Sabtu, 26 Januari 2013

RINGKASAN ZIKIR & DOA



“ Ringkasan Zikir & Doa “






عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ شَرَائِعَ الْإِسْلَامِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيَّ فَأَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ أَتَشَبَّثُ بِهِ قَالَ لَا يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ،
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Bus RA bahawa ada seorang lelaki berkata. Wahai Rasulullah S.A.W, Sesungguhnya Syariat Islam berat untukku. Maka beritahulah aku tentang yang dapat aku jadikan pegangan. Beliau bersabda : Sentiasa lidahmu basah kerana Zikir kepada Allah S.W.T[1],
  
“ Hadith Lain “

عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ ثُمَّ قَرَأَ { وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ }،

Diriwayatkan daripada An-Nu’man bin Basyir. Dari Nabi S.A.W beliau bersabda : Doa adalah ibadah, kemudian beliau membaca (ayat)  dan tuhanmu berfirman : Mintalah kepadaku (berdoalah kepadaku), nascaya aku akan kabulkan permintaanmu (doamu) sesungguhnya orang-orang yang sombong enggan menyembahku. Mereka akan masuk neraka dalam keadaan yang hina dina[2],


“ Zikir yang paling utama dan Doa “


طَلْحَةَ بْنَ خِرَاشٍ قَال سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الْحَمْدُ لِلَّهِ،
Diriwayatkan” Thalhah bin Khirasi berkata. Aku mendengar Jabir bin Abdullah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Zikir yang paling utama adalah “ Tidak ada tuhan melainkan Allah. Dan doa yang paling utama adalah (mengatakan) segala puji bagi Allah “[3],

Zikir yang terbaik adalah   :   لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (tidak ada tuhan melainkan Allah),

Doa yang terbaik adalah  :  الْحَمْدُ لِلَّهِ (segala puji bagi Allah),


“ Himpunan Zikir & Doa Menurut Sunnah Nabi S.A.W “


Ketika keluar rumah :

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
(dengan nama Allah. Aku bertawakal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan melaiankan Allah)

Orang yang mengamalkan bacaan seperti di atas. Allah akan lindunginya dan syaitan akan menjauhi darinya[4],
Ketika menghadiri majlis : 

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ،  وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ،
(maha suci engkau ya Allah. Dengan memujimu aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan engkau. Aku memohon ampun kepadamu dan aku bertaubat kepadamu)

Orang yang mengamalkan bacaan seperti di atas. Allah akan ampunkan dosa-dosanya[5],

Ketika singgah di suatu tempat :

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ،
(aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari keburukan makhluk yang dia cipta)

Orang yang mengamalkan bacaan seperti di atas. Nascaya tidak ada sesuatupun yang membahayakannya sehingga ia meninggalkan tempat tersebut[6],

Ketika pulang :

عَنْ أَبِي إِسْحَقَ قَال سَمِعْتُ الرَّبِيعَ بْنَ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَدِمَ مِنْ سَفَرٍ قَالَ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ،
Diriwayatkan daripada Abi Ishaq ia berkata : Aku mendengar Ar-Rabai’ bin Al-Bara’ bin Azib menceritakan dari ayahnya bahawa Nabi kembali dari musafir. Maka Nabi S.A.W berdoa : kami adalah orang-orang yang kembali, kami adalah orang-orang yang bertaubat, kami adalah orang-orang yang gemar beribadah kepada tuhan kami dan kami adalah orang-orang memuji (nya)[7],



“ Tasbih, Tahmid, Tahlil, Takbir “


1-      Tasbih   :   سُبْحَانَ اللَّهِ (maha suci Allah)

Barang siapa yang mengamalkan Zikir Tasbih sebanyak 100 kali. Maka akan dicatatkan untuknya seribu kebaikan dan akan dihapuskan untuknya seribu kesalahan[8],

2-      Tahmid   :  الْحَمْدُ لِلَّهِ (segala puji bagi Allah)

Barang siapa yang mengatakan Zikir maha suci Allah (tasbih) dan dengan Pujian-Nya (tahmid) 100 kali. Maka akan diampuni baginya dosa-dosa meskipun (banyaknya) seperti buih lautan[9],

3-      Tahlil  :  لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (tidak ada tuhan melainkan Allah)

Barang siapa mengatakan Tidak ada tuhan melainkan Allah (tahlil) tiada sekutu bagi-nya. Maka baginya  kerajaan dan baginya segala pujian[10],

4-      Takbir  :  اللَّهُ أَكْبَرُ (Allah maha besar)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr RA ia berkata Rasulullah S.A.W bersabda : Dua perkara yang tidaklah seorang muslim dapat menghitungnya kecuali ia akan masuk Syurga. Ketahuilah, kedua perkara itu mudah (akan) tetapi orang yang mengamalkanya sedikit. (kedua perkara tersebut adalah) (1) membaca Tasbih kepada Allah di akhir setiap solat (fardhu) 10 kali, membaca Tahmid kepada-Nya 10 kali dan membaca Takbir kepada-Nya 10 kali, Aku melihat Rasulullah S.A.W  menghitung (10 kali)   dengan (jari) tangannya. Beliau bersabda : Jumlah Tasbih, Tahmid, dan Takbir itu adalah 150 kebaikan dalam ucapan dan 1500 (kebaikan) dalam timbangan, (2) Apabila engkau mendatangi tempat tidurmu maka bacalah Tasbih, Takbir, dan Tahmid kepada-Nya sebanyak 100 kali, jumlah Tasbih, Takbir dan Tahmid itu adalah 100 kali kebaikan dangan pengucapan dan 1000 kebaikan dalam timbangan…[11],
    

“ Selawat “


Allah S.W.T berfirman :

Maksudnya  :

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi[12]. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya[13],
عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمَّا السَّلَامُ عَلَيْكَ فَقَدْ عَرَفْنَاهُ فَكَيْفَ الصَّلَاةُ عَلَيْكَ قَالَ قُولُوا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ،
Daripada Ka’ab bin Ujrah dikatakan : Wahai Rasulullah S.A.W, adapun salam kepadamu kami telah mengetahui. Lalu bagaimana cara membaca selawat kepadamu? Rasulullah S.A.W bersabda : Ucapkanlah, Ya Allah! Limpahkan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau telah melimpahkan selawat kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya engkau maha terpuji dan maha agong, Ya Allah! Limpahkan keberkatan kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana engkau telah melimpahkan kepberkatan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya engkau maha terpuji lagi maga Agong[14],

Selawat :

" اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ "

" اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ "
Dalam Hadith lain :

Diriwayatkan daripada Fathimah binti Rasulullah S.A.W beliau berkata : adalah Rasulullah S.A.W apabila beliau memasuki Masjid. Beliau membaca Selawat dan membaca salam kepada Muhammad.

Setelah itu beliau berdoa :

اَللّهُمَّ الغْفِرْ لِيْ ذُنُوْبِيْ، وَافْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ،
Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah untukku pintu-pintu Rahmatmu,

Lalu apabila beliau keluar dari Masjid. Beliau membaca Selawat dan membaca Salam kepada Muhammad. Kemudian berdoa :

اَللّهُمَّ الغْفِرْ لِيْ ذُنُوْبِيْ، وَافْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ فَضْلِكَ،
Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah untukku pintu-pintu Kurniamu[15],

Dalam Hadith lain :

Diriwayatkan[16] daripada Abi Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda :

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً، صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا،
Barangsiapa yang membaca Selawat kepadaku satu kali. Nescaya Allah akan berselawat kepadanya sebanyak sepuluh kali[17],

والله الحمد



.    أخرجه الترمذي رقم الحديث : 3375، قال الشيخ الألباني : صحيح[1]
.    أخرجه الترمذي رقم الحديث : 3371، قال الشيخ الألباني : صحيح[2]
.     أخرجه الترمذي رقم الحديث : 3383، قال الشيخ الألباني : حسن [3]
.     أخرجه الترمذي رقم الحديث : 3426، قال الشيخ الألباني : صحيح[4]
.     أخرجه الترمذي رقم الحديث : 3433، قال الشيخ الألباني : صحيح[5]
.     أخرجه الترمذي رقم الحديث : 3437، قال الشيخ الألباني : صحيح[6]
.     أخرجه الترمذي رقم الحديث : 3440، قال الشيخ الألباني : صحيح[7]
.    أخرجه الترمذي رقم الحديث : 3463، قال الشيخ الألباني : صحيح[8]
.    أخرجه الترمذي رقم الحديث : 3466، قال الشيخ الألباني : صحيح[9]
.    أخرجه الترمذي رقم الحديث : 3468، قال الشيخ الألباني : صحيح[10]
.    أخرجه الترمذي رقم الحديث : 3410، قال الشيخ الألباني : صحيح[11]
     Berselawat artinya: kalau dari Allah bermaksud memberi rahmat  .[12]
dari malaikat bermaksud memintakan ampunan dan sekiranya dari       
orang-orang mukmin bermaksud berdoa supaya diberi rahmat        
seperti dengan perkataan:Allahuma shalli ala Muhammad       
.      سورة الأحزاب الآية : 56[13]
.      أخرجه البخاري رقم الحديث : 4797 حديث صحيح[14]
.       أخرجه ِأحمد حنبل في مسنده : 6/282 حديث صحيح، و صحيح الجامع : 4714،[15]
      Hadis ini juga diriwayatkan daripada Abdurraman bin Auf, Amir bin  .[16]
                                                     Rabi’ah, Ammar, Abu Thalhah, Anas dan Ubay bin Ka’b
.     أخرجه مسلم : 1/306 حديث صحيح،[17]