Ahad, 11 Julai 2010

Akhlak Menurut Perspektif Al-Quran & As-Sunnah

Firman Allah SWT : Dan Engkaulah (Muhammad SAW) yang mempunyai Akhlak yang mulia, [سورة القلم الآية : 4 ] Keterangan Ayat : Allah SWT menganugerahkan Akhlak yang paling mulia dari kalangan makhluknya adalah Nabi Muhammad SAW, yang mana dalam ayat tersebut membuktikan bahawa Nabi SAW ialah orang yang paling mulia Akhlaknya, Sabda Rasulullah SAW : [إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مِنْ صَالِحَ الْأَخْلاَقِ, [أخرجه المالك في الموطأ ( 1615 ) إسناده صحيح،
Sesungguhnya Aku Diutuskan oleh Allah SWT tidak lain adalah untuk menyempurnakan Akhlak yang soleh, Keterangan Hadis : Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk menyempurnakan Akhlak yang soleh. Ini kerana Nabi-nabi yang terdahulu diutuskan untuk kaum-kaum mereka dan mengajarkan kepada mereka tentang Islam. Maka sebagai penamatnya. Allah SWT mengutuskan Rasul yang terakhir iaitu Muhammad SAW untuk menyempurnakan segala perintahNya. Sebahagian darinya adalah untuk menyempurnakan Akhlak yang soleh dan mulia. Firman Allah SWT : Adalah Bagi kamu wahai hambaku. Pada diri Muhammad SAW adalah ikutan contoh yang baik, [سورة الأحزاب، الآية : 21,] Keterangan Ayat : Diriwayatkan ada seorang sahabat datang menemui Ummul Mukminin Aisyah RA. dan bertanya kepada Aisyah, wahai Aisyah! Khabarkan padaku tentang Akhlak Rasulullah SAW. Lalu jawab Aisyah. Akhlak Rasulullah SAW adalah Al-Quran. yang mana baginda redha kerana Al-Quran dan baginda murka kerana Al-Quran murka. Dalam hadis ini menerangkan bahawa Akhlak Nabi itu adalah Al-Quran dan Nabi menegaskan sekiranya Al-Quran murka. Maka Nabi juga akan murka. Sebab itu Nabi SAW bersabda : كَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ يُحَدِّثُ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسَوْلَ اللهِ صَلّىَ اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم يَقُوْلُ : [مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ. وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَافْعَلُوْا مِنْهُ مَااسْتَطَعْتُمْ [ أخرجه المسلم ( 6113 ) حديث صحيح
Abu Hurairah menceritakan bahawasanya beliau mendengar Rasulullah SAW berkata : Apabila aku melarang kamu daripada sesuatu perkara. Maka segeralah jauhkan diri daripada perkara tersebut. Dan apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu. Maka lakukanlah dengan kemampuanmu. Keterangan Hadis : Dalam hadis ini Rasululah SAW menerangkan bahawa Islam itu bukan agama yang susah. Islam adalah agama yang tidak membebankan. Malahan Islam amat sederhana dalam semua perkara. Segala perintah Allah SWT tidak membebankan hambanya. Maka laksanakanlah dengan mengikut kemampuan. Ini kerana, manusia di jadikan dalam keadaan yang lemah. Dalam Hadis lain: Daripada Aisyah RA. beliau berkata. Sabda Rasulullah SAW: يأَيُّهَاالنَّاسُ عَلَيْكُمْ مِنَ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيْقُوْنَ فإِنَّ اللهَ لَا يَمَلَّ حَتَّى تَمَلُّوا,وَإِنَّ [أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللهِ مَادُوِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّ,[أخرجه المسلم ( 1827 ) حديث صحيح
Wahai manusia. Lakukanlah mengikut kemampuanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu menerima segala amalanmu. sehingga kamu sendiri merasa jemu. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan walaupun amalan tersebut sedikit. Keterangan Hadis : Allah SWT tidak membebankan hambanya dengan apa yang tidak mampu dilakukan oleh mereka malahan segala amalan yang di perintahkanya adalah mudah. Allah SWT juga tidak pernah jemu menerima segala amalan dari hambanya termasuklah taubat hambanya, sehingga hambanya sendiri yang merasa jemu. Namun begitu amalan yang paling di sukai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun amalan tersebut sedikit. Hal-hal ini membuktikan bahawa agama yang paling sempurna dan agama yang diredhai Allah SWT adalah Islam. Firman Allah SWT : Maksudnya : Pada hari ini telah di sempurnakan Agama kamu dan telah disempurnakan bagi kamu nikmat dari Allah SWT, dan Agama yang diredhai Allah SWT adalah Islam . [سورة المائدة، الآية : 3] Keterangan Ayat : Allah SWT mengutuskan Rasulnya untuk menyempurnakan Agamanya dengan menyampaikan segala perintahNya seperti Tauhid kepada Allah SWT dengan tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu dan memberi huraian tentang Syariah Islamiah serta menyempurnakan Akhlak yang soleh. Hal ini membuktikan bahawa agama Islam sudah lengkap lagi sempurna dan islamlah agama yang diterima di sisi Allah SWT, Nabi SAW tidak pernah melakukan perbuatan yang keji mahupun amalan yang tidak disukai. Yang mana diriwayatkan : عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : لَمْ يَكُنِ النّبيُّ صَلىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ فَاحِشًا، وَلَا مُتَفَحِّشًا، وَكَانَ يَقُوْلُ : إِنَّ مِنْ خِيَارُكُمْ أَحْسَنَكُمْ [أَخْلَاقًا[ أخرجه البخاري ( 3559 ) حديث صحيح
Daripada Abdullah Bin Omar Bin Al-Asy RA Telah Berkata : Nabi SAW Tidak pernah melakukan perkara yang keji atau amalan yang buruk, Dan Nabi tidak pernah memburukan orang lain. Dan Nabi bersabda : Sesungguhnya orang yang paling baik dikalangan kamu semua adalah orang yang paling baik Akhlaknya, Keterangan Hadis : Allah SWT sentiasa memelihara Nabi dari segala kekejian mahupun keburukan. Disebabkan itu, nabi tidak pernah melakukan perkara yang keji. Nabi SAW bersabda pada umatnya bahawa orang yang paling baik di kalangan umatnya adalah orang yang paling baik akhlaknya, Dalam Hadis lain :
عَنْ أَبِي إِسَحَاق قَالَ : سَمِعْتُ البَرَاءَ يَقُوْلُ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ أَحْسَنَ النَّاسِ وَجْهًا، وَأَحْسَنَهُ خُلُقًا, [أخرجه البخاري ( 3549 ) حديث صحيح]
Daripada Abi Ishak beliau berkata : aku mendengar Al-baraa RA berkata : Adalah wajah Rasullah SAW itu paling cantik di kalangan manusia. Dan Rasulullah SAW orang yang paling baik Akhlaknya dikalangan mereka, Keterangan Hadis : Dalam Hadis ini membuktikan bahawa Nabi SAW adalah orang yang sangat baik di kalangan manusia. Dan Nabi SAW jugalah adalah orang yang paling baik akhlaknya dikalangan manusia. Nabi SAW mempunyai Akhlak yang baik dan mulia kerana ianya anugerah daripada Allah SWT kepada Baginda dan Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT dengan Doanya : عِنِ ابْنَ مَسْعُوْدِ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ كاَنَ يَقُوْلَ : الَلّهُمَّ أَحَسَنْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِى, [أخرجه ابن حبان ( 955 ) حديث صحيح، قال شعيب الأرنؤوط : حديث صحيح بشاهده] Daripada Ibnu Masud RA bahawasanya Rasulullah SAW berdoa : Ya Allah engkau telah jadikanku dengan sebaik-baik ciptaan. Maka percantikanlah Akhlaku, Keterangan Hadis : Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa dipelihara akhlaknya daripada segala keburukan. Baginda amat malu apabila melihat kemungkaran dan keburukan yang dilarang oleh Allah SWT. Yang mana diriwayatkan : [مِنْ حَدِيْث ابْن عَبَاس " لِكُلِّ دِيْنٍ خُلُقٌ، وَخُلُقُ الْإِسْلَامِ الْحَيَاءُ", [أخرجه المالك في الموطأ ( 1616 ) مرسل عند مالك،
Daripada Hadis Ibnu Abbas “ Sesungguhnya Setiap Agama itu ada Akhlaknya. Dan sesungguhnya Akhlak bagi Agama Islam adalah sifat malu. Keterangan Hadis : Setiap agama ada akhlakanya. Islam akhlaknya adalah malu. Kerana malu itu akan mendatangkan kebaikan. Sabda Rasulullah SAW : عَنْ أَبِيْ السَّوَّارِ العَدَوِيّ قَالَ: سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ قَالَ : قَالَ النَّبيّ صَلّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الْحَيَاءُ لَا يَأْتِيْ إِلاَّ بِخَيْر,[ أخرجه البخاري ( 6117 ) حديث صحيح]
Daripada Abi Sauwar Al-Adawi beliau berkata : aku mendengar Imran Bin Husain beliau berkata : Sabda Rasulullah SAW : Malu itu tidak akan datang melainkan kebaikan . Keterangan Hadis : Dalam hadis ini Nabi SAW mengajar kepada umatnya tentang akhlak Islam. Ini kerana sifat malu itu mendatangkan kebaikan. Dalam masa yang sama malu itu sebahagian daripada iman, Sabda Rasulullah SAW : عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيْهِ أَنَّهُ قَالَ : سَمِعَ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم قَالَ: "الْحَيَاءُ مِنَ الْإِيْمَانِ" [أخرجه المسلم ( 154 ) حديث صحيح ]
Daripada Zuhri Daripada Salim Daripada ayahandanya Bahawasanya dia telah berkata. Dia telah mendengar Nabi SAW bersabda : Malu itu sebahagian daripada Iman, Keterangan Hadis : Hadis ini menerangkan bahawa sifat malu adalah sebahagian daripada Iman. Hal Ini membuktikan bahawa Islam itu amat mementingkan sifat malu seperti Hadis sebelum ini. Nabi SAW menyebut akhlak Islam itu adalah malu dan Nabi SAW apabila melihat kemungkaran, baginda akan menjadi manusia yang paling malu seperti yang diriwayatkan : عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الخُدْرِيّ قاَلَ : كَانَ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ أَشَدَّ حَيَاءً مِنَ الْعَذْرَاء فِيْ خِدْرِهَا، فَإِذَا رَأَى شَيْئًا يَكْرَهُهُ عَرَفْنَاهُ فِيْ وَجهِهِ ,[ أخرجه البخاري ( 6102 ) حديث صحيح] Daripada Abi said Al-Khudri telah berkata : Adalah Rasulullah SAW itu orangnya sangat pemalu dan malu Nabi SAW lebih daripada seorang gadis yang pemalu. Apabila beliau ( Nabi SAW ) melihat sesuatu kemungkaran. kami sahabat-sahabatnya tahu perubahan reaksi pada wajah beliau. ( Iaitu beliau malu dengan kemungkaran tersebut ), Keterangan Hadis : Hadis-hadis ini menerangkan sifat Nabi SAW Iaitu beliau sangat malu kepada Allah SWT apabila melihat kemungkaran dan larangan Allah SWT dilanggar dan tidak dipatuhi. Hal ini membuktikan kekuatan iman Nabi terhadap semua perintah yang maha Agung. Nabi sangat teliti melakukan sesuatu perkara, agar setiap perbuatan Nabi SAW itu tidak dilihat sebagai sesuatu amalan yang buruk. Nabi SAW sentiasa dipelihara oleh Allah SWT sesuai sebagai seorang utusanya, Seperti yang diriwayatkan : عَنْ أَنَسٍ مَرْفُوْعًا : مَا كَانَ الْفحْشُ فِيْ شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ، وَمَاكَانَ الْحَيَاءُ فِيْ شَيْءٍ إِلاَّ زَانَهُ ، [أخرجه الترمذي ( 1974 ) حديث حسن غريب لا نعرف إلا من حديث عبد الرّزّاق, قال الشيخ الألباني : صحيح ]
Daripada Anas RA Marfuk : Tidaklah Rasulullah SAW itu berkelakuan buruk pada sesuatu perkara. Melainkan Nabi SAW itu baik kelakuanya, Dan tidaklah datang malu itu Pada sesuatu. Melainkan keburukanya ( Zina , Maksiat ). Keterangan Hadis : Nabi SAW adalah utusan Allah SWT yang terakhir. dan baginda adalah ketua segala pemimpin dalam Islam. Oleh itu, Nabi SAW dikurniakan kemuliaan Akhlak yang begitu tinggi. dan Nabi SAW- sendiri mempunyai sifat malu apabila melihat sesuatu kemungkaran. Ini membuktikan nabi SAW mempunyai iman yang begitu kukuh terhadap Allah SWT, dalam masa yang sama nabi SAW juga dikurniakan Adab dan Akhlak yang begitu mulia di sisi Allah SWT mahupun dikalangan Sahabat-sahabat baginda. Nabi SAW tidak pernah melakukan sesuatu perkara yang buruk. malahan tidak pernah memburukkan orang lain. Ini kerana akhlak nabi SAW sangat baik dan terpelihara. Oleh yang demikian. Akhlak yang baik dan adab yang tinggi adalah sifat malu. Seperti mana yang disebut oleh Abi Abdillah di dalam kitabnya: رَأْسٌ مَكَارِمُ الْأَخْلَاق الْحَيَاء , [الإمام الفقيه المحدّث أبي عبد الله محمد بن مفلح المقدسيّ، الآداب الشّرعية، ج 2، باب مدح الحياء وكونه خلق الإسلام، ص 220، ط2 ( مؤسسة الرّسالة-بيروت),]
