Sabtu, 21 Julai 2012

" Mukmin dan Bulan Ramadhan "


 الحديث النّبوى : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ،
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata. Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallambersabda : Sesiapa yang mendirikan (solat) pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap keredhaan Allah semata-mata (ikhlas), Maka dihapuskan dosanya yang terdahulu (oleh Allah)[1],



Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abu Hurairah RA “
Beliau adalah Abu Hurairah Ad-Dausi Al-Yamani. Banyak pendapat mengenai nama asal beliau dan yang paling kuat adalah Abdurrahman Bin Shakhar, beliau adalah orang yang sangat faqih, Mujahid dan Al-Hafiz, diriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata “Dahulu aku pernah mengembala kambing keluargaku, dan aku mempunyai seekor kucing yang kecil ( anak kucing ) aku meletak kucing itu pada malam hari di sebuah pohon. Apabila siang, aku membawa kucing itu bersama dan aku bermain bersamanya, sehingga orang menggelar aku dengan Abu Hurairah ( bapa kucing kecil [2])“, Beliau meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah, Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala meredhai beliau[3],

Faedah Hadith : 

Kalimah (قام) yang membawa maksud Mendirikan sesuatu ibadah Contah, Allah perintahkan untuk mendirikan Solat yang wajib lima waktu. Tetapi kalimah (قام) pada hadith ini bukan membawa maksud solat yang wajib, ia bermaksud solat sunat (tarawih) pada bulan Ramadhan bukan membawa hukum wajib. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :



الحديث النّبوى : عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ
عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي[4]عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ لَيْلَةً مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ وَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلَاتِهِ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَصَلَّى فَصَلَّوْا مَعَهُ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنْ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَصَلَّوْا بِصَلَاتِهِ فَلَمَّا كَانَتْ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ حَتَّى خَرَجَ لِصَلَاةِ الصُّبْحِ فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ مَكَانُكُمْ وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْتَرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ،
Daripada Ibn Syihab Urwah mengkhabarkan padaku bahawa Aisyah mengkhabarkan padanya bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam keluar mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjid menunggu kedatangan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tetapi beliau tidak hadir. Esok paginya Rasulullah berkata kepada mereka “ Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Maka wafatnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam amalan tersebut tetap seperti itu[5],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “
Beliau ialah puteri seorang imam yang jujur dan khalifah, Abu Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayat hadith daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebanyak 2210 hadith dan beliau isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira " maksudnya : Wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandang oleh Aisyah R’HA kerana pipinya kelihatan merah seperti buah delima, beliau meninggal pada tahun 57 Hijrah. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala merahmati beliau[6],

Faedah Hadith :



Solat yang di dirikan pada bulan Ramadhan adalah solat sunat yang sangat digalakkan. Dikalangan Sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mereka sentiasa bersama baginda untuk menunaikan solat sunat pada bulan Ramadhan sehingga pada satu ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam tidak hadir kerana takut solat sunat tersebut diwajibkan, Maka baginda tidak hadir untuk menunjukkan bahawa solat tersebut tidak wajib. Sifat solat sunat (tarawih) boleh ditunaikan dengan jumlah 11 rakaat termasuk Witir menurut hadith yang sahih dan boleh dilakukan lebih dari itu. Diriwayatkan : 



الحديث النّبوى : عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ فَقَالَتْ مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي،
Daripada Abu Salamah bin Abdurrahman sesungguhnya ia bertanya kepada AisyahR’HA : Bagaimanakah solat malam yang biasa dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam di bulan Ramadhan. Kata Aisyah : Baik di bulan Ramadhan ataupun diluarnya, maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tidak pernah menambah lebih dari sebelas rakaat, beliau solat empat rakaat tetapi jangan engkau tanya bagaimana sempurnanya atau lamanya solat beliau tersebut. Kemudian beliau solat lagi empat rakaat, tetapi jangan engkau bertanya bagaimana sempurnanya atau lamanya solat beliau tersebut. Setelah itu beliau melakukan solat tiga rakaat (witir). Maka Aisyah bertanya kepada beliau : saya (‘Aisyah) mengatakan. Wahai Rasulullah adakah engkau mahu tidur sebelum melakukan solat witir? jawab beliau : Wahai Aisyah sesungguhnya hanya kedua mataku yang tidur sedangkan hatiku tidak pernah tidur[7],



Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “
Beliau ialah puteri seorang imam yang jujur dan khalifah, Abu Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayat hadith daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebanyak 2210 hadith dan beliau isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira " maksudnya : Wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandang oleh Aisyah R’HA kerana pipinya kelihatan merah seperti buah delima, beliau meninggal pada tahun 57 Hijrah. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala merahmati beliau[8],

Faedah Hadith :
Solat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pada bulan Ramadhan dan luar dari ramadhan itu tidak lebih dari 11 rakaat termasuk witir ini berdasarkan Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan masyhur dikalangan Ulama Hadith, Dan boleh menunaikan solat (sunat) tersebut lebih dari 11 rakaat sekiranya seseorang itu mahu kerana sifat solat tersebut hanyalah sunat. Diriwayatkan :

الحديث النّبوى : عَنْ يَزِيدَ بْنِ رُومَانَ

عَنْ مَالِك عَنْ يَزِيدَ بْنِ رُومَانَ أَنَّهُ قَالَ كَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي رَمَضَانَ بِثَلَاثٍ وَعِشْرِينَ رَكْعَةً،
Daripada Malik daripada Yazid bin Ruman bahawasanya beliau berkata : Para sahabat mendirikan solat (sunat) sebanyak dua puluh tiga rakaat ketika zaman Umar bin Al-Khattab[9],

Ringkasan Manaqib Tabi’in : “ Yazid bin Ruman “
Beliau Yazid bin Ruman salah seorang Tabi’in Alim tentang Ilmu Hadith termasuk lelaki yang thiqah. Imam ibnu Hajar Al-Asqalani dan Imam Az-Zahabi menyifatkan beliau sebagai lelaki yang thiqah meriwayat hadith, Imam yang meriwayatkan sanad beliau ialah. Imam Al-Bukhari, Imam Muslim, Abu Daud At-Termizi Ibnu majah dan An-Nasa’I, Beliau Yazid bin Ruman meninggal pada tahun 130 Hijrah wallahhu A’lam. Semoga Allah rahmati beliau,

Faedah Hadith :

Imam Al-Baihaqi meriwayat beberapa hadith tentang hal ini bahawa dikalangan sahabat menunaikan solat (sunat) pada bulan Ramadhan sebanyak dua puluh raakat dan disertai dengan tiga rakaat witir Solat Tarawih yang didirikan pada bulan Ramadhan sebanyak dua buluh tiga rakaat dengan witir masyhur dikalangan Ulama Syafi’e dan boleh juga solat tersebut lebih dari dua puluh tiga rakaat. Kata Dr Aidh Abdullah Al-Qarni berdasarkan hadith umum seseorang itu boleh menambah rakaat solat tersebut[10]. Diriwayatkan :

الحديث النّبوى : عَنْ ابْنِ عُمَرَ

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَلَاةِ اللَّيْلِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى،
Daripada Ibn Umar bahawa ada seorang lelaki bertanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang solat (sunat) malam. Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Solat (sunat) malam itu dua-dua maka apabila salah seorang dari kalian takut termasuk waktu subuh. Solatlah witir satu rakaat (sebagai penutup)[11],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abdullah bin Umar RA “
Beliau adalah Abdullah bin Umar seorang pemimpin teladan. Syeikhul Islam Abu Abdurrahman Al-Quraisyi Al-Adawi Al-Makki Al-Madani. Beliau memeluk Islam sejak kecil kemudian berhijrah bersama ayahnya ketika belum mencapai usia baligh, ketika berlaku peperangan Uhud beliau masih kecil dan perang pertama yang beliau sertai ialah perang Khandaq dan beliau adalah Sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang penah datang ke Syam, Iraq, Basrah dan Persia untuk berperang, beliau meninggal pada 73 Hijrah ketika berusia 85 tahun. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala meredhai beliau[12],

Faedah Hadith :

Hadith ini Masyhur di kalangan Ulama hadith mengatakan hadith ini adalah dalil untuk mendirikan solat sunat lebih dari 11 rakaat kerana sifat solat sunat tersebut umum. Masyhur dikalangan Mazhab Imam Malik mereka mendirikan solat sunat tarawih sebanyak 36 rakaat berbanding Mazhab Syafi’e 23 rakaat, Kesemua jumlah tersebut boleh didirikan mengikut kemampuan seseorang hamba dan Afdhal solat sunat tarawih itu di dirikan berjemaah kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam melakukan hal sedemikian. Di samping itu, Mengakhirkan solat sunat witir (penutup) itu adalah yang terbaik (afdhal). Kata Imam An-Nawawi : Sunnah itu mengakhirkan solat sunat witir ditengah malam[13], Tidaklah datang khilaf melainkan kesemuanya benar dan boleh diamalkan. Sungguh sekiranya seseorang hamba itu tahu betapa besarnya (pahala) sekali sujud kepada Allah nescaya ia akan banyak bersujud. Diriwayatkan :

الحديث النّبوى : مَعْدَانُ بْنُ طَلْحَةَ الْيَعْمُرِيُّ

قَالَ مَعْدَانُ ثُمَّ لَقِيتُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فَسَأَلْتُهُ عَمَّا سَأَلْتُ عَنْهُ ثَوْبَانَ فَقَالَ لِي عَلَيْكَ بِالسُّجُودِ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْجُدُ لِلَّهِ سَجْدَةً إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً وَحَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً،
Ma’dan berkata : Kemudian aku bertemu dengan Abu Darda’ maka aku bertanya padanya sepertimana aku bertanya kepada Sauban. Maka kata (Abu Darda) padaku : Hendaklah engkau sujud! Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Tidaklah seorang hamba bersujud sekali kerana Allah melainkan Allah angkat darjatnya dan menghapuskan satu kesalahan (dosa) dengannya[14],


Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abu Darda RA “
Beliau adalah Uwaimir bin Zaid bin Qais Al-Anshari Al-Khazraji, salah seorang sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau termasuk sahabat yang berguru dengan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan belum pernah ada berita yang menyatakan beliau berguru selain daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, Diriwayatkan bahawa Abu Darda’ berkata, “ Orang yang tidak mengetahui itu celaka satu kali, sedangkan orang yang tahu namun tidak mengamalkan celaka tujuh kali “, Beliau meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah[15]. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala rahmati beliau,

Faedah Hadith :

Seorang mukmin sentiasa mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala walau dimana sekalipun dan mereka sentiasa sujud untuk mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar mereka sentiasa jauh dari sifat sombong dan bersujud kepada yang maha pencipta Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Sesungguhnya orang-orang yang sombong enggan menyembahku mereka akan masuk neraka dalam keadaan hina dina[16], Inilah sifat seorang mukmin yang sentiasa bersujud mencari keredhaanNya dan bersujud itu sesuatu keadaan yang dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam : Waktu yang paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika ia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (ketika sujud)[17]. Ibadah yang sangat dituntut pada bulan Ramadhan selain dari solat sunat tarawih ialah I’tikaf di dalam masjid kerana ia sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika beliau hidup dan diamalkan oleh sahabat baginda. Diriwayatkan :

الحديث النّبوى : عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ،
Daripada Abdullah bin Umar R’MA beliau berkata : Biasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan[18],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abdullah bin Umar RA “
Beliau adalah Abdullah bin Umar seorang pemimpin teladan. Syeikhul Islam Abu Abdurrahman Al-Quraisyi Al-Adawi Al-Makki Al-Madani. Beliau memeluk Islam sejak kecil kemudian berhijrah bersama ayahnya ketika belum mencapai usia baligh, ketika berlaku peperangan Uhud beliau masih kecil dan perang pertama yang beliau sertai ialah perang Khandaq dan beliau adalah Sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang penah datang ke Syam, Iraq, Basrah dan Persia untuk berperang, beliau meninggal pada 73 Hijrah ketika berusia 85 tahun. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala meredhai beliau[19],

Faedah Hadith :

I’tikaf adalah Sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang selalu diamalkan oleh baginda. Waktu yang terbaik ialah sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan. Amalan sunnah ini juga diamalkan oleh sahabat-sahabat baginda dan Masyhur dikalangan Ulama Salaf Diriwayatkan :

الحديث النّبوى : عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ،
Daripada Aisyah R’HA isteri Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam i’tikaf pada tiap tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat. Kemudian para isteri beliau meneruskan i’tikaf seperti itu sesudah beliau wafat[1],


[1].     أخرجه البخاري حديث رقم : 2025  ] صحيح البخاري [
 
Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “
Beliau ialah puteri seorang imam yang jujur dan khalifah, Abu Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayat hadith daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebanyak 2210 hadith dan beliau isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira " maksudnya : Wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandang oleh Aisyah R’HA kerana pipinya kelihatan merah seperti buah delima, beliau meninggal pada tahun 57 Hijrah. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala merahmati beliau[21],

Faedah Hadith :
Hukum I’tikaf adalah sunat (mustahab) dan wajib bagi mereka yang bernazar. Amalan I’tikaf diamalkan oleh sahabat baginda dan isteri-isteri baginda. Tempat I’tikaf yang paling afdhal ialah Masjid Al-Haram, Masjid Al-Aqsar dan Masjid Nabawi. Diantara hikmah I’tikaf :
- Mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala
- Mengikut sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam
- Membersihkan diri dari nafsu yang tidak membawa manfaat
- Mencari malam lailatul Qadr dan mendidik diri untuk bertaqwa
- Berdoa dan memohon ampun (bertaubat)
Kelebihan lain bagi mukmin yang beri’tikaf kerana mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Diriwayatkan :
الحديث النّبوى : عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا

" وَمَنِ اعْتَكَفَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ تَعَالىَ جَعَلَ اللهِ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ ثَلَاثَ خَنَادِقَ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْخَافِقَيْنِ[22] "
Dan sesiapa yang beri’tikaf satu hari semata-mata mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka Allah akan jadikan (jarak) di antaranya dengan api neraka sejauh tiga parit, Tiap-tiap parit jaraknya lebih jauh daripada jarak antara timur dan barat[23],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abdullah bin Abbas RA “
Beliau ialah salah seorang sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang memiliki Ilmu yang luas. Ahli fiqh dan Imam Tafsir beliau ialah Abu Al-Abbas bin Abdullah. Beliau lahir dari kalangan Bani Hasyim 3 tahun sebelum Hijrah dan banyak menghafal Hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas beliau berkata : Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam memelukku dan berdoa “ Ya Allah, ajarkanlah kepadanya Al-Kitab (Al-Quran)[24], dalam hadith lain Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berdoa : " اَللّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْل "Ya Allah, fahamkanlah dia (Abdullah bin Abbas) tentang Agama dan ajarkanlah dia Ilmu Takwil (tafsir)[25], beliau digelar sebagai Al-Bahr yang bermaksud Laut. Kerana ilmunya yang sangat luas dan beliau meninggal pada tahun 67 atau 68 Hijrah ketika berusia 71 tahun[26]. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala merahmati beliau,

Faedah Hadith :
Sheikh Al-Albani dalam kitab beliau Dha’if Tharghib Wa Tarhib melemahkan Hadith ini[27] dan saya melihat bahawa hadith ini tidak ada syawahid (pengguat) melainkan riwayat Al-baihaqi ia juga lemah Tidaklah saya memasukkan hadith yang sedemikian melainkan bertujuan sebagai maklumat dan Fadha’ilul Amal sahaja. Pada asalnya saya hanya menghimpun hadith-hadith sahih sahaja untuk buku kecil ini tetapi untuk berkongsi dengan pembaca hadith sedemikian saya masukkannya sebagai maklumat tambahan semoga ia bermanfaat kepada pembaca. Amalan-amalan yang boleh diamalkan ketika beri’tikaf :
- membaca al-Quran dan mempelajarinya
- qiamullail
- berzikir, Tahlil, Tasbih, Tahmid,
- berdoa dan bertaubat
Selain dari I’tikaf pada 10 terakhir bulan ramadhan, Allah telah menetapkan satu hari di mana hari tersebut lebih baik dari seribu bulan ibadah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
MaksudNya :
Malam (Qadr) kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan[28],

Faedah Al-Quran:
Bulan ramadhan adalah bulan barakah dan Allah tetapkan 10 terakhir pada bulan ramadhan malam Al-Qadr (kemuliaan). Dimana malam tersebut lebih baik seribu bulan ibadah. Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :
الحديث النّبوى : عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ لَمَّا حَضَر رَمَضَانُ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانَ شَهْرُ مُبَارَكٌ اِفْتَرَضَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ،
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata. Apabila hadir bulan ramadhan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Telah datang kepada kalian Ramadhan. Bulan barakah, Allah telah wajibkan ke atas kalian berpuasa dengannya. Dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. Di dalam bulan ramadhan terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan, Sesiapa yang tidak dapat kebaikan malam tersebut maka ia sungguh tidak mendapatnya[29],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abu Hurairah RA “
Beliau adalah Abu Hurairah Ad-Dausi Al-Yamani. Banyak pendapat mengenai nama asal beliau dan yang paling kuat adalah Abdurrahman Bin Shakhar, beliau adalah orang yang sangat faqih, Mujahid dan Al-Hafiz, Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata “Dahulu aku pernah mengembala kambing keluargaku, dan aku mempunyai seekor kucing yang kecil ( anak kucing ) aku meletak kucing itu pada malam hari di sebuah pohon. Apabila siang, aku membawa kucing itu bersama dan aku bermain bersamanya, sehingga orang menggelar aku dengan Abu Hurairah ( bapa kucing kecil [30])“, Beliau meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah, Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala meredhai beliau[31],

Faedah Hadith :

Malam yang dimaksudkan adalah malam lailatul Qadr malam penuh keberkatan kerana padanya malaikat yang membawa rahmat dan barakah Maka sesiapa yang berdiri mengamalkan ibadah kerana Allah akan diampunkan dosa-dosanya yang dahulu. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan[32]. Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallambersabda :
الحديث النّبوى : عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ،
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau bersabda : Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Mencari keredhaan Allah. Maka diampunkan dosa-dosanya yang dahulu dan sesiapa yang mendirikan (solat) lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mencari redha Allah. Maka akan diampunkan dosa-dosanya yang dahulu[33],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abu Hurairah RA “
Beliau adalah Abu Hurairah Ad-Dausi Al-Yamani. Banyak pendapat mengenai nama asal beliau dan yang paling kuat adalah Abdurrahman Bin Shakhar, beliau adalah orang yang sangat faqih, Mujahid dan Al-Hafiz, Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata “Dahulu aku pernah mengembala kambing keluargaku, dan aku mempunyai seekor kucing yang kecil ( anak kucing ) aku meletak kucing itu pada malam hari di sebuah pohon. Apabila siang, aku membawa kucing itu bersama dan aku bermain bersamanya, sehingga orang menggelar aku dengan Abu Hurairah ( bapa kucing kecil [34])“, Beliau meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah, Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala meredhai beliau[35],

Faedah Hadith :

Setiap bulan Ramadhan itu ada malam lailatul Qadr pada sepuluh yang terakhir pada malam-malam yang ganjil menurut riwayat yang sahih Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Lailatul Qadr itu ada tiap-tiap bulan Ramadhan[36] Sesiapa yang beribadah pada malam tersebut dan memohon ampun dariNya pasti Allah akan ampunkan dosa-dosanya walau banyak mana sekalipun dosa tersebut Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Sekiranya kalian berbuat salah (dosa) sehingga kesalahan (dosa) kalian itu banyaknya sampai (bertimbun) ke langit kemudian kalian bertaubat (memohon ampun) nescaya Allah akan terima taubat (ampunkan) kalian[37], Sungguh Allah maha pengampun lagi maha penyayang, Sesiapa yang dapat malam lailatul Qadr Maka perbanyaklah berdoa dan beribadah agar Allah Subhanahu wa Ta’ala ampunkan dosa-dosa yang lalu kerana malam tersebut lebih baik dari seribu bulan. Diriwayatkan :

الحديث النّبوى : عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي تَاسِعَةٍ تَبْقَى فِي سَابِعَةٍ تَبْقَى فِي خَامِسَةٍ تَبْقَى،
Daripada Abdullah bin Abbas R’MA bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Carilah lailatul Qadr itu pada sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Iaitu malam kedua puluh satu atau malam kedua puluh tiga atau malam kedua puluh lima[38],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abdullah bin Abbas RA “
Beliau ialah salah seorang sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang memiliki Ilmu yang luas. ahli fiqh dan Imam Tafsir, Beliau ialah Abu Al-Abbas bin Abdullah. Beliau lahir dari kalangan Bani Hasyim 3 tahun sebelum Hijrah dan banyak menghafal Hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas beliau berkata : Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam memelukku dan berdoa “ Ya Allah, ajarkanlah kepadanya Al-Kitab (Al-Quran)[39], dalam hadith lain Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berdoa : " اَللّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْل "Ya Allah, fahamkanlah dia (Abdullah bin Abbas) tentang Agama dan ajarkanlah dia Ilmu Takwil (tafsir)[40], beliau digelar sebagai Al-Bahr yang bermaksud Laut. Kerana ilmunya yang sangat luas dan beliau meninggal pada tahun 67 atau 68 Hijrah ketika berusia 71 tahun[41]. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala merahmati beliau,

Faedah Hadith :

Malam lailatul Qadr adalah malam penuh keberkatan Allah anugerahkan kepada manusia agar manusia sentiasa beribadah padaNya Lailatul Qadr menurut riwayat Sahih ia berlaku pada malam-malam ganjil sepuluh ramadhan terakhir. Menurut hadith di atas ia berlaku pada 21 atau 23 atau 25 malam ramadhan. Hadith lain, Diriwayatkan :

الحديث النّبوى : عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ قَالَ : فِيْ لَيْلَة الْقَدْرِ اِنَّهَا لَيْلَةِ سَابِعَةٍ أَوْ تَاسِعَةٍ وَعِشْرِيْنَ اِنَّ الْمَلَائِكَةَ تِلْكَ الْلَيْلَةَ فِيْ الْأَرْضِ أَكْثَرُ مِنْ عَدَدِ الْحَصَى،
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Malam lailatul Qadr itu berlaku pada malam dua puluh tujuh atau dua puluh Sembilan. Sungguh pada malam tersebut para malaikat berada di muka bumi lebih banyak daripada batu-batu[42]kecil[43],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abu Hurairah RA “
Beliau adalah Abu Hurairah Ad-Dausi Al-Yamani. Banyak pendapat mengenai nama asal beliau dan yang paling kuat adalah Abdurrahman bin Shakhar, beliau adalah orang yang sangat faqih, Mujahid dan Al-Hafiz, Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata “ Dahulu aku pernah mengembala kambing keluargaku, dan aku mempunyai seekor kucing yang kecil ( anak kucing ) aku meletak kucing itu pada malam hari di sebuah pohon. Apabila siang, aku membawa kucing itu bersama dan aku bermain bersamanya, sehingga orang menggelar aku dengan Abu Hurairah ( bapa kucing kecil [44]) “, Beliau meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah, Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala meredhai beliau[45],

Faedah Hadith :
Waktu yang sesuai untuk memperbanyakkan ibadah ialah pada 1/3 akhir malam. Diriwayatkan daripada Abu Umamah RA ia berkata, dikatakan “Wahai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam doa yang manakah lebih didengar? Beliau menjawab, doa pada bahagian tengah malam terakhir dan selepas solat-solat wajib[46]”. Diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, Ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman : “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikannya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya[47]. Doa yang sesuai diamalkan pada malam lailatul Qadr ialah. Diriwayatkan : 

الحديث النّبوى : عَنْ عَائِشَةَ

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي،
Daripada Aisyah R’HA beliau berkata : Aku berkata Wahai Rasulullah sekiranya aku dapat malam lailatul Qadr. Doa apakah yang patut aku berdoa? Beliau berkata : Berdoalah! Ya Allah, Sesungguhnya engkau maha pengampun (pemaaf) Maha Mulia, Engkau suka memberi kemaafan, Maka maafkanlah (ampunkan) aku[48],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “
Beliau ialah puteri seorang imam yang jujur dan khalifah, Abu Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayat hadith daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebanyak 2210 hadith dan beliau isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira " maksudnya : Wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandang oleh Aisyah R’HA kerana pipinya kelihatan merah seperti buah delima, beliau meninggal pada tahun 57 Hijrah. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala rahmati beliau[49],

Faedah Hadith :
Doa ini adalah doa khusus yang diajar oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam kepada isteri beliau Aisyah R’HA. Sesiapa yang beribadah di akhir malam maka berdoalah seperti doa ini. Doa umum, Diriwayatkan :
الحديث النّبوى : عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ،
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah berdoa sebagai berikut : Ya Allah Ya tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku sebagai benteng urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku. Perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku.Perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku[50],
 
Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abu Hurairah RA “
Beliau adalah Abu Hurairah Ad-Dausi Al-Yamani. Banyak pendapat mengenai nama asal beliau dan yang paling kuat adalah Abdurrahman bin Shakhar, beliau adalah orang yang sangat faqih, Mujahid dan al-Hafiz, Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata “Dahulu aku pernah mengembala kambing keluargaku, dan aku mempunyai seekor kucing yang kecil ( anak kucing ) aku meletak kucing itu pada malam hari di sebuah pohon. Apabila siang, aku membawa kucing itu bersama dan aku bermain bersamanya, sehingga orang menggelar aku dengan Abu Hurairah ( bapa kucing kecil [51])“, Beliau meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah, Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala meredhai beliau[52],
والله أعلم


[1]. أخرجه البخاري حديث رقم : 37 ] صحيح البخاري [
[2]. أخرجه الترمذي حديث رقم : 3844 ]حسن الإسناد[
[3]. "شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج2 ص 578-633 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[4]. حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَخْبَرَتْهُ
[5]. أخرجه البخاري حديث رقم : 2012 ] صحيح البخاري [
[6]. " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج2 ص135- 201 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[7]. أخرجه البخاري حديث رقم : 2013 ] صحيح البخاري [
[8]. " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج2 ص135- 201 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[9]. أخرجه مالك في موطأ حديث رقم : 233 ] ضعيف [
[10]. الشيخ عائض بن عبدالله القرني " فقه الدليل " ص 136 ط : جسمين 2007 ماليزيا
[11]. أخرجه مسلم حديث رقم :749] صحيح مسلم[
[12]. " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج3 ص203- 239 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[13]. " أبو زكريا يحيى بن شرف بن مري النووي " [شرح النووي على صحيح مسلم] ج6ص34 ط : المكتبة التوفيقية 1429
هـ / 2008 مـ القاهرة- مصر
[14]. أخرجه النسائى حديث رقم : 1127 ] صحيح [
[15]. " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج2 ص335- 303 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[16]. أخرجه الترمذي حديث رقم : 3372 ] صحيح [
[17]. أخرجه مسلم حديث رقم: 482 ] صحيح مسلم [
[18]. أخرجه البخاري حديث رقم : 2025 ] صحيح البخاري [
[19]. " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج3 ص203- 239 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[20]. أخرجه البخاري حديث رقم : 2025 ] صحيح البخاري [
[21]. " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج2 ص135- 201 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[22]. حَدِيْث عَبْد الله بْن عَبَّاس] رضي الله عنه [
[23]. أخرحه الطبراني في الأوسط حديث رقم : 7326 (7/220-221) ] ضعيف [
[24]. أخرجه البخاري حديث رقم : 75 ] صحيح البخاري[
[25]. أخرجه أحمد حنبل في مسنده حديث رقم : 2397 ] إسناده صحيح [
[26]. " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج3 ص331-309 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[27]. " محمد ناصر الدين الألباني " ] ضعيف الترغيب والترهيب[ ج2 ص 59-60 ط : الاولى دار ابن رجب 1423 هـ /
2003 مـ القاهرة- مصر
[28]. سورة القدر الآية : 3 (97)
[29]. أخرجه أحمد حنبل في مسنده حديث رقم : 7148 ] صحيح [
[30]. أخرجه الترمذي حديث رقم : 3844 ]حسن الإسناد[
[31]. "شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج2 ص 578-633 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[32]. سورة القدر الآية : 4 (97)
[33]. أخرجه البخاري حديث رقم : 1901 ] صحيح البخاري [
[34]. أخرجه الترمذي حديث رقم : 3844 ]حسن الإسناد[
[35]. "شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج2 ص 578-633 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[36]. أخرجه ابو داود حديث رقم : 1387 ] ضعيف، والصحيح موقوف [ عن عبد الله بن عمر قال أبو داود رواه سفيان
وشعبة عن أبي إسحق موقوفا على ابن عمر لم يرفعاه إلى النبي صلى الله عليه وسلم.
[37]. أخرجه ابن ماجه حديث رقم :4248 ] حسن صحيح[
[38]. أخرجه البخاري حديث رقم : 2021 ] صحيح البخاري [
[39]. أخرجه البخاري حديث رقم : 75 ] صحيح البخاري[
[40]. أخرجه أحمد حنبل في مسنده حديث رقم : 2397 ] إسناده صحيح [
[41]. " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج3 ص331-309 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[42]. " محمد بن مكرم بن منظور الأفريقي المصري " ] لسان العرب[ 14/183 (الطبعة الأولى) دار صادر - بيروت
[43]. أخرجه أحمد حنبل في مسنده حديث رقم :10682 ] حسن [
[44]. أخرجه الترمذي حديث رقم : 3844 ]حسن الإسناد[
[45]. "شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج2 ص 578-633 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[46]. أخرجه الترمذي حديث رقم : 3499 ] حسن[
[47]. أخرجه البخاري حديث رقم : 6321 ] صحيح البخاري[
[48]. أخرجه الترمذي حديث رقم : 3513 النسائي حديث رقم: 11688 ابن ماجه حديث رقم : 3850 ] صحيح [
[49]. " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج2 ص135- 201 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[50]. أخرجه مسلم حديث رقم: 2720 ] صحيح مسلم[
[51]. أخرجه الترمذي حديث رقم : 3844 ]حسن الإسناد[
[52]. "شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[ ج2 ص 578-633 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا