Ahad, 1 Januari 2012

" Niqab/purdah Dalam Islam Dan Hujjah-hujjahnya "

القُرآنُ اْلكَرِيْم

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

MaksudNya :

Hai anak Adam, Sesungguhnya kami Telah menurunkan kepadamu Pakaian untuk menutup auratmu dan Pakaian indah untuk perhiasan. dan Pakaian takwa Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat[1].

Faedah Ayat :

Allah Subhanahu wa Ta’ala menganugerahkan kepada hamba-hambaNya dengan menjadikan pakaian dan perhiasan untuk mereka agar mereka menutup aurat dan bertakwa. Mereka yang menutup aurat itulah yang dekat dengan Takwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala perintah ini juga bermaksud  membezakan wanita-wanita beriman dengan wanita-wanita yang tidak beriman. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

القُرآنُ اْلكَرِيْم

MaksudNya :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (Kebiasaan) nampak dari padanya[2].

Faedah Ayat :

Maksudnya menjaga pandangan daripada perkara yang diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala iaitu memandang lelaki yang bukan suaminya. Sebahagian Ulama berpendapat wanita boleh melihat dengan tidak mendatangkan Fitnah (syahwat) ini kerana Aisyah R’HA melakukan sedemikian rupa ketika melihat orang-orang Habsyi bermain senjata di dalam masjid bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam[3] dan Allah Subhanahu wa Ta’ala melarang wanita menampakkan perhiasanya (aurat) kepada lelaki yang bukan mahram melainkan yang zahir darinya (kebiasaan) ulama berbeza pandangan tentang yang zahir dalam ayat ini. Diriwayatkan :

الحديث النّبوى : ابْنُ دُرَيْكٍ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا[4]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ،
Daripada Aisyah R’HA beliau berkata, Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sedangkan ia berpakaian lipis Maka Rasulullah Shallallahu  'alaihi wa  Sallam  berpaling  darinya dan berkata. Wahai Asma, sekiranya wanita yang telah mengalami haid (baligh) maka dia tidak boleh membiarkan auratnya kecuali ini dan ini’ beliau mengisyarat pada wajah dan kedua tapak tangan[5],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “

Beliau ialah putri seorang imam yang jujur dan khalifah, Abu Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayatkan hadith daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mencapai 2210 hadith dan beliau isteri Nabi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira " ertinya : wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandangkan kepada Aisyah R’HA kerana pipinya terlihat merah seperti buah delima, beliau meninggal pada tahun 57 Hijrah[6].

Faedah Hadith :

Sheikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitab beliau bertajuk Jilbab Seorang Muslimah[7] memuatkan hadith ini dan mensahihkannya Hadith yang terdapat dalam sunan Abu Daud ini terputus Sanadnya yangmana Khalid bin Dhuraid[8] tidak dengar daripada Aisyah R’HA Sanad yang dimiliki  Khalid bin Dhuraid ialah daripada Ibnu Umar dan Khubas bin Asyam dan Abdullah bin Muhairies dan Mursal daripada Aisyah R’HA[9] maka Imam Abu daud dalam Kitabnya Sunan Abu Daud mengatakan Mursal (Dha’if Terputus Sanad) mengikut Ilmu Ulum Al-Hadith kerana terputusnya sanad tersebut. Pada masa yang sama saya dapati dalam sanad ini juga terdapat perawi yang lemah iaitu Sa’id bin Basyir[10] Hadith ini menujukkan wajah dan tapak tangan tidak termasuk aurat malahan pendapat ini terdiri daripada Tafsir Ibnu Abbas yangmana wajib aurat ke atas wanita ialah seluruh tubuh badan melainkan wajah dan tapak tangan[11] begitu juga Sheikh Dr Yusof Al-Qardhawi yang sama tafsiranya. Dalam hadith lain :

الحديث النّبوى : عَنْ عَطَاءٍ[12] عَنْ جَابِرٍ بْن عَبْدالله

عَنْ جَابِرٍ قَالَ : شَهِدْتُ الصَّلَاةَ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِيْ يَوْمِ عَيْدٍ فَبَدَأَ بِالصَّلَاةِ قَبْلَ الْخُطْبَةْ ثُمَّ قَامَ مُتَوَكِّئًا عَلَى بِلَالٍ حَتىَّ أَتَى النِّسَاءَ فَوَعَظَهُنَّ وَذَكَّرَهُنَّ وَأَمَرَهُنَّ بِتَقْوَى اللهِ قَالَ تَصَدَّقْنَ فَذَكَرَ شَيْئًا مِنْ أَمْرِ جَهَنَّمَ فَقَامَتْ امْرَأَةٌ مِنْ سَفِلَةِ النِّسَاءِ سَفْعَاءُ الْخَدَّيْنِ فَقَالَتْ لِمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ قَالَ ألم تكن تُغْشِيْنَ الشَّكَاةَ وَاللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ فَجَعَلْنَ يَأْخُذْنَ مِنْ حُلِيِّهِنَّ وَأَقْرَاطِهِنَّ وَخَوَاتِيْمِهِنَّ يَطْرَحْنَهُ فِيْ ثَوْبِ بِلاَلٍ يَتَصَدَّقْنَ بِهِ،
Daripada Jabir beliau berkata : Pada hari Aid saya pernah solat bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam beliau memulai solat sebelum Khudbah kemudian beliau berdiri dengan bersandar pada Bilal sehingga beliau datang kepada para wanita dan menasihati mereka serta mengingatkan  mereka dan memerintahkan agar mereka bertaqwa kepada Allah. Beliau bersabda : Bersedekahlah, kemudian beliau menyebut sebahagian perkara jahanam. Maka berdirilah seorang wanita dari tengah-tengah mereka yang kedua pipinya berbintik hitam lalu berkata. Kenapa wahai Rasulullah? Beliau menjawab, kerana kalian banyak mengeluh banyak melaknat dan suka ingkar kepada suami. Kemudian mereka mengambil sebahagian dari perhiasan anting dan cincin mereka lalu meletakkannya ke dalam kain yang dibawa oleh Bilal sebagai sedekah[13],

                            Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Jabir bin Abdullah RA “

Beliau ialah putera Umar bin Haram. Dan salah seorang sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam Mufti di Madinah pada zaman beliau, Beliau memiliki hafalan yang sangat kuat dan termasuk sahabat yang mengikuti Bai’ah  Ar-ridhwan  dan  beliau  yang  terakhir  meninggal  dikalangan  sahabat yang menyaksikan malam Aqabah kedua. Dan masa akhir hidupnya beliau mengahadapi ujian yang mana beliau buta ketika usir beliau hampir 90 tahun beliau Jabir bin Abdullah meninggal pada tahun 78 Hijrah ketika berusia 94 tahun. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala rahmati beliau[14],

Faedah Hadith :

Hadith ini menunjukkan bahawa wanita yang berdiri bertanya itu tidak menutup wajah kerana kelihatan pipinya berbintik hitam sekiranya wajah itu termasuk aurat sudah tentu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyuruhnya untuk menutup wajah. Hujjah ini dikemukakan oleh Mufti mesir iaitu Dr Ali Jum’ah dalam kitab beliau bertajuk “Al-Bayaan[15]” dan mengatakan hadith ini tidak dimansuhkan oleh mana-mana dalil. Dalam Hadith lain :

الحديث النّبوى : عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ[16] عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَتْ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ فَرِيضَةَ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ فِي الْحَجِّ أَدْرَكَتْ أَبِي شَيْخًا كَبِيرًا لَا يَثْبُتُ عَلَى الرَّاحِلَةِ أَفَأَحُجُّ عَنْهُ قَالَ نَعَمْ وَذَلِكَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ،
Daripada Abdullah bin Abbas RA beliau berkata : Al-fadh mengikuti Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam lalu datang seorang wanita dari suku Khats’Am dan Al-Fadh melihat kepadanya. Lalu ia pun melihat kepada Al-Fadh, Maka Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam memalingkan wajah Al-Fadh ke arah lain. Wanita itu berkata, Wahai  Rasulullah Sesungguhnya  Allah  telah  mewajibkan hambaNya menunaikan Haji bapaku sudah sangat tua dan ia tidak mampu duduk di atas unta apakah (boleh) aku menghajikannya (mewakilinya)? Beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda. Ya, yang demikian terjadi pada Haji Wada[17],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abdullah bin Abbas RA “

Beliau ialah salah seorang sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang memiliki Ilmu yang luas. Ahli fiqih dan Imam Tafsir beliau ialah Abu Al-Abbas bin Abdullah. Beliau lahir dari kalangan Bani Hasyim 3 tahun sebelum Hijrah dan banyak menghafal Hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas beliau berkata : Rasulullah  Shallallahu 'alaihi wa Sallam memelukku dan berdoa “ Ya Allah, ajarkanlah kepadanya Al-Kitab (Al-Quran)[18], dalam hadith lain Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berdoa : " اَللّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْل " Ya Allah, fahamkanlah dia (Abdullah bin Abbas) tentang Agama dan ajarkanlah dia Ilmu Takwil (tafsir)[19],  beliau digelar sebagai Al-Bahr yang bermaksud Laut. Kerana ilmunya yang sangat luas dan beliau meninggal pada tahun 67 atau 68 Hijrah ketika berusia 71 tahun. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala merahmati beliau[20],

Faedah Hadith :

Hadith ini menunjukkan bahawa Al-Fadh dan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat wajah wanita tersebut sekiranya wajah termasuk aurat nescaya Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam perintahkan agar menutup wajah. Mashur dikalangan ulama mengatakan wajah dan tapak tangan bagi wanita tidak termasuk aurat begitu juga Imam An-Nawawi dalam kitab beliau “ Majmuk Syarh Muhazzab[21]” tafsiran ini sangat mashur dikalangan Ulama Syafie, Hadith lain :

الحديث النّبوى : عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ[22] عَنْ جَابِرٍ

عَنْ جَابِرٍأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى امْرَأَةً فَدَخَلَ عَلَى زَيْنَبَ بِنْتِ جَحْشٍ فَقَضَى حَاجَتَهُ مِنْهَا ثُمَّ خَرَجَ إِلَى أَصْحَابِهِ فَقَالَ لَهُمْ إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ فَمَنْ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّهُ يُضْمِرُ مَا فِي نَفْسِهِ،
Daripada Jabir bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat seorang wanita lalu beliau masuk ke rumah Zainab binti Jahsy dan menyelesaikan hasratnya (terhadap isterinya itu) setelah itu beliau keluar menemui sahabatnya dan berkata. Sesungguhnya wanita itu bagaikan bentuk syaitan, sesiapa yang mendapati hal yang sedemikian maka handaklah ia mendatangi isterinya kerana hal tersebut dapat menguruskan yang ada di dalam dirinya[23],

F Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Jabir bin Abdullah RA “

Beliau ialah putera Umar bin Haram. Dan salah seorang sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam Mufti di Madinah pada zaman beliau, Beliau memiliki hafalan yang sangat kuat dan termasuk sahabat yang mengikuti Bai’ah  Ar-ridhwan  dan  beliau  yang  terakhir  meninggal  dikalangan  sahabat yang menyaksikan malam Aqabah kedua. Dan masa akhir hidupnya beliau mengahadapi ujian yang mana beliau buta ketika usir beliau hampir 90 tahun beliau Jabir bin Abdullah meninggal pada tahun 78 Hijrah ketika berusia 94 tahun. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala rahmati beliau[24],

Faedah Hadith :

Hadith ini juga menunjukan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat wanita tersebut dari hadapan dan sudah tentu Nabi melihat wajahnya dan dalam Sahih muslim ada lafaz dari belakang[25] yang tiada pada matan Sunan Abu daud[26] Justeru wajah dan tapak tangan tidak termasuk aurat bagi wanita Hujjah ini sangat kuat berdasarkan larangan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam terhadap wanita ketika Ihram “Wanita Ihram tidak boleh memakai Niqab/purdah dan tidak memakai sarung tangan[27]” Sekiranya melihat wajah seseorang wanita itu mendatangkan Syahwat maka Sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ialah mendatangi isterinya agar dapat meluruskan syahwatnya manakala hadith yang mengatakan wanita aurat tidak termasuk wajah dan tapak tangan sepertimana hadith dari Abdullah bin Mas’ud RA “  Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan menghiasinya (pada pandangan lelaki) [28]” Kata Sheikh Al-Albani hadith ini umum tidak boleh meletakan hukum wajah dan tapak tangan itu termasuk aurat. Oleh yang demikian hadits di atas (wanita adalah aurat), tidak termasuk wajah dan tapak tangan. Prinsip ini tidak pernah bertentangan dengan amalan orang-orang salaf (para sahabat)[29]. Jumhur ulama juga mengatakan wajah dan tapak tangan tidak termasuk aurat. Dan untuk mengelakan daripada fitnah selain dari meluruskan syahwatnya maka palingkanlah pandangan apabila terlihat kerana ia sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yangmana diriwayatkan :

الحديث النّبوى : عَنْ أَبِي زُرْعَةَ[30] عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ

عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ نَظَرِ الْفُجَاءَةِ فَأَمَرَنِي أَنْ أَصْرِفَ بَصَرِي،
Daripada Jarir bin Abdullah beliau berkata saya penah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang Hukum pandangan yang tidak disengajakan maka beliau memerintahkan agar saya mengalihkan pandangan saya[31],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Jarir bin Abdullah RA “

Beliau ialah Ibnu Jabir Abu Amir Al-Bajali Al-Qasari. Seorang pemimpin yang sangat cerdas dan kacak dikalangan sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam Umar pernah berkata Jarir adalah yusuf umat ini iaitu kacak seperti Nabi Yusuf A.S Beliau Jarir bin Abdullah meninggal pada tahun 51 Hijrah. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala merahmati beliau[32],

Faedah Hadith :

Memelihara  pandangan daripada membawa fitnah ialah wajib agar tidak terjatuh ke dalam fitnah yang lebih besar seperti zina oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman “ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya. yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka lakukan[33]” dan tidaklah berdosa sekiranya memandang sesuatu yang bukan haknya dengan tidak sengaja[34] maka palinglah pandangan daripada perkara yang bukan haknya sepertimana perintah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam terhadap sahabatnya “wahai Ali, janganlah engkau ulangi pandanganmu sesungguhnya pandangan yang  pertama itu ialah bagimu dan pandangan yang lain bukan untukmu[35]” Hadith ini bermaksud larangan bagi memandang yang  bukan haknya pada kali yang kedua iaitu mengulangi pandangan selepas memandang kali pertama[36]  begitu juga  ke atas  wanita  sekiranya ia  mendatangkan fitnah kerana wajahnya maka yang terbaik itu ia menutup wajahnya iaitu berpurdah dan sebahagian Ulama mewajibkan purdah ke atas wanita. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

القُرآنُ اْلكَرِيْم

MaksudNya :

Hai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[37] ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang[38],

Faedah Ayat :

Sebahagian Ulama mentafsirkan ayat ini dengan mewajibkan ke atas wanita untuk menutup wajah mereka dan mereka itulah wanita-wanita yang beriman dan tidak digangu iaitu Fitnah dengan menutupi aurat mereka dengan baik dan saya meneliti bahawa tafsiran ini kuat untuk mewajibkan wanita menutupi wajahnya dan ayat di atas tidak Khusus untuk isteri-isteri Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yangmana diriwayatkan :

الحديث النّبوى  :  عَنْ صَفِيَّةَ بِنْتِ شَيْبَةَ[39] أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا

عَنْ صَفِيَّةَ بِنْتِ شَيْبَةَ أَنَّ عَائِشَةَ          رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا  كَانَتْ تَقُولُ لَمَّا          نَزَلَتْ      هَذِهِ الْآيَةُ { وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ } أَخَذْنَ  أُزْرَهُنَّ  فَشَقَّقْنَهَا مِنْ قِبَلِ الْحَوَاشِي فَاخْتَمَرْنَ بِهَا،
Daripada Syafiah binti Syaibah bahawa Aisyah R’HA berkata ketika turun Ayat : “ Dan hendaklah mereka menutup kain tudung  kedadanya [40] Mereka mengambil kain menutup badan mereka kemudian mereka memotong kain itu dari bahagian hujungnya dan mereka menutupi wajah-wajah mereka dengannya[41],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “

Beliau ialah putri seorang imam yang jujur dan khalifah, Abu Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayatkan hadith daripada Rasulullah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mencapai 2210 hadith dan beliau isteri Nabi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira " ertinya : wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandangkan kepada Aisyah R’HA kerana pipinya terlihat merah seperti buah delima, beliau meninggal pada tahun 57 Hijrah[42],

Faedah Hadith :

Kalimah  فَاخْتَمَرْنَ  (mereka memakai tudung) bermaksud : Mereka menutupi wajah-wajah mereka dengan kain tersebut ini kerana pada masa Jahiliyyah kaum wanita melabuhkan tudungnya ke belakang dan membiarkan yang depan terbuka maka mereka pun diperintahkan untuk menutupinya. Tafsiran ini sangat mashur dikalangan Ulama Hadith termasuk Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani[43] dan wanita yang dimaksudkan tersebut ialah kaum wanita Anshar yang berhijrah yangmana kata Aisyah R’HA : Semoga Allah rahmati wanita-wanita yang terawal berhijrah. Kerana ketika turun ayat “ Dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka ke dadanya “ mereka memotong pakaian milik mereka yang dibuat dari bulu merekapun menutup wajah-wajah mereka dengannya[44]. Dan tafsiran ini juga terdapat dalam kitab tafsir Ibnu Katsir[45] begitu juga Tafsir At-Tabari daripada Ibnu Abbas RA beliau berkata[46] “ Allah memerintahkan para wanita mukminah apabila mereka keluar dari rumah-rumah mereka untuk keperluan hendaklah mereka menutup wajah-wajah mereka dari atas kepala mereka dengan Jilbab sehingga yang nampak dari mereka adalah sebuah biji mata sahaja[47] atau dua belah mata iaitu dalam riwayat yang lain[48] menyatakan cara menutup wajah adalah dengan melilitkan jilbab sehingga menutup dahi dan bahagian wajah dan menampakkan dua mata sahaja[49]. Dalam hadith lain :

الحديث النّبوى  : عَنْ حَدِيثِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا

عَنْ حَدِيثِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ...وَكَانَ صَفْوَانُ بْنُ الْمُعَطَّلِ السُّلَمِيُّ ثُمَّ الذَّكْوَانِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْجَيْشِ فَأَدْلَجَ فَأَصْبَحَ عِنْدَ مَنْزِلِي فَرَأَى سَوَادَ إِنْسَانٍ نَائِمٍ فَأَتَانِي فَعَرَفَنِي حِينَ رَآنِي وَكَانَ رَآنِي قَبْلَ الْحِجَابِ فَاسْتَيْقَظْتُ بِاسْتِرْجَاعِهِ حِينَ عَرَفَنِي فَخَمَّرْتُ وَجْهِي بِجِلْبَابِي وَ وَاللَّهِ مَا كَلَّمَنِي كَلِمَةً وَلَا سَمِعْتُ مِنْهُ كَلِمَةً غَيْرَ اسْتِرْجَاعِهِ حَتَّى أَنَاخَ رَاحِلَتَهُ فَوَطِئَ عَلَى يَدَيْهَا فَرَكِبْتُهَا...
Daripada hadith Aisyah R’HA isteri Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam... adapun Shafwan bin Mu’athal As-sulami kemudian Adz-dzakwani berada di belakang pasukan tentera. Ia datang ketika waktu masih gelap dan pada waktu subuh dia sampai tempatku dia melihat warna hitam manusia tertidur. Maka dia datang kepadaku dan mengenaliku ketika melihatku dan ia penah melihatku sebelum turun ayat Hijab. Aku terbangun kerana ucapan Istirja’ ketika dia mengenaliku, Aku pun menutup wajahku dengan Jilbabku. Demi Allah tidak ia berkata satu kalimah selain ucapan Istirja Hingga dia merendahkan haiwan tunggangannya dan haiwan itu melutut pada kedua kakinya dan aku menaikinya[50]...

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “

Beliau ialah putri seorang imam yang jujur dan khalifah, Abu Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayatkan hadith daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mencapai 2210 hadith dan beliau isteri Nabi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira " ertinya : wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandangkan kepada Aisyah R’HA kerana pipinya terlihat merah seperti buah delima, beliau meninggal pada tahun 57 Hijrah[51],

Faedah Hadith :

Hadith ini menerangkan kambali kisah Aisyah R’HA di fitnah oleh golongan munafiq tentang beliau dan Shafwan bin Mu’aththal As-sulami ketika tertinggal dari rombongan tentera selepas menghadapi peperangan menuju ke madinah Aisyah R’HA tertinggal kerana mencari kalungnya yang terputus ketika sedang mencari kalungnya ia terlepas dari rombongan tentara dan rombongan tersebut menyangka Aisyah R’HA berada di tempat tunggangannya. Ketika Aisyah R’HA sedar dia ditinggalkan  dia menunggu mengharap pasukan tentera tersebut sedar bahawa dia tertinggal. Ketika Aisyah R’HA sedang menunggu beliau tertido dan datanglah  Shafwan bin Mu’aththal As-sulami yangmana ia juga terlepas dari pasukan tentera tersebut lalu ia terlihat seorang manusia yang tertido lalu ia melihat dan mengucapkan Innalillahi Wa Inna’I laihi Ra’ji’un kerana ia kenal bahawa yang tertido itu Isteri Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Aisyah R’HA terbangun kerana ucapan Shafwan bin Mu’aththal As-sulami lalu Aisyah R’HA menutup wajahnya.  Sebahagian  ulama  mengatakan wajah  termasuk  Hijab kerana sebelum turun ayat Hijab Shafwan bin Mu’aththal As-sulami penah melihat Aisyah R’HA dan selepas turun  ayat Hijab Aisyah R’HA menutup wajahnya dan wanita-wanita mukminah juga menutup wajah mereka seperti hadith yang terdahulu dan menutup wajah itu tidak khusus kepada isteri-isteri Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sahaja tetapi ia termasuk wanita-wanita mukminah lain kerana Aisyah R’HA contoh yang terbaik. Dan mereka dikalangan wanita berpurdah ketika berurusan yangmana diriwayatkan[52] “Samurah bin Jundub membolehkan wanita yang berniqab menjadi saksi[53]” Dalam hadith lain :

الحديث النّبوى  : عَنْ مُجَاهِدٍ[54] عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ الرُّكْبَانُ يَمُرُّونَ بِنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُحْرِمَاتٌ فَإِذَا حَاذَوْا بِنَا سَدَلَتْ إِحْدَانَا جِلْبَابَهَا مِنْ رَأْسِهَا عَلَى وَجْهِهَا فَإِذَا جَاوَزُونَا كَشَفْنَاهُ،
Daripada Aisyah beliau berkata : Adalah penunggang-penunggang melalui kami sedangkan kami bersama dengan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam keadaan Ihram, apabila mereka melintasi kami maka setiap kami (isteri-isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam) akan melabuhkan jilbabnya daripada kepalanya ke atas wajahnya apabila mereka telah berlalu kami pun membukanya kembali[55],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “

Beliau ialah putri seorang imam yang jujur dan khalifah, Abu Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayatkan hadith daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mencapai 2210 hadith dan beliau isteri Nabi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira " ertinya : wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandangkan kepada Aisyah R’HA kerana pipinya terlihat merah seperti buah delima, beliau meninggal pada tahun 57 Hijrah[56],

Faedah Hadith :

Hadith ini menunjukan menutup wajah itu sangat dituntut untuk mengelakan daripada fitnah dan di antara para ulama yang menguatkan pendapat ini dan mewajibkan purdah ialah : Sheikh Abdul Aziz bin Baz, Sheikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, dan sebahgian besar Ulama Saudi berhujjah dengan Hadith : “  Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan menghiasinya (pada pandangan lelaki)[57]. Dalam hadith lain yangmana diriwayatkan :

الحديث النّبوى:   عَن فَاطِمَة بْنت المُنْذر[58] عَن أَسْمَاءِ بْنت أَبِيْ بَكْر

عَن أَسْمَاءِ بْنت أَبِيْ بَكْرِ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قاَلَتْ : كُنَّا نُغْطِيْ وُجُوْهُنَا مِنَ الرِّجَالِ وَ كُنَّا نَتَمَشْطِ قَبْلَ ذَلِكَ فِيْ الإِحْرَامِ،
Daripada Asma' binti Abu Bakar R’MA beliau berkata: Kami menutup wajah kami dari lelaki, dan kami menyikat rambut sebelum itu di saat ihram[59],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Asma R’HA “

Beliau ialah Asma binti Abu Bakar R’HA Ummu Abdullah Al-Qurasyiyah At-Taimiyyah Al-Makkiyyah Al-Madaniyyah. Beliau terdiri daripada Muhajirat yang terakhir meninggal dunia dan banyak  meriwayatkan  Hadith  Daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, Ummu Asma binti Abu Bakar R’HA lebih muda daripada Aisyah R’HA 10 tahun dan ketika berlakunya Hijrah beliau sedang mengandung anaknya Abdullah bin Zubair. Asma terkenal dengan gelaran Dzatun-Naqatain (pemilik dua tali pinggang) Ketika Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan Abu Bakar bersembunyi di gua untuk melarikan diri daripada ancamana kaum Quraisy, beliaulah yang membekalkan makanan dan minuman kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan ayahnya. Beliau Asma binti Abu Bakar R’HA meninggal pada tahun 73 hijrah Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala rahmati beliau[60],

Faedah Hadith :
 
Hadith ini menunjukkan bahawa dikalangan wanita mereka menutup wajah mereka mengelakan daripada fitnah Mazhab Malikiah berpendapat wajah wanita wajib ditutup demikian juga dua tapak tangannya mengelakan daripada fitnah[61] diluar solat iaitu di hadapan lelaki ajnabi kerana fitnah adalah benda zanni dan tidak sama padanya setiap manusia dan keadaan. Maka wajah wanita itu sendiri merupakan illah untuk diwajibkan tutup. Mazhab Hanafiah berpandapat Wanita muda tidak boleh sama sekali mendedahkan wajahnya kepada lelaki yang bukan mahram kerana ditakuti mendatangkan fitnah[62] Ali bin Abi Thalib RA pernah berkata kepada Isterinya : “ Wahai Fathimah! Apakah yang terbaik untuk seorang wanita? Fathimah menjawab : Hendaklah ia tidak melihat lelaki (yang bukan dari Mahramnya) dan lelaki pun tidak melihatnya “  Ali bin Abi Thalib RA berkata : Tidakkah engkau malu? Tidakkah engkau cemburu? Salah seorang di antara kalian membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan ia melihat mereka serta mereka (lelaki) pun melihat mereka (wanita)  pula[63]. Oleh sebab itu kaum wanita diwajibkan menutup wajah agar tidak berlaku fitnah yang lebih besar dan Allah memerintahkan agar mereka menundukkan pandangan. Manakala tentang Hadith larangan purdah ketika Ihram. Seseorang itu boleh memilih samaada ia mahu membuka  purdah atau menutup wajahnya sekiranya ia mahu, Yangmana diriwayat :

الحديث النّبوى:   عَنْ معَاذة[64] عَن عَائِشَة رَضِيَ الله عَنْهَا قَالَتْ

عَنْ عائِشَة رَضِيَ الله عَنْهَا قَالَتْ : اْلمُحْرِمَةُ تَلْبَس مِنَ الثِّيَابِ مَا شَاءَتْ إِلَّا ثَوْبًا مَسَّهُ وَرْسٌ أَوْ زَعْفَرَانٌ وَلَا تتَبَرْقِعُ وَلَا تُلَثِّمُ وَتَسْدُلُ الثَّوْبَ عَلىَ وَجْهِهَا إِنْ شَاءَتْ،
Daripada Aisyah R’HA beliau berkata : Wanita yang sedang Ihram boleh memakai apa sahaja yang ia suka kecuali pakaian yang telah disentuh oleh warna atau za’faran. Tidak boleh menggunakan penutup wajah dan tidak pula topeng dan ia boleh menurunkan (menutup) pakaian ke wajahnya jika ia mahu[65],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “

Beliau ialah putri seorang imam yang jujur dan khalifah, Abu Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayatkan hadith daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mencapai 2210 hadith dan beliau isteri Nabi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira " ertinya : wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandangkan kepada Aisyah R’HA kerana pipinya terlihat merah seperti buah delima, beliau meninggal pada tahun 57 Hijrah[66],

Faedah Hadith :

Hadith ini menunjukkan  wanita mukminah mereka sentiasa menutup wajah mereka  melainkan ketika Ihram dan mereka boleh menutup wajah sekiranya mereka mahu  adapun luar daripada  itu  mereka wanita mukminah sentiasa menutupi wajah yangmana diriwayatkan Daripada Safiyyah binti Syaibah daripada Aisyah R’HA adalah beliau bertawaf dalam keadaan memakai niqab (purdah)[67]. Berpurdah makruf dikalangan wanita mukminah dan sangat makruf dikalangan kaum wanita Ansar. Oleh sebab itu, Kata Aisyah R’HA : Aku tidak pernah melihat yang lebih utama daripada wanita-wanita Ansar dalam hal membenarkan Kitab Allah (Al-Quran) dan keimanan terhadap Wahyu. Sungguh ketika turun Surah An-Nuur : Hendaklah mereka menutup kain  tudung mereka ke dadanya[68]. Maka kaum lelaki mereka kembali membaca kepada mereka apa yang diturunkan tentang mereka. Tidaklah seorang wanita pun melainkan berdiri menghampiri kainnya dan subuh harinya mereka mengerjakan solat dengan mengunakannya[69]. Oleh sebab itu, yang utama dan yang terbaik itu wanita-wanita mukminah ialah mereka yang menutup wajahnya agar tidak berlaku Fitnah maka mereka itulah wanita-wanita yang baik dan beriman. Persoalan wajib atau tidak tentang pemakaian Niqab/purdah saya katakan Niqab/purdah tidak wajib kerana tidak ada Dalil Khusus untuknya dan sekiranya ia tidak menutup wajah dan mendatangkan Fitnah maka yang dekat itu ialah menutup wajah untuk mengelak daripada fitnah. Walaupun ada hadith-hadith tentang pemakaian Purdah ketika turunya ayat Hijab saya katakan kesemua hadith-hadith tersebut Mauquf dan mengenai Hadith wanita ialah aurat[70]. Hadith tersebut Umum tidak boleh menghukum mewajibkan menutup wajah kerana Ayat sebut kecuali yang zahir maka dikalangan Ulama Khilaf tentang masalah ini samaada mentafsirkannya yang zahir itu hanya wajah dan tapak tangan atau yang zahir itu hanya Mata dan menutup wajahnnya. Tidaklah disebabkan saya memilih bahawa Niqab/purdah itu tidak wajib menyebabkan saya menolok sebahgian yang mewajibkan. Tegas saya katakan Niqab/purdah itu boleh menjadi wajib untuk mengelak daripada Fitnah kerana illah situasi berbeza-beza malahan yang dekat dengan Al-quran dan As-Sunnah itu ialah menutup wajahnya kerana Ummul mukminin Aisyah R’HA beliau menutup wajahnya dan kaum wanita mukminah lain  juga  menutup wajah mereka. yangmana diriwayatkan :  Daripada Syafiah binti Syaibah bahawa Aisyah R’HA berkata ketika turun Ayat : “ Dan hendaklah mereka menutup kain tudung  kedadanya [71] Mereka mengambil kain menutup badan mereka kemudian mereka memotong kain itu dari bahagian hujungnya dan mereka menutupi wajah-wajah mereka dengannya[72], والله الحمد 

الحديث النّبوى:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا،

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata : Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat iaitu kaum yang membawa cemati seperti ekor lembu yang mereka gunakan untuk memukul orang laing dan para wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang berjalan melengguk-lengguk Sedangkan kepada mereka bagaikan bonggol unta yang bengkok. Mereka itu tidak akan masuk ke dalam Syurga dan tidak akan mencium bauh Syurga Peadahal harum bauh semerbak  Syurga itu dapat dirasakan dari jarak yang begini dan begini[73],

الحديث النّبوى:

عَنْ الزُّهْرِيِّ أَخْبَرَنَا حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَمِعَ مُعَاوِيَةَ بِالْمَدِينَةِ يَخْطُبُ يَقُولُ أَيْنَ عُلَمَاؤُكُمْ يَا أَهْلَ الْمَدِينَةِ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَى عَنْ هَذِهِ الْقُصَّةِ وَيَقُولُ إِنَّمَا هَلَكَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ حِينَ اتَّخَذَهَا نِسَاؤُهُمْ،

Daripada Az-Zuhri Humaid bin Abdurrahman Mengkhabarkan kepada kami bahawa beliau mendengar Muawiyah sedang berkhudbah di Madinah ia berkata : Di mana Ulama-ulama kalian wahai penduduk Madinah? Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melarang memakai sanggul ini, Beliau juga bersabda : Sesungguhnya kaum bani Israil binasa manakala wanita-wanita mereka memakai sanggul (menyambungnya)[74],

“ Jadilah Orang  Yang Menuruti Al-Quran Dan As-Sunnah’ Sekiranya Tidak Mampu. Jadilah Orang Yang Belajar Al-Quran Dan As-Sunnah’ Sekiranya Tidak Mampu. Jadilah Orang Yang Mencintai Orang Yang Menuruti Al-Quran Dan As-Sunnah Dan Orang Yang Belajar Al-Quran Dan As-Sunnah’ Sekiranya Tidak Mampu. Janganlah Membencihi Mereka “

والله الحمد


[1].     سورة الأعراف : 26  (7)
[2].     سورة النور : 31  (24)
[3].     أخرجه البخاري رقم الحديث : 454  ] صحيح البخاري    [
[4].            قَالَ أَبُو دَاوُد هَذَا مُرْسَلٌ خَالِدُ بْنُ دُرَيْكٍ لَمْ يُدْرِكْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
[5]   أخرجه أبو داود رقم الحديث : 4104  ] ضعيف [
[6].     " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج2 ص135- 201  ط : (الطبعة
               العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[7].     جلباب المرأة المسلمة - المؤلف : محمد ناصر الدين الألباني الطبعة : الأولى - 1413 المكتبة الإسلامية - عمان - الأردن
[8].     " أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل العسقلاني الشافعي (المتوفى : 852 هـ) "   ]التهذيب التهذيب  [رتبته عند ابن
              حجر :  ثقة يرسل  ج3     ص80 ط : دار الكتب العلمية 1415هـ / 1994 مـ بيروت- لبنان 
[9].     " شمس الدين محمد بن أحمد بن عثمان الذهبي " ] تاريخ الإسلام ووفيات المشاهير والأعلام[  خالد بن دريك :] الوفاة:
                       111- 120 هـ[  ج7 ص211 ط : المكتبة التوفيقية التاريخ الطبعة مجهول القاهرة - مصر
[10].            سَعِيدُ بْنُ بَشِيرٍ، أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ الأَزْدِيُّ، مَوْلاهُمُ، الْبَصْرِيُّ، وَقِيلَ: الدِّمَشْقِيُّ،  [ الوفاة: 161 - 170 هـ ] وأنظر :
            " أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل العسقلاني الشافعي (المتوفى : 852 هـ) ""  ]التهذيب التهذيب  [رتبته عند ابن حجر   
                    :  ضعيف ج4 ص8-10 نفس السابق
[11].     " محمد بن جرير بن يزيد بن كثير بن غالب الآملي، أبو جعفر الطبري (المتوفى : 310 هـ) "  ] تفسير الطبري من كتابه جامع
             البيان في تأويل   القرآن [  حدثني عليّ، قال: ثنا عبد الله، قال : ثني معاوية، عن عليّ، عن ابن عباس، قوله : ( وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ
             إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ) قال : والزينة الظاهرة: الوجه وكحل العين، وخضاب الكفّ، المكتبة الشاملة [
[12].     عطاء بن أبي رباح أسلم، الامام شيخ الاسلام، مفتي الحرم، أبو محمد القرشي مولاهم المكي، [ الوفاة: 111 – 120 هـ ]
[13]   أخرجه الدارمي رقم الحديث :  1560 ]  حسن صحيح[
[14].   " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج3 ص189- 194 ط : (الطبعة
                   العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[15]         " البيان لما يشغل الأذهان " الدكتور علي جمعة مفتى الديار المصرية
[16].     سُلَيْمَانُ بْنُ يَسَارٍ الْمَدَنِيُّ [أَبُو أَيُّوبَ أو أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ]  [الوفاة: 101 - 110 هـ]
[17].    أخرجه البخاري رقم الحديث : 1513  ] صحيح البخاري [
[18]  أخرجه البخاري رقم الحديث : 75   ] صحيح البخاري [
[19].    أخرجه أحمد حنبل في مسنده رقم الحديث : 2397  (1/265)  ] إسناده صحيح [ ج3  ص95  ط : دار الحديث (الطبعة
                الأولى)  1416 هـ  / 1995 مـ القاهرة- مصر  
[20].   " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج3 ص309-331 ط : (الطبعة العاشرة)
                  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[21].    " أبو زكريا محيي الدين يحيى بن شرف النووي (المتوفى : 676 هـ) " ]   المجموع شرح المهذب [  ج3  ص173 – 176
                  ط : مكتبة الإرشاد التاريخ الطبعة مجهول جدّة – المملكة العربية السعودية، كتاب الصلاة  الباب : ستر العورة،  " عورة الرجل
                        ما بين سرته الي ركبته " وأما الحرة فجميع بدنها عورة الا الوجه والكفين لقوله تعالي ( ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها ) قال
                        ابن عباس وجهها وكفيها ولان النبي صلي الله عليه وسلم  " نهي المرأة الحرام عن لبس القفازين والنقاب "
[22]         محمد بن مسلم بن تدرس القرشى الأسدى، أبو الزبير المكى، مولى حكيم بن حزام،   ]الوفاة :  126 هـ [
[23].     أخرجه أبو داود رقم الحديث : 2151  وأخرجه مسلم رقم الحديث : 1403  ] صحيح[
[24].    " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج3 ص189- 194 ط : (الطبعة
                    العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[25]      " أبو زكريا يحيى بن شرف بن مري النووي "  [شرح النووي على صحيح مسلم] رقم الحديث : 1403 ج9 ص175-
             177 ط : المكتبة التوفيقية 1429 هـ /  2008 مـ  القاهرة- مصر
[26].          " محمد شمس الحق العظيم آبادي أبو الطيب  ]عون المعبود شرح سنن أبي داود [  ج4 ص245-246 ط : دارالحديث
              1422هـ / 2001 مـ  القاهرة- مصر
[27].     أخرجه أبو داود رقم الحديث : 1826  وأخرجه الترمذي برقم الحديث : 833  وأخرجه النسائى برقم الحديث : 2672
               وأخرجه البخاري برقم الحديث : 1838   ]صحيح [  عن عبدالله بن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم
[28].     أخرجه الترمذي رقم الحديث : 1173  ] صحيح[  
.[29]
  Disalin dari kitab Majmu'ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarah Fatwa-fatwa Al-Bani Hal          
          150-154 Pustaka At-Tauhid
                                       
.[30]     أَبِي زُرْعَةَ بْن عَمْرِو بْن جَرِيرِ بْن عَبْد الله البجليُّ الكوفيُّ، [ الوفاة: 151 - 160 هـ ]
[31].       أخرجه مسلم رقم الحديث : 2159   ]صحيح مسلم    [
[32].     " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "   ]سير أعلام النّبلاء[   ج2  ص530-537 ط : (الطبعة
                  العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[33].     سورة النور : 30  (24)
[34].     " أبو زكريا يحيى بن شرف بن مري النووي "  [شرح النووي على صحيح مسلم] رقم الحديث : 2159 ج14 ص137-
             138 ط : المكتبة التوفيقية 1429 هـ /  2008 مـ  القاهرة- مصر
[35].     أخرجه أبو داود رقم الحديث :  2149  وأجرجه التمذي رقم الحديث : 2777 ]  حسن [
[36].           " محمد شمس الحق العظيم آبادي أبو الطيب  ]عون المعبود شرح سنن أبي داود [  ج4 ص244-245 ط : دارالحديث
             1422هـ / 2001 مـ القاهرة- مصر
Jilbab ialah sejenis baju kurung yang longar yang dapat menutup kepala, muka dan  dada    .[37] 
          yang tidak nampak bentuk tubuh badan
[38].     سورة الأحزاب : 59  (33)
[39]            صفية بنت شيبة بن عُثْمَانَ الْحَجَبِيِّ، الْقُرَشِيَّةُ الْعَبْدَرِيَّةُ. [الوفاة: 81 - 90 هـ]
[40].     سورة النور : 31  (24)
[41].     أخرجه البخاري رقم الحديث : 4759   ] صحيح البخاري[
[42].     " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[  ج2 ص135- 201  ط : (الطبعة
                 العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا  
[43]         " أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل العسقلاني الشافعي (المتوفى : 852 هـ) "  ] فتح الباري شرح صحيح البخاري [  ج8  
                 ص 626- 628  ط  : دار الكتب العلمية  1410 هـ /  1989 مـ  بيروت - لبنان
[44].     أخرجه البخاري رقم الحديث : 4758   ] صحيح البخاري[
[45].             " أبو الفداء إسماعيل بن عمر بن كثير القرشي الدمشقي (المتوفى : 774هـ) "  ] صحيح تفسير ابن كثير[  ج6 ص376
                 ط : المكتبة ابن كثير  1430 هـ /  2009 مـ  الإندونيسية
[46].     حدثني عليّ، قال: ثنا أَبو صالح قال ثني معاوية عن علي عن ابن عباس،(يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ)
                      أمر الله نساء المؤمنين إذا خرجن من بيوتهن في حاجة أن يغطين وجوههن من فوق رءوسهن بالجلابيب ويبدين عينا واحدة.
[47]           " محمد بن جرير بن يزيد بن كثير بن غالب الآملي، أبو جعفر الطبري (المتوفى : 310هـ) "  ] تفسير الطبري من كتابه جامع
                     البيان في تأويل القرآن[  ج6  ص199- 200  ط : مؤسسة الرسالة 1415 هـ /  1994 مـ بيروت – شارع سوريا
[48]     قال قتادة وابن عباس في رواية أخرى : أن تلويه فوق الجبين وتشدّة ثمّ تعطعه على الأنف وأن ظهرت عيناها
[49].     "  الدكتور وَهْبَة الزُّحَيْلِيّ  "   ]تفسير المنير في العقيدة والشريعة والمنهج  [ ج22  ص106- 110  ط : دار الفكر المعاصر
            1411 هـ /  1991 مـ بيروت- لبنان
[50].     أخرجه البخاري رقم الحديث : 4750  ] صحيح البخاري[
[51].     " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج2 ص135- 201  ط : (الطبعة
                 العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[52].           قَالَ سُلَيْمَانُ بْنُ يَسَارٍ اسْتَأْذَنْتُ عَلَى عَائِشَةَ فَعَرَفَتْ صَوْتِي قَالَتْ سُلَيْمَانُ ادْخُلْ فَإِنَّكَ مَمْلُوكٌ مَا بَقِيَ عَلَيْكَ شَيْءٌ وَأَجَازَ سَمُرَةُ
               بْنُ جُنْدُبٍ شَهَادَةَ امْرَأَةٍ مُنْتَقِبَةٍ 
[53].    " أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل العسقلاني الشافعي (المتوفى : 852 هـ) "  ] فتح الباري شرح صحيح البخاري [  ج8  
                      ص 626- 628  ط  : دار الكتب العلمية  1410 هـ /  1989 مـ  بيروت - لبنان
[54].          مُجَاهِدُ بْنُ جَبْرٍ أَبُو الْحَجَّاجِ الْمَكِّيُّ الْمُقرِئُ الْمُفَسِّرُ، [ الوفاة: 101 - 110 هـ ]
[55].           أخرجه أبو داود رقم الحديث : 1833  وأخرجه ابن ماجه برقم الحديث : 2936  وأخرجه أحمد بن حنبل في مسنده برقم
             الحديث : 23903 ( 6/30) ج17 ص208 ط : دارالحديث 1416 هـ / 1995 مـ القاهرة- مصر ] حسن لغير[
[56].        " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج2  ص135- 201  ط : (الطبعة
                 العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[57].     أخرجه الترمذي رقم الحديث : 1173  ] صحيح [
[58].     فاطمة بنت المنذر بْن الزُّبَيْر بْن العوَّام الأَسَدِيّة المدنية  [ الوفاة: 111 - 120 هـ ]
[59]    أخرحه الحاكم في مستدرك على صحيحين رقم الحديث : 1668 ( 454/1 )  ] صحيح على شرط الشيخين [
[60].   " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "   ]سير أعلام النّبلاء[   ج2  ص287- 296  ط : (الطبعة
                    العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[61].      الدُّكتُور وَهْبَة الزُّحَيْلِيّ  "    ]الفِقْهُ الإسلاميُّ وأدلَّتُهُ[   ج1 ص587  الباب : " حد العورة  " ط :  دار الفكر (الطبعة الثالثة)     
              1409  هـ / 1989 مـ  سورية - دمشق
[62].       الدُّكتُور وَهْبَة الزُّحَيْلِيّ  "    ]الفِقْهُ الإسلاميُّ وأدلَّتُهُ[    ج1 ص585 الباب : " حد العورة  " نفس السابق
[63].     "  شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ] الكبائر [  الباب : نشوز المرأة على زوجها ( 47 )
[64].       مُعَاذَةُ بِنْتُ عَبْدِ اللَّهِ أُمُّ الصَّهْبَاءِ الْعَدَوِيَّةُ، الْعَابِدَةُ الْبَصْرِيَّةُ. [ الوفاة: 81 - 90 ه ـ]
[65].     أخرجه البيهقي رقم الحديث : 8832   ]حديث ضعيف[  ) سنن البيهقي الكبرى(   
[66].     " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ] سير أعلام النبلاء[   ج2 ص135- 201  ط : (الطبعة
                  العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[67].             " أبو بكر عبد الرزاق بن همام الصنعاني " ]  مصنف عبد الرزاق [  رقم الحديث : 8859 ]  حديث ضعيف   [ج5 ص24
                – 25  ط : المكتبة الإسلامي (الطبعة الثانية) 1403 هـ /  1983 مـ بيروت - لبنان
[68]   سورة النور : 31  (24)
[69]   " أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل العسقلاني الشافعي (المتوفى : 852 هـ) "  ] فتح الباري شرح صحيح البخاري [  ج8  
                   ص 627- 628  ط  : دار الكتب العلمية  1410 هـ /  1989 مـ  بيروت - لبنان
[70].         أخرجه الترمذي رقم الحديث : 1173  ] صحيح [
[71].     سورة النور : 31  (24)
[72].     أخرجه البخاري رقم الحديث : 4759   ] صحيح البخاري[
[73].     أخرجه مسلم رقم الحديث : 2128   ]صحيح مسلم [
[74].     أخرجه الترمذي رقم الحديث :  2781   ]حسن صحيح[

Selasa, 2 Ogos 2011

"Himpunan Hadith Tentang puasa"

Firman Allah S.W.T :
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa [ Surah Al-Baqarah : 183 ]
Faedah  Al-Quran :
Melalui ayat inilah ibadah puasa diwajibkan ke atas orang-orang Mukmin dan Allah S.W.T mewajibkannya juga kepada orang-orang sebelum mereka. Oleh sebab itu, hendaklah bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan ini dengan lebih baik daripada orang-orang sebelum mereka. Seperti firman Allah S.W.T :
MaksudNya :
“Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang. sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat
(saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, Maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan[ Surah Al-Ma’idah : 48 ]
Faedah  Al-Quran :
Ketaqwaan dan kebaikan dapat dicapai dengan ikhlas beribadah hanya kepada Allah S.W.T, di antara ibadah-ibadah yang baik ialah puasa. kerana puasa dapat menyucikan diri dan menahan seseorang itu daripada melakukan dosa. Allah S.W.T berfirman, sesiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu [ Surah Al-Baqarah : 158 ] ayat ini menunjukkan bahawa kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan dan membatalkan hukum yang sebelumnya iaitu memilih sama ada berpuasa atau membayar fidyah. Sebelum turunnya ayat mewajibkan puasa orang-orang mukmin dahulunya berpuasa pada hari-hari tertentu sahaja. Seperti mana diriwayatkan,
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَاكَانَ عَاشُورَاءُ يُصَامُ قَبْلَ رَمَضَانَ فَلَمَّا نَزَلَ رَمَضَانُ قَالَ مَنْ شَاءَ صَامَ وَمَنْ شَاءَ أَفْطَرَ،
“Daripada Aisyah RA. Hari Asyura adalah hari dilaksanakan puasa sebelum (diwajibkan puasa) Ramadhan. Ketika (puasa) Ramadhan turun (diwajibkan) maka beliau (rasulullah s.a.w) bersabda : Barang siapa ingin (berpuasa) maka ia boleh puasa dan barang siapa ingin (tidak puasa) maka ia boleh tidak berpuasa” [ Hr Bukhari 4502 ]
Faedah Hadith :
Hadith ini menjelaskan bahawa sebelum difardhukan puasa mereka di kalangan umat Muhammad S.A.W telah berpuasa pada hari Asyura dan selepas turunnya ayat mewajibkan puasa iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan, maka puasa Asyura ditinggalkan. Seperti diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud beliau berkata. As-Asy’ast masuk kepadanya dan dia (Abdullah bin Mas’ud) sedang makan. Maka dia (Al-asy’ast bin Qais) berkata, hari ini ialah hari Asyura. Dia (Abdullah bin Mas’ud) berkata, sebelum diturunkan (diwajibkan puasa) Ramadhan. Pada hari Asyura dilaksanakan puasa. Ketika Ramadhan turun, maka (puasa asyura) ditinggalkan. Untuk itu, marilah makan [ Hr Bukhari 4503 ] justeru, wajiblah umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan, di antara kelebihan bulan Ramadhan ialah seperi diriwayatkan,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ،
“Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Jika bulan Ramadhan tiba. Maka seluruh pintu syurga dibuka dan seluruh pintu neraka ditutup serta syaitan-syaitan dibelengu” [ Hr Muslim 1079 ]
Faedah Hadith :
Di antara hikmah yang Allah S.W.T tetapkan ialah membelengu syaitan yang selalu menggoda hamba-hambanya daripada melakukan kebaikan.  Justeru, Allah membelengu syaitan-syaitan agar hamba-hamba-Nya dapat menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan dengan penuh ketaqwaan kepada-Nya. Jelas membuktikan Allah maha berkuasa setiap sesuatu dan Allah S.W.T membuka seluas-luasnya pintu syurga dan menutup pintu neraka. Seperti hadith lain diriwayatkan,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ،
“Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : apabila tiba awal malam Ramadhan maka syaitan-syaitan dan jin yang derhaka dibelengu. Pintu-pintu neraka ditutup tidak ada satu pintupun yang dibuka. Pintu-pintu syurga dibuka dan tidak ada satupun yang ditutup. Lalu (malaikat) penyeru menyerukan, wahai orang yang menghendaki kebaikan. Datanglah, wahai orang yang menghendaki kejahatan. Berhentilah, Allah juga mempunyai pembebas-pembebas dari neraka. Hal itu (terjadi) pada tiap-tiap malam[ Hr At-Termizi 682 ]
Faedah Hadith :
Bulan ramadhan ialah bulan yang mulia maka pada bulan ramadhan Allah S.W.T membuka pintu-pintu syurga bagi orang yang melakukan kebaikan dan orang tidak melakukan kebaikan dia terdiri daripada orang-orang yang rugi. Hal ini kerana ibadah puasa berbeza dengan ibadah-ibadah yang lain. Seperti diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda. Allah S.W.T berfirman : semua amalan anak adam (manusia) adalah untuk-Nya kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu adalah bagiku dan akulah yang akan memberi ganjaranya. Puasa itu perisai, apabila seseorang berpuasa maka janganlah ia berkata keji dan kasar. Jika ada orang mencaci atau memusuhinya. Hendaklah ia berkata, aku sedang berpuasa, demi jiwa Muhammad yang berada di tangan-Nya sesungguhnya mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wanginya minyak kasturi. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagian iaitu, kebahagian ketika berbuka dan kebahagian ketika berjumpa tuhan-Nya. Dimana ia bahagia dengan (pahala) puasanya  [ Hr Muslim 1151 ] Oleh yang demikian, puasa sangat besar pahalanya. Justeru, orang yang berpuasa bergambiralah dengan kelebihan ibadah tersebut yang tiada pada ibadah-ibadah yang lain, Dalam hadith lain,
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً،
“Daripada Anas RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : sahurlah kalian. Sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan [ Hr Muslim 1095 ]
Faedah Hadith :
Amalan bersahur ialah sunnah Nabi S.A.W dan besar keberkatan yang ada padanya sehingga Nabi S.A.W perintahkan sahabat-sahabat lain agar bersahur dan diriwayatkan daripada Amru bin Al-ash beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda, sesungguhnya yang membezakan antara puasa kita dengan puasanya, Ahli kitab adalah makan Sahur [ Hr Abu Daud 2343 ] Hal ini kerana mereka ahli kitab tidak bersahur. seperti hadith lain diriwayatkan,
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قاَلَ قاَلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلىَ الْمُتَسَحِّرِيْنَ،
“Daripada Ibnu Umar RA ia berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mendoakan orang-orang makan sahur [ Hr Thabrani 287/6 ]
Faedah Hadith :
Makan sahur semuanya berkat. Maka tidak wajar seorang muslim meninggalkan sunnah tersebut dan Nabi S.A.W larang meninggalkan sahur, seperti diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri RA ia berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : makan sahur semuanya berkat maka janganlah kalian meninggalkannya (sahur) walaupun salah seorang di antara kalian meneguk satu teguk air. Maka sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang makan sahur [ Hr Ahmad 11334 ] Seperti hadith lain diriwayatkan,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ،
“Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi S.A.W beliau bersabda : sebaik-baik makan sahur orang mukmin adalah kurma[ Hr Abu Daud 2345 ]
Faedah Hadith :
Di antara amalan yang baik ketika sahur ialah bersahur dengan buah kurma dan melambatkan sahur seperti diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Zaid bin Sabit dia berkata. Kami sahur bersama Rasulullah S.A.W kemudian beliau berdiri untuk melaksanakan solat. Aku bertanya, berapakah jarak antara sahur dan solat? Beliau menjawab. Iaitu kira-kira (lama membaca) 50 puluh ayat, [ Hr Bukhari 1921 ]dalam hadith ini yang menanyakan tentang jarak antara sahur dan solat adalah Anas bin Malik. Beliau bertanya kepada Zaid bin Sabit tentang hal tersebut, lalu Zaid menjawab. Kira-kira lama membaca 50 ayat Al-Quran, [ Fathul Baari Jilid 11 M/S 115 ] pada penelitian saya bahawa bangsa arab dahulunya mengukur sesuatu masa dengan perbuatan-perbuatan tertentu. Diantaranya mereka mengatakan selama memerah susu atau selama sembelih unta dan kata-kata tersebut membuktikan bahawa dikalangan sahabat-sahabat Nabi S.A.W sentiasa beribadah seperti membaca Al-Quran. Maka Zaid bin Sabit menjawab selama membaca 50 ayat Al-Quran. Justeru, dalam hal ini disunatkan melewatkan sahur selagimana seseorang itu merasa yakin waktu malam masih ada. Sekiranya merasa ragu. Maka tinggalkan, pada penelitian saya juga terdapat dalam Fiqh Mazhab Syafie waktu Imsak [ Waktu ini tidak ada dalam Sunnah Nabi S.A.W ] iaitu berhanti makan sebelum matahari terbit beberapa saat [ Al-Mu’tamad Jilid 2 M/S 180 ] Ia dinamakan waktu Imsak agar orang yang bersahur berjaga-jaga agar tidak terjatuh ketika masuk waktu, dalam hadith lain kelebihan bagi orang yang berpuasa ialah. Seperti mana diriwayatkan,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ،
“Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : siapa yang berpuasa pada (bulan) ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala (dari Allah s.w.t) maka diampuni baginya dosa-dosanya yang telah lalu[ Hr Ibnu Majah 1641 ]
Faedah Hadith :
Orang yang berpuasa ikhlas  hanya kepada Allah S.W.T dengan penuh keimanan dan meninggalkan segala dosa dan maksiat. Maka Allah S.W.T akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Seperti hadith lain diriwayatkan,
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُومُ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا بَاعَدَ اللَّهُ بِذَلِكَ الْيَوْمِ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا،
“Daripada Abi Said Al-Khudri RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : Tidaklah seorang hamba yang berpuasa satu hari kerana  Allah. Melainkan dengan puasanya satu hari itu. Allah menjauhkan wajahnya daripada neraka sejauh 70 tahun [ Hr Muslim 1153 ]
Faedah Hadith :
Orang yang berpuasa satu hari kerana menuntut keredhaan-Nya nescaya Allah S.W.T akan jauhkan dia daripada api neraka sejauh 70 tahun. Justeru, kebaikannya sangat besar buat mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T dan orang yang berpuasa mempunyai dua nikmat kegembiraan. iaitu, ketika ia berbuka puasa dan ketika bertemu tuhan-Nya [ Hr At-Termizi 766 ]  Oleh yang demikian itu, janganlah seseorang yang berpuasa dia melakukan dosa. Seperti dalam hadith lain diriwayatkan,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْجَهْلَ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَا حَاجَةَ لِلَّهِ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ،
“Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : barang siapa tidak meninggalkan perkataan kotor. Sifat-sifat kebodohan dan melakukan hal itu. Maka Allah tidak menerima ibadah meninggalkan makan dan minumnya (puasanya)[ Hr Ibnu Majah 1689 ]
Faedah Hadith :
Maksudnya. Allah S.W.T tidak akan peduli ibadah puasa orang yang melakukan dosa seperti mengumpat berkata-kata keji dan perbuatan-perbuatan yang jahil tidak membawa faedah. Seperti dalam hadith lain diriwayatkan,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ،
“Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak dapat apa-apa dari puasanya melainkan rasa lapar dan berapa ramai orang yang solat (tarawih/malam) tidak dapat apa-apa dari solatnya melainkan hanya tidak tidur [ Hr Ibnu Majah 1690 ]
Faedah Hadith :
Hadith ini menunjukkan bahawa puasa orang yang terlibat dengan dosa maksiat seperti mencaci mengumpat dan tidak menahan diri daripada maksiat dan menunjukkan perbuatan yang jahil maka sia-sialah ibadah puasanya. Perumpamaan orang yang puasa dan solat malam tetapi tidak mendapat pahala ibadah tersebut melainkan sia-sia baginya dan kata Abu Ubaidah “ puasa itu adalah perisai. Selagi ia tidak merosakkannya (dengan maksiat) ” [ Hr An-Nasa’i  2235 ] Justeru, ibadah puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum. Tetapi menahan diri daripada segala dosa dan maksiat. inilah yang masyhur di kalangan ahli ilmu. Oleh sebab itu, diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA beliau berkata Rasulullah S.A.W bersabda : Jika salah seorang daripada kalian berpuasa Maka janganlah dia berkata kotor, jangan melakukan sifat-sifat jahil Jika ada seseorang yang bersikap jahil kepadanya. maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa [ Hr Ibnu Majah 1691]   bulan Ramadhan adalah bulan ibadah. Maka yang utama seseorang itu memperbanyakkan sedekah. Seperti mana yang diriwayatkan,
عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ كَانَ يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ،
“Daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah bahawa Abdullah bin Abbas berkata. Rasulullah S.A.W adalah manusia yang paling dermawan dan beliau akan nampak lebih dermawan pada bulan Ramadhan. Ketika Jibril menemuinya, dan jibril menemuinya setiap malam pada bulan ramadhan dan mengajar Al-Quran. Ibnu Abbas berkata, Rasulullah S.A.W ketika ditemui Jibril a.s lebih dermawan dalam hal kebaikan daripada angin yang berhembus[ Hr An-Nasa’I 2097 ]
Faedah Hadith :
Maksudnya. Rasulullah S.A.W lebih banyak dermawannya ketika bulan Ramadhan, ini kerana bulan Ramadhan ialah bulan ibadah maka banyakkanlah bersedekah kerana sedekah itu besar pahalanya. Seperti diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid Al-Juhani beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda : Siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahalanya sama sekali,[ Hr Ibnu Majah 1746 ] Dan tidaklah batal puasa orang yang makan kerana lupa bahawa dia sedang berpuasa. Yang mana diriwayatkan daripada Abi hurairah RA  beliau berkata, ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah S.A.W lalu berkata. “Wahai Rasul, aku telah makan dan minum kerana lupa ketika sedang puasa“ beliau bersabda : (itu bermaksud) Allah telah beri makan dan minum kepadamu, [ Hr Abu Daud 2398 ] maksud hadith ini ialah puasa orang yang makan dan minum kerana lupa tidak batal malahan makan dan minumnya itu adalah rezeki daripada Allah S.W.T. kata Imam As-Syafie, “barang siapa makan atau minum kerana lupa. Maka sempurnakanlah puasanya dan tidak perlu khada’ baginya [ Al-Umm Jilid 3 M/S 243 Darul Wafaa ] kelebihan lain. Seperti mana diriwayatkan,
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْإِفْطَارَ،
“Daripada Sahal bin Sa’d bahawa Nabi S.A.W bersabda : manusia sentiasa berada dalam keadaan baik  selama menyegerakan berbuka puasa [ Hr Ibnu Majah 1967 ]
Faedah Hadith :
Terdiri daripada amalan sunnah orang yang mempercepatkan berbuka apabila telah masuk waktu. Hal ini kerana untuk membezakan puasa orang Yahudi dan Nasrani. Seperti diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi S.A.W beliau bersabda : Agama (islam) sentiasa Berjaya selama orang-orang mempercepatkan berbuka. Kerana orang Yahudi dan Nasrani selalu melambatkan berbuka [ Hr Abu Daud 2353 ] dalam hadith lain diriwayatkan,
حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ،
“Dikhabarkan kepada kami Sabit Al-Bunani bahawasanya beliau telah mendengar Anas bin Malik berkata. Rasulullah pernah berbuka dengan kurma yang segar sebelum beliau melakukan Solat. Jika tidak ada kurma yang segar. Maka beliau memakan kurma kering. Jika tetap tidak ada maka beliau berbuka dengan meminum beberapa teguk air [ Hr Abu Daud 2356 ]
Faedah Hadith :
Menyegerakan berbuka sebelum solat ialah sunnah Nabi S.A.W diantara sunnah Nabi S.A.W ialah memakan kurma sebelum melakukan solat. Ulama berpendapat bahawa pada musim panas Nabi S.A.W berbuka dengan kurma basah dan pada musim sejuk Nabi S.A.W berbuka dengan kurma kering wallahhu’Alam. Justeru, pada penelitian saya bahawa kalimah “ Kerana orang Yahudi dan Nasrani selalu melambatkan berbuka “ ialah tambahan daripada Abi Hurairah RA selain  itu hadith ini menunjukkan bahawa ada kebaikan kepada orang yang menyegerakan berbuka puasa dan ia adalah komitmen untuk mengamalkan sunnah Nabi S.A.W yang mana Nabi S.A.W menyegerakan berbuka lalu menunaikan solat dan mempercepatkan berbuka juga dapat membezakan Sunnah dan Syi’ah. Hal ini kerana sebahagian Syi’ah melambatkan berbuka sehingga muncul bintang. Walaupun hadith ini datang sebelum wujudnya Syi’ah tetapi ia baik untuk mengekalkan Sunnah Nabi S.A.W dengan menyegerakan berbuka Wallahhu’Alam. Seperti dalam hadith lain diriwayatkan,
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ  قَالَ  أَتَيْتُ  رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  فَقُلْتُ  مُرْنِي
بِأَمْرٍ آخُذُهُ عَنْكَ قَالَ عَلَيْكَ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَا مِثْلَ لَهُ،
“Daripada Abi Umamah beliau berkata aku pernah datang bertemu Rasulullah S.A.W lalu aku berkata. Perintahkanlah aku dengan sesuatu perintah dimana aku boleh mengambilnya dari engkau, beliau bersabda : hendaklah engkau berpuasa. Kerana ia tidak ada bandingannya[ Hr An-Nasa’I 2222 ]
Faedah Hadith :
Bulan Ramadhan adalah bulan penghapus dosa dan ibadah puasa berbeza daripada ibadah-ibadah yang lain. Oleh sebab itu, Nabi S.A.W bersabda puasa tidak ada bandingannya dan bagi orang yang berpuasa doanya dimakbulkan. Yang mana diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : ada tiga orang doa mereka tidak tertolak. Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga berbuka dan orang yang dizalimi.[ Hr Ibnu Majah 1752 ]  Justeru, hadith ini membuktikan kelebihan yang Allah S.W.T berikan kepada mereka yang mana doa mereka tidak ditolak oleh-Nya, Dalam hadith lain  diriwayatkan,
عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ،
“Daripada Sahal RA daripada Nabi S.A.W beliau bersabda : sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa masuk melalui pintu itu pada hari kiamat. Tidak seorangpun masuk melalui pintu itu selain mereka. Dikatakan, mana orang-orang yang berpuasa? Maka mereka berdiri. Tidak ada seorangpun yang masuk melalui pintu itu selain mereka (orang yang berpuasa). Apabila mereka telah masuk, maka pintu itu ditutup dan tidak ada seorangpun yang masuk (lagi) melaluinya (Ar-Rayyan) [ Hr Al-Bukhari 1896 ]
Faedah Hadith :
Ar-Rayyan ialah daripada perkataan Ar-Rayy bermaksud melepas diri daripada dahaga ini kerana dahaga lebih berat daripada lapar. Maka Allah S.W.T khususkan Orang yang berpuasa syurga Ar-Rayyan  orang yang masuk syurga tersebut tidak akan merasa dahaga buat selama-lamanya. Seperti diriwayatkn daripada Sahal bin Sa’ad daripada Nabi S.A.W beliau bersabda : di dalam syurga ada satu pintu yang disebut Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa boleh masukinya dan orang yang memasukinya tidak akan merasa haus selama-lamanya, [ Hr At-Termizi 765 ] والله الحمد
Diriwayatkan daripada Marwan bin Salim Al-Muqaffa ia
berkata : Aku melihat Ibnu Umar menggenggam janggutnya lalu memotong janggut yang melebihi (genggaman) telapak tangannya. Ia berkata, Rasulullah S.A.W ketika berbuka pernah bersabda : Rasa haus telah hilang dan kerongkong telah basah pahalapun telah tetap InsyaALLAH, [ Hr Abu Daud 2357 ]
Diriwayatkan daripada Abu Ayyub salah
seorang sahabat Nabi S.A.W daripada Nabi S.A.W
beliau bersabda : Barang siapa puasa pada bulan ramadhan kemudian diikuti dengan (puasa) enam hari pada bulan syawal. Maka seakan-akan ia berpuasa satu tahun penuh,[ Hr Abu Daud 2433 ]
والله تعالى أعلم

Sabtu, 2 Julai 2011

Hadith Palsu...

قال عبدالله بن أحمد : حدثنا عبيدالله بن عمر عن زائدة بن أبي الرقاد، عن زياد النميري عن أنس رضي الله عنه قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل رجب قال:

" اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان... " (رواه الطبراني في الأوسط وأحمد حنبل في مسنده رقم الحديث : 2346، ج3 ص70-71)

Hadith ini PALSU, Hadith ini bermaksalah di sebabkan (زائدة بن أبي الرقاد) Kata Imam Al-Bukhari MUNGKARUL HADITH (tidak halal meriwayatkan) lihat [ At-Tarikh Khabir. Muka surat 358 jilid 3 cetakan ke3 Darul Ktb ilm bairut lubnan ], Begitu juga Imam An-Nasa’I mengatakan Hadith MUNGKAR, Lihat [ Ad-Dhu’afa ], Kata Ibnu Hibban “ Terkenal dengan kemungkaran dan tidak boleh mengambil Khabarnya atau menulis khabarnya kecuali untuk dinilai “ Lihat [ Ikhmal Tazzibbul Khamal ], Begitu juga Imam Abu Daud mengatakan “ Saya tidak tahu khabarnya “ lihat [ Rawa’t Tahzibbyn ], Dan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani (As-Syafie) juga mengatakan HADITH MUNGKAR. Lihat [ Tahzib At-Tahzib ].

Kesimpulan : Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani : Pada Zahirnya Khabar Sanad ini SAH. tetapi yang sebenarnya HADITH ini PALSU, lihat (الكتاب : تبيين العجب بما ورد في شهر رجب للحافظ ابن حجر العسقلاني)


ابن عبد الكريم الجزري، قال: أخبرنا علي بن عبد الله بن جهضم الهمذاني، قال: أخبرنا علي بن محمد بن سعيد البصري، قال: أخبرنا أبي، قال: أخبرنا خلف بن عبد الله الصنعاني، عن حُميد الطَّوِيلُ، عَنْ أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ السلام:

" رَجَبٌ شَهْرُ اللَّهِ، وَشَعْبَانُ شَهْرِي، وَرَمَضَانُ شَهْرُ أُمَّتِي " ثُمَّ ذَكَرَ فَضْلَ لَيْلَةِ صَلَاةِ الرغَائِبِ

Hadith ini PALSU, Hadith ini bermasalah kerana (ابن جهضم) dialah yang mereka Hadith ini dan penipu, Nama penuh beliau ialah Ali bin Abdllah bin Al-hasan bin Jahdam. Ahli sufi zuhud di mekah meninggal pada 414 H, Lihat [ Tarikh Al-Islam “ Imam Az-zahabi “: ص239 تاريخ الإسلام وَوَفيات المشاهير وَالأعلام ]


Kesimpulan : Kata Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Ini adalah Hadith yang direka oleh Ibnu Jahdam. “Seperti hadith di atas ialah PALSU”. Lihat : [Al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if. Fasl 21, No. 168 ]

Ahad, 12 Jun 2011

Berdoalah...

Firman Allah S.W.T

Maksudnya :

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku. agar mereka selalu berada dalam kebenaran, [ Surah Al-Baqarah : 186 ]

Syarahan Ayat :

Allah S.W.T maha mendengar lagi maha melihat. Sepertimana firman-Nya “ dan bahawasanya Allah maha mendengar lagi maha melihat “ [ Surah Al-haj : 61 ] Justeru, Allah S.W.T maha dekat dengan hamba-hambanya walaupun hamba-hambanya tidak melihatnya dan Allah S.W.T sentiasa mengabulkan doa apabila hambanya berdoa kepadanya. Oleh sebab itu, Nabi S.A.W bersabda.

عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكُنَّا إِذَا أَشْرَفْنَا عَلَى وَادٍ هَلَّلْنَا وَكَبَّرْنَا ارْتَفَعَتْ أَصْوَاتُنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا إِنَّهُ مَعَكُمْ إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ تَبَارَكَ اسْمُهُ وَتَعَالَى جَدُّهُ

Daripada Abi Musa Al-Asy’Ari RA dia berkata. Kami bersama Rasulullah S.A.W maka kami melihat lembah dari jauh kami pun membaca Tahlil dan bertakbir, suara-suara kami menjadi tinggi (keras). Nabi S.A.W bersabda : Wahai manusia, sayangilah diri kalian. Sesungguhnya kalian tidak menyeru kepada yang tuli dan tidak ada, sesungguhnya dia bersama kamu. Dia maha mendengar lagi maha dekat, maha suci Nama-Nya dan maha tinggi kedudukkan-Nya, [ Hr Bukhari 2991 Sahih ]

Syarahan Hadith :

Maksud sayangilah diri kalian ialah bersikap lemah dan lembut. Kerana Allah S.W.T menyukai kelembutan. Yang mana diriwayatkan Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi S.A.W beliau bersabda :Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Lembut (dan) menyukai kelembutan dan Allah S.W.T memberi apa yang tidak ia berikan kepada kekerasan. [Hr Ibnu Majah 3687 Sahih ]Justeru, Nabi S.A.W menegur sahabat-sahabat beliau agar tidak keraskan suara ketika berseru kepada Allah S.W.T, dalam hadith lain,

عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزَاةٍ فَلَمَّا قَفَلْنَا أَشْرَفْنَا عَلَى الْمَدِينَةِ فَكَبَّرَ النَّاسُ تَكْبِيرَةً وَرَفَعُوا بِهَا أَصْوَاتَهُمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَصَمَّ وَلَا غَائِبٍ هُوَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ رُءُوسِ رِحَالِكُمْ ثُمَّ قَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ أَلَا أُعَلِّمُكَ كَنْزًا مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ،

Daripada Abi Musa Al-Asy’Ari RA ia berkata. Kami pernah bersama Rasulullah S.A.W dalam sebuah peperangan. Ketika kami telah mendaki, maka kami dapat melihat madinah. Orang-orang kemudian bertakbir dengan takbir yang sebenarnya mereka mengeraskan suara mereka (ketika) bertakbir (tersebut), Rasulullah S.A.W kemudian bersabda : Sesungguhnya tuhan kalian bukanlah tuhan yang tuli dan bukan pula tuhan yang tidak ada. Dia ada di antara kalian dan di antara kepala (haiwan) kenderaan kalian, kemudian beliau bersabda : Wahai Abdullah bin Qais, mahukah engkau aku beritahu sebuah harta simpanan di antara harta simpanan Syurga? Iaitu tiada daya dan kekuatan melainkan Allah. [ Hr At-Termizi 3374 Sahih ]

Syarahan Hadith :

Dalam penelitian saya. Hadith yang serupa juga ada dalam Musnad Imam Ahmad dan Ibnu Majah, kesemua hadith yang senada adalah Sahih walaupun dalam Sahih Bukhari lafaznya sedikit berbeza. Tetapi maksudnya sama dan Muslim berbeza sedikit daripada riwayat Ahmad. oleh yang sedemikian Doa adalah ibadat yang sangat diberi perhatian oleh Allah S.W.T, dan doa juga ibadah yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T sepertimana diriwayatkan,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنْ الدُّعَاءِ،

Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi S.A.W beliau bersabda : tidak ada sesuatu yang lebih mulia menurut Allah Ta’ala daripada doa, [ Hr At-Termizi 3370 Hasan ]

Syarahan hadith :

Doa ialah ibadat yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T seperti hadith di atas, begitu juga hadith yang lain. diriwayatkan daripada An-Nu’man bin Basyir daripada Nabi S.A.W beliau bersabda, Doa adalah ibadat. Kemudian beliau membaca’ dan tuhanmu berfirman : Mintalah kepadaku. Nescaya aku akan kabulkan permintaanmu, sesungguhnya orang-orang yang sombong enggan menyembahku. Mereka akan masuk neraka dalam keadaan hina dina. [ Hr At-Termizi 3372 Sahih ] Justeru, yang berhak kita sembah dan minta pertolongan hanyalah kepada Allah S.W.T. yangmana firman Allah S.A.W,

Maksudnya :

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. [ Surah Al-Fatihah : 5 ]

Syarahan Ayat :

Jelas ayat ini. bahawa yang berhak di sembah hanyalah kepada Allah S.W.T, seperti mana Firman-Nya. (Dia-lah) Tuhan masyrik (timur) dan maghrib (barat), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Maka ambillah dia sebagai Pelindung. [ Surah Al-Muzammil : 9 ]Pada hadith lain diriwayatkan,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ فَلَا أَوْ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي،

Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Doa salah seorang di antara kalian akan sentiasa dimakbulkan selagimana ia tidak terburu-buru. Iaitu mengatakan, Aku sudah berdoa namun tidak juga dikabulkan bagiku, [ Hr Muslim 2735 Sahih ]

Syarahan Hadith :

Setiap doa seorang hamba-Nya, pasti akan dikabulkan selagimana ia berusaha untuk berdoa dengan tidak memutuskan Silaturahim atau melakukan dosa. Nescaya Allah S.W.T akan kabulkan doa tersebut. Yangmana diriwayatkan daripada Abu Sa’id bahawa Nabi S.A.W bersabda, tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah Hu’Azza Wajalla dengan doa yang tidak mengandungi dosa atau memutusakan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya satu di antara tiga perkara : (pertama) Allah boleh menyegerakan (doa tersebut) baginya di dunia. Atau (kedua) Allah S.W.T menyimpan baginya sebagai pahala di akhirat. Atau (ketiga) Allah menahan keburukan dari dirinya yang semisal dengan apa yang ia minta. Mereka mengatakan, kalau begitu kami akan banyakan berdoa. Beliau bersabda, Allah lebih banyak lagi (pemberian-Nya). [ Hr Ahmad 11057 Sahih ] dalam hadith lain yangmana diriwayatkan,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قاَلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْه وَسَلَّم مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَنْصِبُ وَجْهَهُ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِي مَسْأَلَةٍ إِلَّا أَعْطَاهَا إِيَّاهُ إِمَّا أَنْ يُعَجَِّلَهَا لَهُ وَإِمَّا أَنْ يَدْخِرَهَا لَهُ،

Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Tidaklah seorang Muslim mengangkat wajahnya kerana Allah Hu’Azza Wajalla ketika (doa) melainkan Allah akan memberikan kepadanya. Baik Allah segerakan pemberian tersebut atau menangguhnya (baginya di akhirat), [ Hr Ahmaf 9747 Sahih Lighair ]

Syarahan Hadith :

Allah S.W.T maha mendengar lagi maha melihat. Maka Allah tidak akan sia-siakan doa hambanya yang berusaha hanya kepada yang maha isa, ini kerana ibadat doa sangat diberi perhatian oleh Allah S.W.T. diriwayatkan daripada Salman RA ia berakata Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah maha pemalu dan mulia. dia merasa malu apabila seorang mengangkat kedua tangan kepada-Nya lalu ia mengambalikannya dalam keadaan hampa dan tanpa harapan, [ Hr Abu Daud 1488 Sahih ] Malu yang dimaksudkan disini bukanlah jiwa yang mengerut. Kerana Allah S.W.T maha suci dari sifat tersebut. Tetapi maksudnya ialah bahawa Allah tidak mengazabnya. Ini merupakan kinayah dikabulkan doa dan Allah S.W.T membari tanpa ada permintaan. dalam hadith lain yangmana diriwayatkan,

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَزَلَتْ بِهِ فَاقَةٌ فَأَنْزَلَهَا بِالنَّاسِ لَمْ تُسَدَّ فَاقَتُهُ وَمَنْ نَزَلَتْ بِهِ فَاقَةٌ فَأَنْزَلَهَا بِاللَّهِ فَيُوشِكُ اللَّهُ لَهُ بِرِزْقٍ عَاجِلٍ أَوْ آجِلٍ،

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : barangsiapa mengalami kemiskinan lalu ia mengadukannya kepada manusia maka kemiskinannya tersebut tidak akan dapat diperbaiki dan barang siapa yang mengalami kemiskinan kemudian ia mengadukannya kepada Allah. Maka Allah akan berikan rezeki kepadanya dengan segera atau ditangguhkan, [ Hr At-Termizi 2326 Sahih ]

Syarahan Hadith :

Allah S.W.T maha kaya lagi maha mengasihani. Maka kepada Allah seorang hamba berdoa, orang yang mengadu kesusahan dan memohon kepada-Nya nescaya Allah akan memudahkan baginya di dunia dan melepaskan pemohon daripada kemiskinan dan kesusahan di dunia. Allah berhak menanguhnya untuk dikabulkan di akhirat. Justeru, rugilah orang yang tidak berdoa kepada-Nya dan orang yang mengadukan kesusahannya kepada selain dari Allah S.W.T maka ia akan terus dalam keadaan susah dan sempit. Melainkan kepada Allah ia berdoa. Dalam hadith lain yangmana diriwayatkan,

عَنْ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الْحُوتِ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ،

Daripada Sa’ad beliau berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : Doa Dzun Nun ketika ia berada dalam perut ikan Paus ialah. Tidak ada tuhan kecuali engkau (Allah S.W.T) maha suci engkau, sesungguhnya aku adalah sebahagian daripada orang-orang zalim. Sesungguhnya tidak ada seorang Muslim yang berdoa dengan doa itu sama sekali, melainkan Allah akan mengabulkan untuknya, [ Hr At-Termizi 3505 Sahih ]

Syarahan Hadith :

Hadith ini bukan khusus untuk Nabi Yunus A.S tetapi untuk kesemua orang mukmin. Pada penelitian saya, bahawa Nabi Yunus A.S sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T setiap waktu samaada beliau dalam keadaan senang mahupun susah. Ketika Nabi Yunus A.S di telan oleh ikan Paus, maka beliau berdoa kepada Allah seperti doa hadith di atas. Maka keberkatan yangmana beliau sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T ketika senang mahupun susah. Allah S.W.T mengabulkan doa Yunus A.S yang sentiasa mengingati-Nya dan Allah S.W.T berfirman : Maka kami Telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari pada kedukaan. dan Demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman, [ Surah Al-Ambiya : 88 ] Dalam Hadith lain yangmana diriwayatkan,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكَرْبِ فَلْيُكْثِرْ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ،

Daripada Abi Hurairah RA ia berkata. Rasulullah S.A.W bersabda : barang siapa ingin dikabulkan doanya oleh Allah ketika dalam kesulitan dan kesusahan. Maka hendaklah ia banyakkan berdoa pada waktu lapang, [ Hr At-Termizi 3383 Hasan ]

Syarahan Hadith :

Doa ketika dalam keadaan lapang ialah doa yang baik dan akan dikabulkan oleh Allah S.W.T. Ini kerana amalan yang paling Allah S.W.T suka ialah amalan yang berterusan. Samaada ia dalam keadaan lapang mahupun dalam keadaan kesusahan ia sentiasa mengingati Allah S.W.T maka Allah akan kabulkan doa tersebut. Wallah hu’alam,

“ Doa & Hikmah “

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ،

Daripada Abi Hurairah RA ia berkata Rasulullah S.A.W bersabda : Tiga doa yang Mustajab tanpa ada keraguan “ Doa orang yang teraniaya (dizalimi). doa orang yang Musafir. Dan doa kedua ibu bapa untuk anaknya ”, [ Hr At-Termizi 1905 Hasan ]

Syarahan Hadith :

Tiga golongan yang Allah S.W.T beri perhatian dan mengabulkan doa mereka ialah orang yang dizalimi. Orang yang musfir dan doa kedua ibu bapa untuk anaknya. Justeru, perbanyakanlah berdoa ketika sujud. Yangmana diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : waktu yang paling dekat seorang hamba dengan tuhannya ialah ketika ia bersujud. Maka perbanyaklah berdoa (ketika sujud) , [ Hr Muslim 482 Sahih ]begitu juga pada hadith lain diriwayatkn daripada Abu Umamah RA ia berkata. Dikatakan, wahai Rasulullah S.A.W doa yang manakah lebih didengar? Beliau menjawab. Doa pada bahagian tengah malam terakhir dan selepas solat-solat wajib, [ Hr At-Termizi 3499 Hasan ]diriwayatkan juga daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya. [ Hr Bukhari 6321 Sahih ] oleh sebab itu. Beruntunglah orang yang mahu berdoa kepada Allah S.W.T kerana setiap doa, Allah pasti akan kabulkan. InsyaALLAH, Wallahhu A’lam,