Setinggi-tinggi kemuliaan Akhlak adalah malu. Orang yang mempunyai akhlak yang mulia nescaya akan memiliki sifat malu pada dirinya. Ini kerana sebahagian daripada Iman adalah sifat malu. Kesempurnaan Iman itu adalah orang yang paling baik akhlaknya. Akhlak yang mulia dan malu itu mempunyai hubungan diantara satu sama lain, seperti yang diriwayatkan : عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَة قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ : مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِيْن إِيْمَانًا أَحْسَنَهُمْ خُلُقًا، [أخرجه أبو داود ( 4682 ) هذا الحديث صحيح على شرطه, قال الشيخ الألباني : حسن صحيح] Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Sempurna Iman orang-orang mukmin itu adalah mereka yang paling baik Akhlaknya, Keterangan hadis : Akhlak yang mulia dan sifat mahmudah itu sangat dituntut oleh Islam. Ini kerana sempurna Iman itu adalah orang yang paling baik akhlaknya. Orang yang baik akhlaknya, mempunyai banyak kelebihan. Di antaranya Nabi SAW bersabda : عَنْ عَائِشَة رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ يَقُوْلُ: إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَيُدْرِكُ بِحُسْنِ الْخُلُقِهِ دَرْجَةَ الصَّائِمِ وَالْقَائِمِ,][أخرجه أبي داود ( 4798 ) حديث صحيح على شرطه، قال الشيخ الألباني : صحيح ]
Daripada Aisyah RA telah berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya orang mukmin yang baik Akhlaknya. Dia memperolehi pahala sama dengan pahala puasa dan pahala mendirikan solat ، Keterangan Hadis : Hadis ini menerangkan kelebihan bagi orang yang mempunyai Akhlak yang baik. Dan Akhlak yang baik akan memperolehi pahala sama dengan orang yang mendirikan solat pada malam hari dan pahala berpuasa pada siang hari, kelebihan orang yang mempunyai Akhlak yang baik begitu banyak sama sekali. Dalam Hadis lain : عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ : مَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ بُنِيَ لَهُ فيْ أَعْلَاهَا , [أخرجه الترمذي ( 1993 ) حديث حسن، و في اعلاها بمعنى جنّة الأعلى. قال الشيخ الألباني : ضعيف بهذا اللفظ]
Daripada Anas bin Malik beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang mencantikan Akhlaknya. Maka disediakan baginya Syurga yang paling tinggi. Keterangan Hadis : Hadis ini menceritakan kelebihan mereka yang memiliki akhlak yang mulia. Bagi orang yang berusaha untuk mencantikkan akhlaknya, maka baginya Syurga yang paling tinggi. Hal ini adalah kelebihan yang Allah SWT berikan kepada orang yang menghiasi akhlaknya. Maka orang tersebut baginya Syurga yang paling tinggi. Dalam hadis lain lagi, Nabi SAW bersabda: عَنْ جَابِرٌ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قَالَ : إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنيِّ مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا، [أخرجه الترمذي ( 2018 ) حديث حسن غريب من هذا الوجه, قال الشيخ الألباني : صحيح]
Daripada Jabir RA : bahawa Rasulullah SAW Bersabda : Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dikalangan kamu pada diriku. Dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku pada hari Kiamat. adalah orang yang paling baik Akhlaknya dikalangan kamu. Keterangan Hadis : Hadis ini menceritakan bahawa orang yang berada dekat dengan Nabi SAW pada hari Kiamat dan orang yang paling Nabi SAW kasihi adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Kelebihan orang yang mempunyai Akhlak yang baik, begitu tinggi di sisi Baginda SAW. Oleh hal itu Nabi SAW bersabda : عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قَالَ : مَامِنْ شَيْءٍ أَثْقَلُ فِي مِيْزَانِ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ خُلُقِ حَسَنِ، فَإِنَّ اللهَ تَعاَلىَ لَيُبْغِضُ اْلفَاحِشَ الْبَذِيءَ, [ أخرجه الترمذي ( 2002 ) حديث حسن صحيح, قال الشيخ الألباني : صحيح]
Daripada Abi Dar’da Bahawa Nabi SAW Bersabda : Tidak ada sesuatu yang paling berat dalam timbangan pada Hari kiamat melainkan orang yang mempunyai Akhlak yang baik. Maka sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang keji dan berkata-kata keji, Keterangan Hadis : Hadis ini menceritakan bahawa pada hari kiamat nanti tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan, melainkan orang yang mempunyai akhlak yang baik. Oleh itu dalam hadis lain Nabi SAW bersabda : عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ عَنْ أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ، قَالَ : تَقْوَى الله وَحُسْنُ الْخُلُقِ، وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَر مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ، قَالَ : الْفَمُ وَالْفَرْجِ، [أخرجه الترمذي ( 2004 ) حديث صحيح غريب، قال الشيخ الألباني : حسن الإسناد] Daripada Abi Hurairah RA telah berkata : Di tanya pada Rasulullah SAW tentang mengapa ramai manusia yang masuk Syurga. Nabi menjawab : Bertaqwa kepada Allah SWT dan orang yang baik Akhlaknya, Dan ditanya juga tentang mengapa ramai manusia yang masuk neraka. Nabi menjawab : Mulut. Dan kemaluan. Keterangan Hadis : Abi Hurairah RA. menceritakan bahawa pernah ditanya pada Nabi SAW tentang mengapa dikalangan manusia itu banyak dimasukkan ke Syurga. dan mengapa ramai dikalangan manusia dimasuk ke neraka. Dalam persoalan ini, Nabi SAW menjawab. bahawa ramai di kalangan manusia itu masuk ke Syurga kerana Taqwa dan Akhlaknya yang baik, manakala ramai yang masuk Neraka disebabkan oleh mulutnya, yang berkata keji seperti mengumpat dan sebagainya. Serta disebabkan tidak memelihara maruahnya seperti berzina. Islam melarang semua itu untuk memelihara maruah nasab dan agamanya bagi orang yang mempunyai akal fikiran, Sabda Nabi SAW : عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قَالَ : كَرَمَ اْلمُؤْمِن دِيْنُهُ، وَمَرُوْءَتُهُ عَقْلَهُ، وَحَسْبَهُ خُلُقَهُ ،
[أخرجه الحاكم في مستدرك ( 2/163 ) ص 177 ج 2، رقم الحديث : 2691/20 هذا حديث صحيح على شرط مسلم و لم يخرجاه تعليق الذهبي قي التلخيص : الزنجي ضعيف] Daripada Abi hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Kemulian seseorang mukmin itu adalah Agamanya, dan maruahnya itu akalnya, dan nasabnya adalah Akhlaknya Keterangan Hadis : Hadis ini menceritakan tentang seorang mukmin yang mulia di sisi Allah SWT, Kemulian bagi mukmin itu adalah kerana Agamanya. Seseorang itu perlu memelihara agamanya, dan bertanggungjawab untuk memelihara maruahnya dan menjaga akalnya. Dan nasab keturunan bagi seorang mukmin itu adalah Akhlak. Oleh itu memelihara Akhlak sangat dituntut dalam Islam. Hal Ini kerana islam menuntut agar setiap hambanya sentiasa memelihara dan memuliakan akhlaknya. Orang yang tidak memelihara Akhlaknya, adalah umpama orang yang memburukkan agamanya. Orang yang memburukkan atau menampilkan akhlak yang tidak baik adalah bukan daripada kalangan orang Islam. Sabda Nabi SAW : عَنْ جَابِر بْنَ سَمْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كَنْتُ فِي مَجْلِس فِيْهِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ، وَسَمْرَة، وَأَبُوْ أُمَامَة، فَقَالَ : إِنَّ الْفَحْشَ وَالتَّفَاحُشَ لَيْسَا مِنَ اْلإِسْلَامِ فِي شَيْءٍ، وَإِنَّ خَيْرَ النَّاسِ إِسْلَاماً أَحْسَنُهُمْ خُلُقاً ، [أخرجه أحمد حنبل في مسنده رقم الحديث : 20997 ( 5/99 ) إسناد أحمد جيد، ورواته ثقات، قال بن أبي شيبة في حديثه زكريا بن أبي يحيى عن عمران بن رياح تعليق شعيب الأرنؤوط : صحيح لغيره وهذا إسناد محتمل للتحسين ]
Daripada Jabir bin Samrah RA telah berkata : Aku pernah duduk bersama Nabi SAW dan Samrah dan Abu Umamah. Maka Sabda Rasulullah SAW : sesungguhnya keburukan dan kekejian itu bukan daripada Islam. Dan Sesungguhnya manusia yang paling baik adalah Islam dan yang paling baik dikalangan mereka adalah Akhlaknya. Keterangan Hadis : Islam merupakan Agama yang sangat mengambil berat tentang memelihara akhlak. Ini kerana Islam adalah Agama yang cantik dan Agama yang diterima oleh Allah SWT, orang yang memburukkan akhlaknya bukan dari kalangan orang Islam. Oleh itu Islam melarang menyerupai selain daripada Islam, seperti mana islam melarang daripada menyerupai orang Yahudi dan Nasrani. Firman Allah SWT: Maksudnya : Dan barang siapa yang mencari-cari selain daripada agama Islam. Maka tidak akan diterima oleh Allah SWT. Dan pada hari kiamat kelak mereka berada dalam keadaan yang rugi, [سورة الآل عمران، الآية : 85] Keterangan Ayat : Dalam ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa orang yang mencari selain daripada agama Islam. Maka ia tidak akan diterima oleh Allah SWT, kerana yang diredhai oleh Allah SWT adalah Islam. Pada masa yang sama Islam sudah lengkap dan sempurna, Barang siapa yang mencari selain daripada Islam, maka pada hari Akhirat mereka akan berada dalam keadaan yang sangat rugi. Ini kerana agama yang dicari selain daripada Islam itu tidak akan diterima oleh Allah SWT, Sabda Rasulullah SAW : حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ : حَدّثَنَا ابْنُ لَهِيْعَةَ عن عَمْرو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيْهِ، عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قاَلَ : لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهُ بِغَيْرِنَا لاَ تَشَبَّهُوا بِاْليَهُودِ وَلَا بِالنَّصَارَى ، أخرجه الترمذي ( 2695 ) هذا الحديث إسناده ضعيف، وروى ابن المبارك هذا الحديث عن ابن لهيعة فلم يعرفه، قال الشيخ الألباني : حسن
Diceritakan kepada kami Khutaibah : menceritakan kepada kami Ibnu lihai’ah daripada Amru bin syu’ib. daripada ayahandanya. Daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda : Bukan dari kalangan kami barang siapa yang menyerupai selain daripada kami. Jangan kamu menyerupai orang Yahudi dan jangan kamu menyerupai orang Nasrani, Keterangan Hadis : Dalam hadis ini Nabi SAW mengatakan bahawa bukan daripada kalangan orang Islam. Barang siapa yang menyerupai atau mengikuti selain daripada islam. Dan Nabi SAW melarang sama sekali kepada orang Islam daripada menyerupai sesuatu kaum yang lain daripada Islam, seperti Yahudi Nasrani. Ini kerana, pada hari kiamat orang yang menyerupai yahudi dan nasrani tersebut akan berada dalam keadaan yang amat rugi. Oleh Kerana itu, Nabi SAW melarang melakukan sedemikian rupa. Dalam Hadis lain : عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسَوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ , [أخرجه أبو داود ( 4030 ) حديث حسن، قال الشيخ الألباني : حسن صحيح
Daripada Ibnu Umar RA beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu. Maka Dia adalah sebahagian daripada mereka, Keterangan Hadis : Nabi SAW melarang Umatnya daripada menyerupai sesuatu kaum yang bukan Islam. Nabi SAW melarang yang sedemikian itu kerana mengikuti atau bertaqlid kepada sesuatu tanpa ilmu adalah dilarang dalam Islam. Firman Allah SWT : Maksudnya : Dan janganlah kamu mengikut-ikut. Yang mana kamu tidak memperolehi Ilmu tentangnya jangan kamu mengikutinya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati-hati ( Setiap Individu ) semua itu akan dipersoal oleh Allah SWT, [سورة الإسراء. الآية : 36،] Keterangan Ayat : Islam melarang mengikuti sesuatu perkara tanpa ilmu. ini kerana Islam bukan Agama yang bertaqlid. Allah SWT mengutuskan Rasul-nya ( Nabi Muhammad SAW ) untuk memberikan keterangan yang begitu terperinci tentang Islam. Oleh itu, tidak wajar umat Islam mengikuti sesuatu tanpa ilmu dan tidak wajar menyerupai selain daripada Islam. Semua itu dilarang sama sekali dalam Islam. Oleh yang demikian, Umat Islam sepatutnya mengetahui setiap yang diamalkan itu ada sumbernya. Iaitu sumber daripada Al-Quran & Sunnah, Sabda Nabi SAW : عَنْ مَالِك ، أَنَّهُ بَلَغَه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ قَالَ : تَرَضْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّواْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا، كِتَابَ اللهِ وَالسُّنَةَ نَبِيِّهِ ، أخرجه المالك في الموطأ ( 1600 ) إسناده صحيح،
Daripada Malik RA, bahawasanya telah sampai kepadanya bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Selagi mana kamu berpegang teguh denganya. Nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya. Iaitu Kitab Allah ( Al-Quran ) dan sunnahku, Keterangan Hadis : Nabi SAW menegaskan kepada umatnya mengenai dua perkara. Iaitu Al-Quran dan Sunnahnya. Nabi SAW menerangkan bahawa selagi mana umatnya berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnahnya. Maka ia tidak akan sesat buat selama-lamanya. Allah SWT mengutuskan Nabi SAW yang terakhir. iaitu Muhammad SAW untuk menyampaikan Islam yang merangkumi aqidah tauhid yang Benar dan Syariah Islamiah serta Akhlak yang mulia. Oleh yang demikian, Nabi SAW memperingatkan kepada Sahabat-sahabatnya tentang akhlak di antara Manusia. yang mana Sabda rasulullah SAW : أَنَّ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ قَالَ : كَانَ آخِر مَا أَوْصَانِي بِهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ حَيْنَ وَضَعْتُ رِجْلِي فِي الْغَرْزِ أَنْ قَالَ : يَا مُعَاذ! أَحْسِنْ خُلُقَكَ لِلنَّاسِ يَا مُعَاذُ بْنَ جَبَلٍ ، [ أخرجه المالك في الموطأ ( 1608 ) إسناده صحيح، لم أره في الكتب التسعة إلا في الموطأ,]
Daripada mu’az RA telah berkata : Adalah rsulullah SAW mewasiatkan padaku yang terakhir ketika mana aku telah meletakan kakiku di suatu tempat. dan Nabi bersabda : Wahai Mu’az! Percantikan akhlak kamu terhadab manusia wahai mu’az bin jabal, Keterangan Hadis : Rasulullah SAW orang yang paling baik Akhlaknya dan Rasulullah SAW memerintahkan kepada sahabat-sahabatnya untuk memperindahkan akhlaknya terhadap saudaranya yang lain. Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda : عَنْ أَبِيْ ذَرِّ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالَ لِي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ : اِتَّقِ اللهَ حَيْثُ مَا كُنْتَ، وَأَتْبَعِ السَّـيِّئَةَ اْلحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقِ حَسَنٍ، أخرجه الترمذي ( 1987) حديث حسن صحيح، قال الشيخ الألباني : حسن
Daripada Abi Zhar RA telah berkata : Rasulullah SAW bersabda padaku : Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dimana kamu berada sekalipun. Dan ikutilah ( Ubahlah ) perkara yang buruk kepada perkara yang baik. Sesungguhnya Allah SWT yang menjadikan manusia dengan Akhlak yang baik. Keterangan Hadis : Ketaqwaan kepada Allah SWT adalah jalan utama yang nabi SAW sampaikan kepada umatnya. Ini kerana, orang yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah orang yang bertaqwa. Firman Allah SWT : Maksudnya : Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah orang yang bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui setiap sesuatu berita. [سورة الحجرات، الآية : 13،] Keterangan Ayat : Sesungguhya Allah SWT tidak melihat kepada hambanya itu dengan pangkat keturunan atau bangsanya, tetapi Allah SWT melihat hatinya dan orang yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah orang yang bertaqwa kepadanya. Oleh yang demikian, Nabi SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan Akhlak yang mulia dan contoh kepada umatnya. Jelaslah bahawa kemuliaan Akhlak itulah yang dituntut oleh Allah SWT yang Maha Esa. Kecantikan dan kemuliaan Akhlak itu banyak kelebihanya. Sabda Rasulullah SAW : عَنْ رَافِع بْنِ مَكِيْثٍ، وَكَانَ مِمَّنْ شَهِدَ الْحُدَيْبِيَّةَ مَعَ النّبيّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم، أَنَّ النّبِيّ صَلّىَ الله عَليه وسلّم قَالَ : حُسْنُ اْللمَلَكَةِ يُمْنٌ، وَسُوْءُ الْخُلُقِ شُؤْمٌ، ]أخرجه أبي دأود ( 5162 ) إسناده ثقات، قال الشيخ الألباني : ضعيف
Daripada Rafikh bin maki’si. Beliau adalah salah seorang syuhada hudaibiayah RA bersama Rasulullah SAW. Bahawa Nabi SAW bersabda : Keindahan bakat (Akhlak) itu adalah satu kelebihan. Dan keburukan Akhlak itu adalah satu sifat keji. Keterangan Hadis : Orang yang mempunyai Akhlak yang mulia itu banyak kelebihanya. Diantaranya Syurga yang paling tinggi seperti yang telah disebut dalam Hadis yang lepas. Dalam hadis ini, Nabi SAW menegaskan bahawa orang yang baik Akhlaknya akan mendapat keuntungan. orang yang buruk Akhlaknya adalah keji. Mereka yang membuat kebaikan itu Allah SWT akan memanjangkan umurnya. manakala orang yang bersedekah itu, Allah SWT akan memeliharanya daripada mati di dalam keadaan yang tidak baik. Seperti mana yang diriwayatkan bahawa Nabi SAW berdoa : عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْل اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ يَقُوْلُ : اَللّهُمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِيْ فَأَحْسِنْ خُلُقِي، أخرجه أحمد حنبل في مسند رقم الحديث : 24446، (68/6 ) ورواته ثقات، تعليق شعيب الأرنؤوط :حديث صحيح رجاله ثقات رجال الشيخين
Daripada Aisyah RA telah berkata : adalah rasulullah SAW berkata : Ya Allah! Sepertimana engkau telah percantikkan kejadianku. Maka percantikkanlah akhlakku. Dalam Hadis lain Nabi SAW berdoa : عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ إِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ كَانَ يَدْعُو يَقُوْلُ: الَلّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشِّقَاقِ،وَالنِّفَاقِ، وَسُوْءِ الْأَخْلَاقِ، أخرجه أبو دأود (1546) حديث ضعيف جدّا، هو بقيّة متفق ضعيفه. ومحمد ناصر الدّين الألباني ( ص 168 ) سلسلة الأحاديث الضعيف والموضوعة وأثر السّيء في الأمّة – مكتب الإسلامي بيروت, قال الشيخ الألباني : ضعيف Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW berdoa : Ya Allah! Aku mohon pelindungan padamu daripada permusuhan dan kepura-puraan ( Munafiq ), dan keburukkan Akhlak. Keterangan Hadis : Setiap ketentuan Allah SWT adalah hak mutlaknya. Oleh hal yang demikian, Nabi SAW sentiasa berdoa agar sentiasa dipelihara dari sifat bermusuhan di antara satu sama lain, Nabi SAW juga selalu berdoa kepada Allah SWT agar dilindungi dari sifat berpura-pura ( Munafiq ). Dan Nabi SAW berdoa agar dijauhkan dari sifat buruk- akhlak. Setiap kehendak Allah SWT pasti akan berlaku. firman Allah SWT : Maksudnya : Sesungguhnya apa sahaja yang Allah kehendaki. Maka ia hanya perlu sebut berlaku. Maka berlakulah kehendak tersebut, [سورة يس، الآية : 82،] Keterangan ayat : Setiap sesuatu adalah di bawah kekuasaan Allah SWT dan setiap sesuatu yang dikehendakinya adalah tertakluk kepada Allah SWT. Sekiranya Allah SWT menghendaki sesuatu. Ia hanya menyebut berlaku. Maka berlakulah apa yang di kehendaknya. Namun begitu Nabi SAW bersabda : عَنْ سَلْمَان قال: قال رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ : لَا يَرُدُّ اْلقَضَاء إلِاَّ الدُّعَاء، وَلَا يَزِيْدُ فِي الْعُمْرِ إِلاَّ الْبِرّ , أخرجه الترمذي ( 2139 ) حديث حسن غريب, وأخرجه الحاكم في مستدرك ( 1/493 ) ص 670 ج 1، باللفظ "القدر" صحيح إسناده، قال الشيخ الألباني : حسن Daripada Salman Al-fa’risi RA telah berkata : Sabda Rasulullah SAW : Tidak boleh menolak kehendak Allah SWT melainkan dengan Doa dan tidak ditambahkan umur melainkan melakukan kebaikan, Keterangan Hadis : Dalam Hadis ini menghuraikan bahawa setiap kehendak Allah SWT tidak boleh ditolak oleh sesiapapun melainkan doa kepadanya. Oleh yang demikian, berdoa adalah ibadat yang sangat diberi perhatian oleh Allah SWT. Di dalam hadis ini juga menceritakan bahawa Allah SWT tidak akan menambah umur seseorang itu melainkan mereka yang ikhlas melakukan kebaikan. Kebaikan yang di maksudkan adalah sedekah dan merapatkan silaturahim seperti mana Sabda Rasulullah SAW : عَنْ أَنَسِ بْن مَالِك رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ : مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُمَدَّلَهُ فِيْ عُمْرِهِ وَيُزَادُ فِيْ رِزْقِهِ فَلْيَبَرَّ وَالِدَيْهِ وَاْليَصِل رَحِمَهُ , أخرجه أحمدحنبل في مسند رقم الحديث : 13812, ( 266/3 ) وروته محتج بهم في الصحيح، وهو في الصحيح باخنصار ذكر البرّ،
Daripada Anas bin Malik RA telah berkata : Sabda Rsulullah SAW : barang siapa yang mahukan umurnya dipanjangkan dan ditambahkan rezeki. Maka berbaktilah kepada kedua ibubapanya dan merapatkan silaturahim, Keterangan Hadis : Allah SWT tidak akan memanjangkan umur hambanya melainkan hambanya yang melakukan kebaikan, Iaitu merapatkan silaturahim di kalangan manusia. Allah SWT mempermudahkan rezeki kepada hambanya dengan kehendakNya. Iaitu hambanya yang berbakti kepada kedua ibubapa mereka dan merapatkan silaturahim di kalangan manusia. والله أعلم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan