Jumaat, 27 Januari 2012

" KEINDAHAN SYURGA "


القُرآنُ اْلكَرِيْم

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

MaksudNya : 

Dan orang-orang yang beriman dan (serta) beramal soleh. mereka itu penghuni syurga mereka kekal di dalamnya[1],

Faedah Ayat :

Mereka yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan beramal soleh dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya tidak mensyirikkan Allah Subhanahu wa Ta’ala maka mereka itulah penghuni Syurga dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

MaksudNya :

Sesiapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia orang yang beriman, Maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun[2].

Faedah Ayat :

Beruntunglah mereka yang beramal Soleh kerana mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala malahan sangat beruntung kerana bagi mereka Syurga dan mereka kekal di dalamnya.

الحديث النّبوى : عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ

أَنَّ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْجَنَّةُ مِائَةُ دَرَجَةٍ كُلُّ دَرَجَةٍ مِنْهَا مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَإِنَّ أَعْلَاهَا الْفِرْدَوْسُ وَإِنَّ أَوْسَطَهَا الْفِرْدَوْسُ وَإِنَّ الْعَرْشَ عَلَى الْفِرْدَوْسِ مِنْهَا تُفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ فَإِذَا مَا سَأَلْتُمْ اللَّهَ فَسَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ،
Bahawasanya Mu’az bin Jabal berkata Aku dengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Syurga itu seratus darjat. Setiap darjatnya (berjarak) antara langit dan bumi, dan yang paling tinggi ialah syurga Firdaus. Tengahnya firdaus dan Arsy berada di atas firdaus darinya dipancarkan sungai-sungai syurga, Maka jika kalian meminta kepada Allah. Maka mintalah syurga firdaus[3],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Mu’az bin Jabal “

Beliau adalah sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam  seorang pemimpin dan imam, beliau juga adalah salah seorang yang mengikuti Bai’ah Aqabah ketika usia muda. Beliau memeluk islam ketika usia  28 tahun. Beliau adalah sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat mengetahui tentang Halal dan Haram, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr menyebut Abdullah bin Mas’ud, lalu berkata : Aku sentiasa menyukai, aku mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Belajarlah Al-Quran daripada empat orang. Iaitu Abdullah bin  Mas’ud, Salim, Mu’az bin Jabal dan Ubai bin Ka’ab[4] Beliau Mu’az bin Jabal meninggal ketika usianya 33 atau 34 tahun, pada tahun 18 Hijrah. Semoga Allah rahmati beliau[5],

Faedah Hadith :

Hadith ini menunjukan bahawa syurga itu terdapat tingkatannya dan yang paling tinggi dan tengah ialah syurga firdaus oleh sebab itu apabila seorang hamba itu berdoa maka berdoalah agar di tempatkan di syurga firdaus dan mereka yang soleh itulah bagi mereka syurga firdaus seperti firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal[6] Dan mereka kekal di dalamnya seperti firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya[7] Hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam :

الحديث النّبوى : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ شَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ سَنَةٍ لَا يَقْطَعُهَا وَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ{وَظِلٍّ مَمْدُودٍ وَمَاءٍ مَسْكُوبٍ}،

Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pohon yangmana kenderaan yang berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun tanpa mampu mencapainya. Bacalah jika kalian mahu dan naungan yang terbentang luas dan air yang mencurah[8],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abi Hurairah RA “

Beliau adalah Abu Hurairah Ad-Dausi Al-Yamani. Banyak pendapat mengenai nama asal beliau dan yang paling kuat adalah Abdurrahman Bin Shakhar, beliau adalah orang yang sangat faqih, Mujahid dan Al-Hafiz, diriwayatkan bahawa Abi Hurairah berkata “ Dahulu aku pernah mengembala     kambing  keluargaku,  dan  aku  mempunyai  seekor  kucing  yang kecil ( anak kucing ) aku meletakkan kucing itu pada malam hari di sebuah pohon. Apabila siang, aku membawa kucing itu bersama dan aku bermain bersamanya, sehingga orang menggelar aku dengan Abi Hurairah ( bapa kucing kecil [9]) “,  Beliau meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah, semoga Allah meredhai beliau[10],

Faedah Hadith :

Hadith ini menunjukkan bertapa luasnya syurga sehingga akal tidak mampu untuk mentafsirkan hal yang sebanar melainkan dengan hadith-hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dapat menambahkan iman seseorang  dengan nikmat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan kepada hambanya. Hadith lain yangmana diriwayatkan,

الحديث النّبوى :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا فِي الْجَنَّةِ شَجَرَةٌ إِلَّا وَسَاقُهَا مِنْ ذَهَبٍ،
Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Tidak ada satu pun pohon yang ada di syurga melainkan batangnya dari emas[11],

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abi Hurairah RA “

Beliau adalah Abu Hurairah Ad-Dausi Al-Yamani. Banyak pendapat mengenai nama asal beliau dan yang paling kuat adalah Abdurrahman Bin Shakhar, beliau adalah orang yang sangat faqih, Mujahid dan Al-Hafiz, diriwayatkan bahawa Abi Hurairah berkata “ Dahulu aku pernah mengembala     kambing  keluargaku,  dan  aku mempunyai  seekor  kucing  yang kecil ( anak kucing ) aku meletakkan kucing  itu pada  malam  hari  di  sebuah pohon. Apabila siang, aku membawa kucing itu bersama dan aku bermain bersamanya, sehingga orang menggelar aku dengan Abi Hurairah ( bapa kucing kecil [12]) “,  Beliau meninggal  dunia  pada  tahun  57   Hijrah,  semoga Allah  meredhai  beliau[13],

Faedah Hadith :

Hadith ini menunjukan bertapa indahnya sifat pohon di syurga sehingga Allah Subhanahu wa Ta’ala menampakan kepada manusia tentang syurga yang sangat indah berdasar kemampuan akal manusia memikirkan tentang nikmat yang ia berikan kepada hambanya kerana fitrah manusia suka kepada emas maka itulah yang ditunjukkan walaupun gambaran yang sebenar manusia tidak tahu maka melalui hadith inilah manusia beriman dengan adanya syurga bagi mereka yang soleh dan solehah. Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang Suci dan mereka kekal di dalamnya[14] Jelas ayat ini menunjukan syurga itu lengkap dan nikmat di syurga itu adalah nikmat yang serba lengkap, baik jasmani maupun rohani. Hadith lain sepertimana diriwayatkan :

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ لِي حَوْضًا مَا بَيْنَ الْكَعْبَةِ وَبَيْتِ الْمَقْدِسِ أَبْيَضَ مِثْلَ اللَّبَنِ آنِيَتُهُ عَدَدُ النُّجُومِ وَإِنِّي لَأَكْثَرُ الْأَنْبِيَاءِ تَبَعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، 
 
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : Sesungguhnya aku memiliki sebuah telaga yang luasnya antara Ka’bah dan Baitul Maqdis. (Cahayanya) putih bagaikan susu, Tempat minumnya ialah dari kelompok bintang dan sesunnguhnya aku ialah Nabi yang paling banyak pengikut di antara para Nabi pada hari kiamat[15].

Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abu Sa’id Al-Khudri RA “

Beliau adalah mujahid mufti di madinah Sa’ad bin Malik bin Sinan. Ayahnya Malik mati Syahid ketika perang Uhud, Abu said menyaksikan perang khandaq dan Bai’ah Ar-Ridwan. Beliau juga meriwayatkan Hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan termasuk ahli fiqih. Diriwayatkan Daripada Abu Sa’id Al-Khudri RA beliau telah berkata : Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam itu orangnya sangat pemalu Dan malu Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam lebih daripada seorang gadis yang pemalu. Apabila beliau ( Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam) melihat sesuatu kemungkaran. kami sahabat-sahabatnya tahu perubahan reaksi pada wajah beliau. ( Iaitu beliau malu dengan kemungkaran tersebut )[16], Beliau Abu Sa’id Al-Khudri RA meninggal pada 74 hijrah. Semoga Allah merahmati beliau[17],

Faedah Hadith :

Nikmat syurga adalah nikmat yang sangat lengkap dan tidak panah dirasai oleh manusia tantang sifat tersebut maka beruntunglah sesiapa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala meredhai untuknya ke syurga yang luas dan lengkap itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun wanita sedang ia orang yang beriman, Maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun[18]. والله أعلم



[1].     سورة البقرة : 82  (1)
[2].     سورة النساء : 124  (4)
[3].      أخرجه ابن ماجه رقم الحديث : 4407 ]  صحيح [
[4].      أخرجه البخاري رقم الحديث : 4999    ]صحيح البخاري[
[5].      " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج2 ص135- 201  ط : (الطبعة
                العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[6].      سورة الكهف : 107 (18)
[7].      سورة المؤمنون : 11  (23)
[8].      أخرجه البخاري رقم الحديث : 3253  ] صحيح البخاري [
[9].     أخرجه الترمذي رقم الحديث :  3844  ] حسن الإسناد[
[10].         " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج2 ص578-633 ط : (الطبعة
             العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[11].     أخرجه الترمذي رقم الحديث :  2525  ] صحيح [
[12].    أخرجه الترمذي رقم الحديث :  3844  ] حسن الإسناد[
[13].      " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج2 ص578-633 ط : (الطبعة
             العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[14].     سورة البقرة : 25 (2)
[15].     أخرجه ابن ماجه رقم الحديث : 3489   ] صحيح [
[16].     أخرجه البخاري رقم الحديث : 6102   ] صحيح البخاري [
[17]       " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 "  ]سير أعلام النّبلاء[   ج3 ص168-172 ط : (الطبعة
                       العاشرة)  مؤسّسة الرسالة  1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[18].     سورة النساء : 124 (4)