Bashir bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Sesungguhnya seringan-ringan azab penghuni neraka pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan dua buah bara di bawah tapak kakinya boleh mendidihkan otaknya kerana kepanasan[1],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Nu’man bin Basyir RA “

Beliau ialah salah seorang sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam Ibnu Sa’ad bin Sya’labah. Muasnad yang beliau miliki ialah 114 Hadith Beliau termasuk dikalanagn sahabat yang Alim dalam ilmu agama. Dan beliau bersahabat rapat dengan Abdullah bin Zubair, Nu'man dilantik sebagai Gabenor ketika wilayah Hijaz berada di bawah kekuasaan Abdullah ibn Zubair. Dalam mempertahankan wilayahnya, beliau terkorban dalam pertempuran menentang kerajaan Bani Ummaiyyah di bawah pemerintahan Marwan bin al-Hakam. Dan tercatat di dalam kitab Siyar A’lam An-Nubala Karangan Imam Az-Zahabi bahawa beliau Nu’man terbunuh pada akhir tahun 64  Hijrah.  Semoga  Allah  Subhanahu  wa  Ta’ala  meredhai  beliau[2],

Faedah Hadith :

Seksa neraka sangat dahsyat sehingga manusia di gambarkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bahawa bara api neraka yang di letakkan pada bahagian kaki manusia sehingga menyebabkan otak manusia mendidih kepanasan api tersebut dan ia hanyalah seringan-ringan azab api neraka apatah lagi bagi mereka yang suka kepada dosa maka dosanya itu menyebabkan ia masuk neraka dan di bakar oleh api neraka. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : Yang benar, sesiapa berbuat dosa dan ia Telah diliputi oleh dosanya. mereka Itulah penghuni neraka mereka kekal di dalamnya Dan orang-orang yang beriman serta beramal saleh, mereka itu penghuni syurga mereka kekal di dalamnya[3]. Oleh yang sedemikian, mereka yang beriman dengan hari kiamat akan sentiasa menjaga diri mereka agar jauh dari dosa-dosa dan segala jalan yang membawa kepada maksiat baik dosa kecil mahupun dosa besar seperti syirik. Diriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

الحديث النّبوى : عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ : إِيَّاكُمْ وَمُحَقَّرَاتِ الذُّنُوْبِ كَمَثَلِ قَوْمٍ نَزَلُوْا بِبَطْنِ وَادٍ فَجَاءَ ذَا بِعُوْدٍ وَجَاءَ ذَا بِعُوْدٍ حَتىَّ أَنْضَجُوْا خُبْزَتَهُمْ وَإِنَّ مُحَقَّرَاتِ الذُّنُوْبِ مَتىَ يُؤْخَذُ بِهَا صَاحِبُهَا تُهْلِكُهُ،
Daripada Sahal bin Sa’ad beliau berkata Rasululullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Berhati-hatilah kalian terhadap dosa-dosa yang dianggap kecil kerana dosa-dosa kecil tersebut seumpama dengan seseuatu kaum yang berehat di sesuatu (tempat) lembah Maka datanglah seorang (salah seorang diantara mereka) membawa sebatang kayu dan seorang lagi dengan membawa sabatang kayu sehingga akhirnya mereka dapat (mengumpul kayu) memasak roti mereka Sesungguhnya dosa-dosa kecil tersebut apabila pelakunya dihukum kerananya pasti dapat membinasakannya[4],
 
Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Sahal bin Sa’ad RA “

Beliau ialah Ibnu Sa’ad bin Malik bin Khalid bin Saklabah. Ia seorang imam dan mulia. dan meriwayat beberapa Hadith Daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam Diriwayatkan daripada Sahal bin Sa’ad ia berkata, aku telah menghadiri sumpah Li’an keduanya yang disaksikan oleh Nabi. Ketika itu aku berumur 15 tahun[1]  beliau adalah orang yang terakhir dikalangan sahabat yang meninggal di Madinah. Beliau meninggal pada tahun 91 Hijrah dan ada yang mengatakan pada tahun 88 Hijrah[2] Wallahhu’Alam semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala merahmati beliau,

Faedah Hadith :

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dengan tegasnya beliau memberi nasihat kepada ummatnya agar berhati-hati dengan dosa-dosa yang dianggap kecil kerana  dosa yang kecil itu boleh menjadi besar apabila lama kelamaan di himpunkan dan diabaikan sehingga yang kecil itu menjadi besar lalu membinasakan pelakunya itu tanpa disedari Malahan contah yang Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam terangkan dalam hadith ini jelas seseorang yang mengutip kayu api sedikit demi sedikit dan menghimpun kayu tersebut maka ia boleh membakar apa sahaja dengannya kerana api yang di bakar dengan longgokkan kayu api yang banyak itu boleh membinasakan sesuatu dengan sekelip mata Begitulah dosa-dosa yang dianggap kecil ia boleh membinasakan dan boleh menutip hati seseorang apabila dilakukan berterusan Diriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

الحديث النّبوى : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ فَإِنْ تَابَ وَنَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صُقِلَ قَلْبُهُ فَإِنْ زَادَ زَادَتْ فَذَلِكَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَهُ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ {كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ}،
Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Sesungguhnya seorang mukmin (hamba) melakukan sesuatu (yang boleh mendatangkan) dosa Maka hatinya akan ada bintik hitam Jika ia bertaubat maka hatinya akan dikilap semula (dibersihkan) Tetapi jika ia melakukan dosanya lagi (tidak bertaubat) Maka bertambahlah bintik hitam yang ada pada dirinya (hati) perkara tersebut sesuai dengan firman Allah Sekali-kali tidak Sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka[3],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abu Hurairah RA “

Beliau adalah Abu Hurairah Ad-Dausi Al-Yamani. Banyak pendapat mengenai nama asal beliau dan yang paling kuat adalah Abdurrahman Bin Shakhar, beliau adalah orang yang sangat faqih, Mujahid dan Al-Hafiz, diriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata “ Dahulu aku pernah mengembala     kambing  keluargaku,  dan  aku mempunyai  seekor  kucing  yang kecil ( anak kucing ) aku meletakkan kucing  itu pada  malam  hari  di  sebuah pohon. Apabila siang, aku membawa kucing itu bersama dan aku bermain bersamanya, sehingga orang menggelar aku dengan Abu Hurairah ( bapa kucing kecil [4]) “,  Beliau meninggal  dunia  pada  tahun  57   Hijrah,  semoga  Allah  Subhanahu wa Ta’ala meredhai  beliau[5],

Faedah Hadith :
 
Sesuatu yang sangat membahayakan seorang hamba apabila berlaku kepada mereka diantaranya ialah dosa-dosa yang dianggap remeh-temeh sedangkan dosa-dosa tersebut dapat menutup hati mereka dan mematikan hati mereka maka sesorang itu akan mudah terdedahkan dengan maksiat apatah lagi dengan perkara yang mungkar maka dengan hal itu ia menanggung dosa dan menyebabkan ia masuk neraka. Mukmin yang mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala itu mereka sentiasa menjaga hati mereka dari dosa-dosa yang dianggap remeh-temeh kerana setiap dosa pasti akan disoal oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala Diriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

الحديث النّبوى : عَنْ عَائِشَةَ

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَائِشَةُ إِيَّاكِ وَمُحَقَّرَاتِ الْأَعْمَالِ فَإِنَّ لَهَا مِنْ اللَّهِ طَالِبًا،
Daripada Aisyah R’HA beliau berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata padaku : Jauhkanlah dirimu dari amalan-amalan yang tercela (dosa) kerana amalan-amalan tersebut akan di tuntut oleh Allah[1],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “

Beliau ialah putri seorang imam yang jujur dan khalifah, Abu Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayat hadith daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mencapai 2210 hadith dan beliau isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira " maksudnya : wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandang oleh Aisyah R’HA kerana pipinya terlihat merah seperti buah delima, beliau meninggal pada tahun 57 Hijrah. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala rahmati beliau[2].

Faedah Hadith :

Setiap dosa dan pahala akan dihitung oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala baik yang dianggap kecil mahupun besar semua itu akan diadili oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala Maka dengan hadith seperti di atas Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam memberi nasihat kepada insan agar sentiasa berhati-hati dengan dosa kerana dosa itu apabila terkumpul ia dapat membinasakan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

القُرآنُ اْلكَرِيْم

MaksudNya :

Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan (syurga). Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah (neraka). Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (yaitu) api yang sangat panas[3],

Faedah Al-Quran :

Manusia apabila diadili oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala bahawa pahalanya lebih berat dari dosa maka selamatlah dia dari api neraka dan baginya syurga manaka manusia yang timbangannya terdapat dosa yang melebihi dari pahalanya maka bagi mereka neraka seperti ayat di atas neraka Hawiyah yang tiada bandingan panasnya. Ayat ini juga menjelaskan bahawa manusia tidak terlepas dari dosa kerana mereka tidak terpelihara (ma’sum) dan sebaik-baik mereka yang melakukan dosa ialah mereka  yang  bertaubat  kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala Diriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam :

الحديث النّبوى : عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِك

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ،
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Setiap anak adam (manusia) memiliki kesalahan (dosa) dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan itu ialah orang yang bertaubat[1],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Anas bin Malik RA “

Beliau adalah Anas bin Malik  putra Nadhir, Sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam seorang imam mufti dan ahli Al-Quran dan perawi hadith, diriwayatkan bahawa Anas berkata : Rasululllah Shallallahu 'alaihi wa Sallam datang ke Madinah pada waktu aku berumur 10 tahun, lalu ibuku menyuruhku membantu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam baginda wafat pada waktu aku berumur 20 tahun[2], Anas bin Malik meninggal pada tahun 93 Hijrah ketika berusia 103 tahun semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala meredhai beliau[3],

Faedah Hadith :

Kesalahan yang insan lakukan akan sentiasa Allah ampunkan selagimana insan itu memohon ampun kepadaNya Maka sebaik-baik insan itu ialah mereka yang sentiasa mengingati Allah lalu memohon ampun dariNya kerana Allah sentiasa mengampuni hambaNya Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

القُرآنُ اْلكَرِيْم

MaksudNya :

Katakanlah Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah Sesungguhnya Allah mengampun dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang[4],

Faedah Al-Quran :

Sebesar manapun dosa seorang insan itu Allah tetap akan ampunkan  dosa tersebut selagi mana insan itu berusaha untuk bartaubat dan memohon ampun dariNya kerana Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Diriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

الحديث النّبوى : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ أَخْطَأْتُمْ حَتَّى تَبْلُغَ خَطَايَاكُمْ السَّمَاءَ ثُمَّ تُبْتُمْ لَتَابَ عَلَيْكُمْ،
Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau bersabda : Sekiranya kalian melakukan kesalahan (dosa) yang sehingga kesalahan (dosa) kalian itu banyaknya sampai kelangit kemudian kalian bertaubat nescaya Allah akan terima taubat kalian[5],
 
Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abu Hurairah RA “

Beliau adalah Abu Hurairah Ad-Dausi Al-Yamani. Banyak pendapat mengenai nama asal beliau dan yang paling kuat adalah Abdurrahman Bin Shakhar, beliau adalah orang yang sangat faqih, Mujahid dan Al-Hafiz, diriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata “ Dahulu aku pernah mengembala     kambing  keluargaku,  dan  aku  mempunyai  seekor  kucing  yang kecil ( anak kucing ) aku meletakkan kucing  itu pada  malam  hari  di  sebuah pohon. Apabila siang, aku membawa kucing itu bersama dan aku bermain bersamanya, sehingga orang menggelar aku dengan Abu Hurairah ( bapa kucing kecil [1]) “,  Beliau meninggal  dunia  pada  tahun  57   Hijrah,  semoga  Allah  Subhanahu wa Ta’ala meredhai  beliau[2],

Faedah Hadith :

Seorang insan walaupun dosanya banyak sehingga tinggi mencapai langit sekalipun Allah pasti akan terima taubatnya sekiranya ia memohon ampun dariNya Sesungguhnya Allah gambira dengan hal tersebut. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau bersabda. Sungguh Allah sangat gambira dengan taubatnya seorang hamba melebihi kegembiraan seseorang (hamba) yang hilang barangnya dan menemuinya kembali[3] Hadith lain bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam :

الحديث النّبوى : عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُوْد

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ التَّائِبُ مِنْ الذَّنْبِ كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ،
Daripada Abdullah  bin Mas’ud RA beliau berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Orang yang bertaubat dari dosanya adalah bagaikan orang yang tidak memiliki dosa (bersih)[4],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “Abdullah bin Mas’ud RA“

Beliau adalah Abdullah bin Mas’ud. gelaran beliau Abu Abdurrahman Al-Hudzali Al-Makki Al-Mihajirin Al-Badri. Beliau seorang imam yang memiliki ilmu yang luas dan berpemahaman yang sangat mendalam. Dan beliau ialah  salah seorang sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang pertama kali masuk Islam. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud beliau berkata : Ketika turun Firman Allah Subhanahu wa Ta’alaTidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan yang soleh…[5] Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : engkau termasuk di antara mereka[6].  Beliau meninggal di Madinah pada tahun 32 Hijrah pada usir 63 tahun[7],

Faedah Hadith :

Setiap insan yang bertaubat dan menyesal atas perbuatannya dan memohon ampun dari Allah Subhanahu wa Ta’ala pasti allah akan menerima taubatnya Maka beruntunglah orang yang selalu mengigati Allah dan bertaubat kepadaNya ibadah taubat adalah wajib ke atas hambanNya dan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri bertaubat sebanyak 100 kali setiap hari Diriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda. Wahai manusia bertaubatlah kalian semua kepada Allah kerana aku bertaubat kepada Allah setiap hari 100 kali[8] dan sesiapa yang berbuat dosa tanpa ada rasa insaf untuk bertaubat maka tampat baginya adalah neraka. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : 

القُرآنُ اْلكَرِيْم

MaksudNya :

Sesiapa yang membawa kebaikan, Maka ia memperolehi (balasan) yang lebih baik dari padanya, sedang mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram dari pada kejutan yang dahsyat pada hari itu. Dan sesiapa yang membawa kejahatan Maka disungkurkan  muka mereka ke dalam neraka. tiadalah kamu dibalas melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan[1],

Faedah Al-Quran :

Betapa untungnya orang yang berbuat amal soleh di dunia melainkan Allah gandakan kebaikannya di akhirat dan dibalas oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan balasan yang lebih baik dari apa yang hambaNya itu amalkan kerena menuntut keredhaanNya Dan sesiapa yang berbuat jahat di dunia maka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan campakkan dia ke dalam neraka dan itulah balasan bagi mereka yang zalim. Sungguh orang yang tidak beramal soleh itu adalah orang yang sangat rugi Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

القُرآنُ اْلكَرِيْم

MaksudNya :

Sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengamalkan amalan soleh dan berpesan-pesanlah supaya mentaati kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran[2],

Faedah Al-Quran :

Sungguh seksaan neraka itu sangat dahsyat bagi mereka yang di masukan kedalamnya maka berhati-hatilah dengan hal-hal yang membawa kepada azab api neraka Allah Subhanahu wa Ta’ala maha adil atas sesuatu Maka meraka yang beramal dengan amalan soleh baginya Syurga dengan Redha Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sesiapa yang mengingkari perintah Allah dan berbuat dosa maka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mengazabnya di dalam neraka Sungguh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda. Sesungguhnya seksaan yang paling ringan bagi ahli neraka adalah seseorang yang dipakaikan sepasang terompak yang diperbuat dari api neraka hingga otaknya mendidih sepertimana didihnya air yang sedang direbus ketika itu orang tersebut menyangka bahawa seksaan tersebut yang paling pedih (dahsyat) tetapi ia hanyalah seksaan bagi ahli neraka yang paling ringan[3]. Hadith lain diriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

الحديث النّبوى : عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْن مَسْعُوْد

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُؤْتَى بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ لَهَا سَبْعُونَ أَلْفَ زِمَامٍ مَعَ كُلِّ زِمَامٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ يَجُرُّونَهَا،
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Beliau pernah diperlihatkan (oleh Allah) neraka jahanam. di dalam neraka tersebut terdapat 70.000 tali pengikat dan setiap tali ditarik oleh 70.000 malaikat[4],  والله أعلم


[1].    سورة النمل الآية : 89-90 (27)
[2].    سورة العصر الآية : 2-3 (103)
[3].    أخرجه مسلم حديث رقم : 213 ] صحيح مسلم [
[4].    أخرجه مسلم حديث رقم : 2842 ] صحيح مسلم [


[1].     أخرجه الترمذي حديث رقم :  3844  ] حسن الإسناد[
[2].      " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج2 ص 578-633 ط : (الطبعة
            العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[3].     أخرجه ابن ماجه حديث رقم : 4247 ] صحيح [
[4]   أخرجه ابن ماجه حديث رقم : 4250 ] حسن [
[5].     سورة المائدة الآية : 93 (4)
[6].     أخرجه مسلم حديث رقم : 2459 ] صحيح مسلم[
[7].    " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج2 ص 578-633 ط : (الطبعة
            العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[8].     أخرجه مسلم حديث رقم : 2702 ] صحيح مسلم[


[1].     أخرجه ابن ماجه حديث رقم : 4251 ] حسن [
[2].       أخرجه مسلم حديث رقم : 2029  ] صحيح  مسلم[
[4].    سورة الزمر الآية : 53 (39)
[5].    أخرجه ابن ماجه حديث رقم : 4248 ] حسن صحيح [


[1]   أخرجه ابن ماجه حديث رقم : 4243 ] صحيح [
[2].    " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج2 ص135- 201  ط : (الطبعة
               العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[3].    سورة القارعة الآية : 6-11 (101)


[1].     أخرجه أبو داود حديث رقم : 2247  ]صحيح [
[2].   " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج3 ص 422-424 ط : (الطبعة
              العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[3].     أخرجه الترمذي حديث رقم : 3334 وأخرجه ابن ماجه حديث رقم : 4244 ]  حسن [
[4].     أخرجه الترمذي حديث رقم :  3844  ] حسن الإسناد[
[5].       " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج2 ص 578-633 ط : (الطبعة
           العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا


[1].    أخرجه الترمذي حديث رقم : 2604  ] صحيح [
[2].  " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج2 ص 578-633 ط : (الطبعة
              العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[3].    سورة البقرة الآية : 81-82 (2)
[4].    أخرجه أحمد حنبل حديث رقم : 22808  ] إسناده صحيح [




[1].     سورة الحجر الآية : 43-44 (15)
[2].     سورة الأعراف الآية : 200 (7)
[3]   أخرجه الترمذي حديث رقم : 2589  ] صحيح [
[4].     أخرجه الترمذي حديث رقم :  3844  ] حسن الإسناد[
[5].       " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج2 ص 578-633 ط : (الطبعة
            العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا