Firman Allah SWT :
MaksudNya :
Allah SWT mengangkat orang yang beriman di kalangan kamu dan Allah SWT mengangkat orang yang mempunyai ilmu beberapa darjat. Dan sesungguhNya Allah SWT maha mengetahu apa yang kamu kerjakan.
[ Surah Al-Mujadilah : 11 ]
Syarahan Ayat :
Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT mengangkat mereka dikalangan hamba-hambaNya yang beriman. Dan ayat ini juga menerangan bahawa Allah SWT juga mengangkat orang-orang yang mempunyai ilmu dengan beberapa darjat. Ini membuktikan bahawa ilmu itu sangat penting, Kata Ibnu Hajar Al-Asqalani[1]. Darjat yang tinggi mempunyai dua maksud. Iaitu : Maknawiyah dan Hissiyyah, Maknawiyah di dunia ia memperolehi kedudukan yang tinggi. Manakala Hissiyyah di akhirat ia mempunyai kedudukan yang tinggi di syurga, sabda Rasulullah SAW :
[1] Al-Hafiz Abu Al-Fadhl Syihabuddin Ahmad Bin Ali Bin Muhammad Al-Asqalani. Beliau dilahirkan pada 23 Syaaban 773 H, dan
meninggal pada 27 Zulhijjah 852 H dimakamkan dimesir. Beliau Ulama Hadis Yang Bermazhab Imam Asy-Syafie
عن ابنِ عَبَّاس أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم قاَلَ : مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ,
[أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2645 , حديث حسن صحيح, قال الشيخ الألباني : صحيح]
Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda : barang siapa yang Allah SWT mahukan kebaikan terhadapNya. Maka Allah SWT akan fahamkan ia tentang Agama.
Syarahan Hadis :
Dari hadis ini kita dapat lihat bahawa sesiapa sahaja yang Allah SWT mahukan kebaikan kepadaNya. Maka Allah SWT akan fahamkanNya tentang agama. Ini kerana orang-oarng yang mempunyai ilmu itulah yang takut kepada kebesaran Allah SWT. Firman Allah SWT :
MaksusNya :
SesungguhNya ketakutan terhadap Allah SWT itu adalah daripda kalangan Ulama iaitu orang-orang yang mempunyai ilmu. SesungguhNya Allah SWT maha mengampun. [ Surah Fhatir :28 ]
Syarahan Ayat :
Ayat ini menerangkan bahawa orang yang takut kepada Allah SWT Adalah orang yang tahu. iaitu orang-orang yang mempunyai ilmu. Ini kerana orang yang mempunyai ilmu itu mereka tahu hukum-hakam Allah SWT dan tahu tentang hak-hak Allah SWT. Dalam masa yang sama orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu itu adalah tidak sama. Seperti mana Firman Allah SWT :
MaksudNya :
apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung. ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran., [ Surah Az-Zumar : 9 ]
Syarahan Ayat :
Ayat ini menegaskan bahawa orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu adalah tidak sama. Dan orang yang mempunyai akallah yang mendapat menerima pelajaran iaitu orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. dan merekalah yang takut kepada Allah SWT. Sedangkan mereka bersujud di tengah malam yang mengharapkan rahmat dari Allah SWT. Akan tetapi mereka tetap takut kepada Allah SWT. Ini kerana hukum Allah SWT tidak boleh di langar. Dan mereka yang melanggar perintahNya iaitu melanggar hukum yang telah Allah SWT tetapkan. Maka mereka adalah tergolong orang-orang yang zalim. Dan orang yang Zalim itu tempatnya adalah Neraka. Seperti mana Firman Allah SWT :
MaksudNya :
Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka Itulah orang-orang yang zalim. [ Surah Baqarah : 229 ]
Syarahan Ayat :
Ayat ini Allah SWT menegaskan bahawa orang yang zalim itu adalah orang yang melanggar perintahNya. Ini kerana Allah SWT melarangnya daripada melanggar segala hukum-hukumNya yang Allah SWT telah tetapkan. Barang siapa yang melanggarnya. Maka mereka adalah orang-orang yang zalim. Dan orang yang zalim tersebut akan berada dalam kegelapan pada hari kiamat dan tempatnya adalah neraka. Seperti mana di riwayatkan :
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم قَالَ : اتَّقُوا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ,[ أخرجه المسلم رقم الحديث : 6576 حديث صحيح]
Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah SAW bersabda : jauhilah kamu daripada kezaliman. sesungguhNya kezaliman itu membawa kepada kegelapan pada hari kiamat kelak.
Syarahan Hadis :
Hadis ini menerangkan azab terhadap orang yang zalim. Yang mana orang yang zalim tersebut akan berada dalam kegelapan pada hari kiamat. Oleh yang demikian Nabi SAW mengamanahkan kepada umatnya agar jauhi daripada kezaliman. Kerana kezaliman itu akan membawa kepada kegelapan kelak. sesungguhNya Allah SWT maha adil melaksanakan segala hukumNya. Dalam hal ini kita dapat lihat dengan jelas bertapa pentingnya ilmu. Ini kerana orang yang mempunyai ilmu itu dapat membezakan yang mana larangan Allah SWT dan yang mana perintah Allah SWT. Oleh itu Allah SWT mewajibkan terhadap hambanya menuntut ilmu. Dan menuntut ilmu itu adalah wajib terhadap Muslimin dan muslimat. Seperti mana Sabda Rasulullah SAW :
عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْل اللهِ صَلّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : طَالَبُ اْلعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلىَ كُلِّ مُسْلِمٍ,
[ أخرجه ابن ماجه رقم الحديث : 224, حديث ضعيف جدّا ( لضعف حفص بن سليمان البراز ), قال الشيخ الألباني : صحيح دون قوله وواضع العلم الخ فإنه ضعيف جدا ,]
Daripada Anas Bin Malik RA telah berkata : Rasulullah SAW Bersabda : menuntut ilmu itu adalah wajib keatas tiap-tiap orang muslim.
Syarahan Hadis :
Hadis ini menunjukkan bahawa ilmu itu sangat penting. Dan menuntut ilmu itu adalah diwajibkan keatas tiap-tiap orang muslimin dan muslimat. Ini kerana menuntut ilmu itu adalah salah satu daripada jihad di jalan Allah SWT. Seperti mana Nabi SAW bersabda :
عَنْ أَنَسِ بنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : مَنْ خَرَجَ فِيْ طَلَبُ اْلعِلْمِ فَهُوَ فِيْ سَبِيْلِ الله حَتَّى يَرْجِعَ ,[ أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2647 حديث حسن غريب, قال الشيخ الألباني : ضعيف,]
Daripada Anas Bin Malik telah berkata : Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang keluar kerana menuntut ilmu. Maka dia adalah dijalan Allah SWT (Jihad Dijalan Allah SWT) sehingga dia pulang.
Syarahan Hadis :
Orang yang menuntut ilmu adalah dikira sebagai jihad di jalan Allah SWT kerana menuntut keredhaanNya. Ini kerana dalam hadis ini Nabi menyebut bahawa orang yang keluar kerana menuntut ilmu itu adalah di jalan Allah SWT ( Jihad ). Oleh yang demikian pahala bagi orang yang menuntut ilmu itu sangat besar iaitu sama dengan orang yang keluar berjihad di jalan Allah SWT.
Ilmu sangat penting buat seseorang Insan. Ini kerana ilmu itu lebih baik daripada beribadat tanpa ilmu. dan ilmu itu menyuluh kegelapan daripada kesesatan jalan yang di redhai oleh Allah SWT. Nabi SAW bersabda :
عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلّىَ الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : فَضْلُ اْلعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ فَضْلِ اْلعِبَادَةِ. وَخَيْرُ دِيْنِكُمُ الْوَرَعُ،
[أخرجه الحاكم في مستدرك،كتاب العلم رقم الحديث : 317، قال الشيخ الألباني : ضعيف، وأنظر التّرغيب والترهيب للحافظ عبد العظيم بن القويّ المنذريّ، رقم الحديث : 103 كتاب العلم،ج1 (حديث صحيح لغير)]
Daripada Huzaifah bin Yaman RA telah berkata : Sabda Rasulullah SAW : Kelebihan ilmu itu lebih baik daripada kelebihan ibadat. Dan kebaikan agama kamu itu adalah Warak.
Syarahan Hadis :
Hadis ini menerangkan bahawa ilmu pengetahuan itu lebih baik daripada seseorang itu beribadat tanpa ilmu. Ini kerana beribadat tanpa ilmu banyak kesalahannya. Oleh itu Nabi SAW menegaskan bahawa ilmu lebih baik daripada ibadat. Dan sebaik agama kamu adalah Warak.
Melakukan sesuatu tanpa ilmu itu adalah dilarang dalam Islam. Ini kerana islam bukan agama yang Bertaqlid. Islam melakukan sesuatu ibadat itu berdasarkan bukti daripada Al-Quran dan As-sunnah. Firman Allah SWT :
Maksudnya :
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya, [ Surah Al-Israa : 36 ]
Syarahan Ayat :
Ayat ini menerangkan larangan Allah SWT mengikuti sesuatu amalan itu tanpa ilmu. Ini kerana setiap apa yang dilakukan itu akan dipersoal oleh Allah SWT dari pendengarannya penglihatannya dan hati ( Tiap-tiap individu ). oleh yang demikian islam mengutamakan ilmu daripada beribadat. Dan sesuatu yang tidak di ketahuinya iaitu tiada bukti daripada Al-Quran dan As-Sunnah. maka jangan ikutinya.
Dalil ini membuktikan bahawa ilmu itu sangat penting dalam melaksanakan sesuatu amalan dan ibadat. Sekiranya tanpa ilmu. Maka mudahlah seseorang itu tergelincir daripada jalan kebenaran. Oleh itu utamakan ilmu daripada beribadat tanpa ilmu, Dan bagi mereka yang menuntut ilmu itu banyak kelebihan baginya. Seperti mana Sabda Rasulullah SAW :
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قاَلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : مَنْ سَلَكَ طَرَيْقًا يَلْتَمِسُ فَيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ ، [أخرجه ابن ماجه رقم الحديث : 225 حديث صحيح, قال الشيخ الألباني : صحيح]
Daripada Abi Hurairah RA telah berkata : Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang melalui jalan untuk mencari ilmu. Allah SAW akan mudahkan baginya jalan ke Syurga.
Syarahan Hadis :
Kelebihan bagi orang yang yang menuntut ilmu itu sangat besar di sisi Allah SWT. Ini kerana seperti hadis yang terdahulu. yang mana orang yang keluar menuntut ilmu itu adalah jihad di jalan Allah SWT. Oleh itu Allah SWT memudahkan baginya jalan ke Syurga. Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda :
عَنْ زِرِّ بْنِ حُبَيْشٍ قَالَ : أَتَيْتُ صَفْوَانَ بْنَ عَسَّالٍ الْمُرَادِيَّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : مَا جَاءَ بِكَ ؟ قُلْتُ أَنْبُطُ الْعِلْمَ، قَالَ : فَإِنِّيْ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُوْلُ : مَامِنْ خَارِجٍ مِنْ بَيْتِهِ فَيْ طَلَبِ الْعِلْمِ إِلاّ وَضَعَتْ لَهُ الْمَلَائِكَةُ أَجْنِحَتَهَا رِضَا ِبمَا يَصْنَعُ,
[أخرجه ابن ماجه رقم الحديث : 226, حديث صحيح. قال الشيخ الألباني : صحيح,]
Daripada Zhir Bin Hubais telah berkata : Aku jumpa Safwa’an Bin As-sal Al-mura’di RA telah berkata : Apa tujuan kamu datang ? Aku berkata menuntut ilmu! Safwa’an telah berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Tidaklah orang yang keluar dari rumahnya kerana menuntut ilmu. Melainkan malaikat meletakkan sayapnya meredhai apa yang dia lakukan.,
Syarahan Hadis :
Dalam hadis ini menunjukkan orang yang keluar kerana menuntut ilmu itu adalah di lindunggi oleh Malaikat dengan meletakkan sayapnya kerana meredhai apa yang di lakukan oleh penuntut ilmu. oleh itu orang yang menuntut ilmu sangat di beri perhatian oleh Allah SWT dengan memerintahkan Malaikat untuk melindunggi hambanya kerana menuntut ilmu kerana Allah SWT.
Dalam hal ini juga Islam melarang hambanya menuntut ilmu kerana untuk menunjuk-nunjuk atau kedudukan dikalangan manusia. Sabda Rasulullah SAW :
حَدَّثَنِي ابْنُ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيْهِ, قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُوْلُ : مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ اْلعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ وَيَصْرِفَ بِهِ وُجُوْهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللهُ النَّارَ,
[أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2654 , حديث غريب لا نعرفه إلاّ من هذا الوجه, وإسحاق بن يحي بن طلحة ليس بذاك القويّ عندهم. تكلّم فيه من قبل حفظه, قال الشيخ الألباني : حسن]
Di khabarkan padaku Ibn Khakbi bin Malik daripada ayahandanya telah berkata Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barang siapa yang menuntut ilmu untuk bersaing dengan ulama. Atau untuk berbalah dikalangan mereka iaitu merendahkan orang jahil. atau untuk mendapat gelaran di kalangan manusia. Allah SWT akan masukkan dia ke dalam neraka,
Syarahan Hadis :
Hadis ini menegaskan azab neraka terhadap orang yang menuntut ilmu dengan bertujuan bukan kerana Allah SWT seperti menuntut ilmu untuk bersaing di kalangan ulama atau untuk merendahkan orang yang tidak tahu iaitu orang yang jahil atau untuk mendapatkan sanjungan di kalangan manusia dan kemashuran dirinya. Maka Allah SWT akan masukkan dia ke dalam neraka.
Oleh yang demikian jauhilah daripada semua itu dengan menuntut ilmu kerana Allah SWT. Dan menyampaikan ilmu itu adalah satu kewajibpan terhadap orang yang mengetahui tentang sesuatu. Dan orang yang tidak menyebarkan ilmu iaitu mendiamkan pertanyaan tentang ilmu adalah dikira sebagai orang yang zalim dan dia akan di azab di dalam neraka. Sabda Rasulullah SAW :
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قاَلَ رَسُوْلُ الله صَلَّىَ اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم : مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمِ عَلِمَهُ ثمُّ كَتَمَهُ أُلْجِمَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ,[ أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2649 حديث حسن, قال الشيخ الألباني : صحيح ]
Daripada Abi Huraurah RA telah berkata Rasulullah SAW bersabda: barang siapa yang ditanya tentang ilmu yang dia tahu. Lalu dia menyambunyikan ilmunya. Maka dia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat,
Syarahan Hadis :
Allah SWT akan mengazab orang yang menyembunyikan ilmu dengan menkekangkan mulutnya dengan api neraka pada hari kiamat. Ini kerana menyampaikan ilmu itu adalah wajib. Seperti mana Firman Allah SWT :
Maksudnya :
Hai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir. [ Surah Al-Maidah : 67 ]
Syarahan Ayat :
Ayat ini menunjukan bahawa menyampaikan apa yang diturunkan oleh Allah SWT adalah wajib. Dan orang yang tidak menyampaikan apa yang diturunkanNya. Maka dia dikira tidak menyampaikan amanah Allah SWT. oleh itu Nabi SAW bersabda :
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ : قَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلّىَ اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم : بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً,
[أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2668 حديث حسن صحيح, قال الشيخ الألباني : صحيح]
Daripada Abdillah Bin Amr telah berkata : Rasulullah SAW bersabda : Sampaikan apa yang kamu perolehi daripadaku walaupun satu ayat.
Syarahan Hadis :
Hadis ini Nabi SAW menyeru kepada umatya agar sampaikan apa sahaja yang umatya perolehi dari baginda. maka sampaikan kepada orang lain walaupun ianya satu ayat. Dalam Hadis lain Nabi SAW bersabda :
عَنْ يَحْيَى بْنِ مَيْمُونٍ الْحَضْرَمِىِّ أَنَّ أَبَا مُوسَى الْغَافِقِىَّ سَمِعَ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ الْجُهَنِىَّ يُحَدِّثُ عَلَى الْمِنْبَرِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : وَمَنْ حَفِظَ عَنِّى شَيْئاً فَلْيُحَدِّثْهُ,
[أخرجه أحمد حنبل في "المسند" رقم الحديث : 18848 ( 4/334 ) ج 14، إسناده صحيح،]
Daripada Yahya bin Maimun Al-hyadhami bahawa Abu Musa Al-ghafikiyi mendengar Ukhbah bin Amir Al-Juhani menceritakan di atas mimbar Daripada Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang menghafaz dariku sesuatu. Maka ceritakanya ( sebarkanlah ).
Syarahan Hadis :
Hadis ini juga dengan makna seperti hadis yang terdahulu. Nabi SAW perintahkan kepada sesiapa sahaja yang menghafaz hadis baginda. Maka cerikanlah dan sampaikanlah kepada orang lain. Ini kerana ilmu itu adalah amanah daripada Allah SWT. Dalam hadis lain juga Nabi SAW Bersabda :
حَدِيْثُ زَيْدِ بنِ ثَابِتٍ سَمِعْتُ رَسُوْل اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُوْلُ : نَضَّرَ اللهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيْثاً فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ غَيْرَهُ ، فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلىَ مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ، وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيْهٍ،
[أخرجه الترمذي رقم الحديث : 2656 حديث حسن, قال الشيخ الألباني : صحيح]
Hadis Zaid bin Sa’bit Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Allah SWT mempercantikan sesorang itu apabila dia mendengar Hadis kami. Maka dia menghafazNya sehingga dia menyampaikan hadis tersebut kepada orang lain, Kemungkinan seseorang itu membawa kefahaman kepada orang yang- lebih memahaminya. Dan kemungkinan juga orang yang membawa kefahaman itu sebenarnya dia tidak memahami apa yang dia bawakan (Kefahaman),
Syarahan Hadis :
Hadis ini menjelaskan bahawa barang siapa yang mengafaz hadis daripada baginda. maka sebarkanlah kepada orang lain. ini kerana balasan bagi orang yang menyebarkan ilmu itu sangat besar. seperti Allah SWT mempercantikan wajahnya. dan menyebarkan Ilmu pengetahuan itu adalah wajib.
والله الحمد
“ Ramai di kalangan hambanya berusaha untuk berdakwah dan menasihati orang lain. Tetapi dia lupa untuk menasihati dirinya sendiri “
Tiada ulasan:
Catat Ulasan