القُرآنُ
اْلكَرِيْم
|
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :
MaksudNya :
Hai
anak Adam, Sesungguhnya kami Telah menurunkan kepadamu Pakaian untuk menutup
auratmu dan Pakaian indah untuk perhiasan. dan Pakaian takwa Itulah yang paling
baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah,
Mudah-mudahan mereka selalu ingat[1].
Faedah Ayat :
Allah Subhanahu
wa Ta’ala menganugerahkan kepada hamba-hambaNya dengan menjadikan
pakaian dan perhiasan untuk mereka agar mereka menutup aurat dan bertakwa. Mereka
yang menutup aurat itulah yang dekat dengan Takwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala perintah ini juga bermaksud membezakan wanita-wanita beriman dengan
wanita-wanita yang tidak beriman. Firman Allah Subhanahu
wa Ta’ala :
القُرآنُ
اْلكَرِيْم
|
MaksudNya :
Katakanlah
kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang
(Kebiasaan) nampak dari padanya[2].
Faedah Ayat :
Maksudnya menjaga pandangan daripada
perkara yang diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala iaitu
memandang lelaki yang bukan suaminya. Sebahagian Ulama berpendapat wanita boleh
melihat dengan tidak mendatangkan Fitnah (syahwat) ini kerana Aisyah R’HA
melakukan sedemikian rupa ketika melihat orang-orang Habsyi bermain senjata di dalam
masjid bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam[3]
dan Allah Subhanahu wa Ta’ala melarang wanita
menampakkan perhiasanya (aurat) kepada lelaki yang bukan mahram melainkan yang
zahir darinya (kebiasaan) ulama berbeza pandangan tentang yang zahir dalam ayat
ini. Diriwayatkan :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ أَسْمَاءَ
بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ
تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ،
Daripada
Aisyah R’HA beliau berkata, Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Sallam sedangkan ia berpakaian lipis Maka Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Sallam
berpaling
darinya dan berkata. Wahai Asma, sekiranya
wanita yang telah mengalami haid (baligh) maka dia tidak boleh membiarkan
auratnya kecuali ini dan ini’ beliau mengisyarat pada wajah dan kedua tapak
tangan[5],
Ringkasan
Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “
Beliau ialah putri seorang imam yang
jujur dan khalifah, Abu
Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayatkan hadith daripada Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam mencapai 2210 hadith dan beliau isteri Nabi Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira
" ertinya : wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandangkan kepada
Aisyah R’HA kerana pipinya terlihat merah seperti buah delima, beliau meninggal
pada tahun 57 Hijrah[6].
Faedah Hadith
:
Sheikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitab beliau bertajuk Jilbab Seorang Muslimah[7] memuatkan hadith ini dan mensahihkannya
Hadith yang terdapat dalam sunan Abu Daud ini terputus Sanadnya yangmana Khalid
bin Dhuraid[8]
tidak dengar daripada Aisyah R’HA Sanad yang dimiliki Khalid bin Dhuraid ialah daripada Ibnu Umar
dan Khubas bin Asyam dan Abdullah bin Muhairies dan Mursal daripada Aisyah R’HA[9]
maka Imam Abu daud dalam Kitabnya Sunan Abu Daud mengatakan Mursal (Dha’if Terputus Sanad)
mengikut Ilmu Ulum Al-Hadith kerana terputusnya sanad tersebut. Pada masa yang
sama saya dapati dalam sanad ini juga terdapat perawi yang lemah iaitu Sa’id
bin Basyir[10] Hadith
ini menujukkan wajah dan tapak tangan tidak termasuk aurat malahan pendapat ini
terdiri daripada Tafsir Ibnu Abbas yangmana wajib aurat ke atas wanita ialah seluruh
tubuh badan melainkan wajah dan tapak tangan[11]
begitu juga Sheikh Dr Yusof Al-Qardhawi yang sama tafsiranya. Dalam hadith lain
:
عَنْ جَابِرٍ قَالَ : شَهِدْتُ الصَّلَاةَ مَعَ
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِيْ يَوْمِ عَيْدٍ فَبَدَأَ بِالصَّلَاةِ
قَبْلَ الْخُطْبَةْ ثُمَّ قَامَ مُتَوَكِّئًا عَلَى بِلَالٍ حَتىَّ أَتَى النِّسَاءَ
فَوَعَظَهُنَّ وَذَكَّرَهُنَّ وَأَمَرَهُنَّ بِتَقْوَى اللهِ قَالَ تَصَدَّقْنَ فَذَكَرَ
شَيْئًا مِنْ أَمْرِ جَهَنَّمَ فَقَامَتْ امْرَأَةٌ مِنْ سَفِلَةِ النِّسَاءِ سَفْعَاءُ
الْخَدَّيْنِ فَقَالَتْ لِمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ قَالَ ألم تكن تُغْشِيْنَ الشَّكَاةَ
وَاللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ فَجَعَلْنَ يَأْخُذْنَ مِنْ حُلِيِّهِنَّ وَأَقْرَاطِهِنَّ
وَخَوَاتِيْمِهِنَّ يَطْرَحْنَهُ فِيْ ثَوْبِ بِلاَلٍ يَتَصَدَّقْنَ بِهِ،
Daripada
Jabir beliau berkata : Pada hari Aid saya pernah solat bersama Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam beliau memulai solat sebelum Khudbah kemudian beliau berdiri
dengan bersandar pada Bilal sehingga beliau datang kepada para wanita dan
menasihati mereka serta mengingatkan
mereka dan memerintahkan agar mereka bertaqwa kepada Allah. Beliau
bersabda : Bersedekahlah, kemudian beliau menyebut sebahagian perkara jahanam.
Maka berdirilah seorang wanita dari tengah-tengah mereka yang kedua pipinya
berbintik hitam lalu berkata. Kenapa wahai Rasulullah? Beliau menjawab, kerana
kalian banyak mengeluh banyak melaknat dan suka ingkar kepada suami. Kemudian
mereka mengambil sebahagian dari perhiasan anting dan cincin mereka lalu
meletakkannya ke dalam kain yang dibawa oleh Bilal sebagai sedekah[13],
Ringkasan Manaqib Rawi Al-A’la : “ Jabir bin Abdullah
RA “
Beliau ialah
putera Umar bin Haram. Dan salah seorang sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa
Sallam Mufti di Madinah pada zaman beliau, Beliau memiliki hafalan yang sangat
kuat dan termasuk sahabat yang mengikuti Bai’ah
Ar-ridhwan dan beliau yang terakhir
meninggal dikalangan
sahabat yang
menyaksikan malam Aqabah kedua. Dan masa akhir hidupnya beliau mengahadapi
ujian yang mana beliau buta ketika usir beliau hampir 90 tahun beliau Jabir bin
Abdullah meninggal pada tahun 78 Hijrah ketika berusia 94 tahun. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala rahmati beliau[14],
Faedah Hadith :
Hadith ini menunjukkan bahawa
wanita yang berdiri bertanya itu tidak menutup wajah kerana kelihatan pipinya
berbintik hitam sekiranya wajah itu termasuk aurat sudah tentu Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam menyuruhnya untuk menutup wajah. Hujjah ini dikemukakan oleh
Mufti mesir iaitu Dr Ali Jum’ah dalam kitab beliau bertajuk “Al-Bayaan[15]”
dan mengatakan hadith ini tidak dimansuhkan oleh mana-mana dalil. Dalam Hadith
lain :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُمَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَجَاءَتْ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا
وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ
وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ فَرِيضَةَ
اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ فِي الْحَجِّ أَدْرَكَتْ أَبِي شَيْخًا كَبِيرًا لَا يَثْبُتُ
عَلَى الرَّاحِلَةِ أَفَأَحُجُّ عَنْهُ قَالَ نَعَمْ وَذَلِكَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ،
Daripada
Abdullah bin Abbas RA beliau berkata : Al-fadh mengikuti Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam lalu datang seorang wanita dari suku Khats’Am dan Al-Fadh
melihat kepadanya. Lalu ia pun melihat kepada Al-Fadh, Maka Nabi Shallallahu
'alaihi wa Sallam memalingkan wajah Al-Fadh ke arah lain. Wanita itu berkata,
Wahai Rasulullah Sesungguhnya Allah telah
mewajibkan hambaNya menunaikan Haji
bapaku sudah sangat tua dan ia tidak mampu duduk di atas unta apakah (boleh)
aku menghajikannya (mewakilinya)? Beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam
bersabda. Ya, yang demikian terjadi pada Haji Wada[17],
Ringkasan
Manaqib Rawi Al-A’la : “ Abdullah bin Abbas RA “
Beliau ialah salah seorang sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang memiliki
Ilmu yang luas. Ahli fiqih dan Imam Tafsir beliau ialah Abu Al-Abbas bin
Abdullah. Beliau lahir dari kalangan Bani Hasyim 3 tahun sebelum Hijrah dan
banyak menghafal Hadith Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas beliau berkata :
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam memelukku dan
berdoa “ Ya Allah, ajarkanlah kepadanya Al-Kitab (Al-Quran)[18],
dalam hadith lain Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam berdoa : " اَللّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ
التَّأْوِيْل " Ya Allah, fahamkanlah dia (Abdullah bin Abbas) tentang Agama dan ajarkanlah dia
Ilmu Takwil (tafsir)[19], beliau digelar sebagai Al-Bahr yang bermaksud
Laut. Kerana ilmunya yang sangat luas dan beliau meninggal pada tahun 67 atau
68 Hijrah ketika berusia 71 tahun. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala merahmati beliau[20],
Faedah Hadith :
Hadith ini menunjukkan bahawa
Al-Fadh dan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat wajah wanita tersebut sekiranya
wajah termasuk aurat nescaya Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam perintahkan
agar menutup wajah. Mashur dikalangan ulama mengatakan wajah dan tapak tangan
bagi wanita tidak termasuk aurat begitu juga Imam An-Nawawi dalam kitab beliau
“ Majmuk Syarh Muhazzab[21]”
tafsiran ini sangat mashur dikalangan Ulama Syafie, Hadith lain :
عَنْ جَابِرٍأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ رَأَى امْرَأَةً فَدَخَلَ عَلَى زَيْنَبَ بِنْتِ جَحْشٍ فَقَضَى حَاجَتَهُ
مِنْهَا ثُمَّ خَرَجَ إِلَى أَصْحَابِهِ فَقَالَ لَهُمْ إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ
فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ فَمَنْ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّهُ
يُضْمِرُ مَا فِي نَفْسِهِ،
Daripada
Jabir bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat seorang wanita lalu
beliau masuk ke rumah Zainab binti Jahsy dan menyelesaikan hasratnya (terhadap
isterinya itu) setelah itu beliau keluar menemui sahabatnya dan berkata. Sesungguhnya
wanita itu bagaikan bentuk syaitan, sesiapa yang mendapati hal yang sedemikian
maka handaklah ia mendatangi isterinya kerana hal tersebut dapat menguruskan
yang ada di dalam dirinya[23],
F Ringkasan Manaqib
Rawi Al-A’la : “ Jabir bin Abdullah RA “
Beliau
ialah putera Umar bin Haram. Dan salah seorang sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi
wa Sallam Mufti di Madinah pada zaman beliau, Beliau memiliki hafalan yang
sangat kuat dan termasuk sahabat yang mengikuti Bai’ah Ar-ridhwan
dan beliau yang
terakhir meninggal dikalangan
sahabat yang
menyaksikan malam Aqabah kedua. Dan masa akhir hidupnya beliau mengahadapi
ujian yang mana beliau buta ketika usir beliau hampir 90 tahun beliau Jabir bin
Abdullah meninggal pada tahun 78 Hijrah ketika berusia 94 tahun. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala rahmati beliau[24],
Faedah Hadith :
Hadith ini juga menunjukan bahawa
Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat wanita tersebut dari hadapan dan
sudah tentu Nabi melihat wajahnya dan dalam Sahih muslim ada lafaz dari
belakang[25] yang
tiada pada matan Sunan Abu daud[26] Justeru
wajah dan tapak tangan tidak termasuk aurat bagi wanita Hujjah ini sangat kuat
berdasarkan larangan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam terhadap wanita ketika
Ihram “Wanita Ihram tidak boleh memakai Niqab/purdah dan tidak memakai sarung
tangan[27]” Sekiranya
melihat wajah seseorang wanita itu mendatangkan Syahwat maka Sunnah Nabi Shallallahu
'alaihi wa Sallam ialah mendatangi isterinya agar dapat meluruskan syahwatnya
manakala hadith yang mengatakan wanita aurat tidak termasuk wajah dan tapak
tangan sepertimana hadith dari Abdullah bin Mas’ud RA “ Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka
syaitan menghiasinya (pada pandangan lelaki) [28]”
Kata Sheikh Al-Albani hadith ini umum tidak boleh meletakan hukum wajah dan
tapak tangan itu termasuk aurat. Oleh yang demikian hadits di atas (wanita
adalah aurat), tidak termasuk wajah dan tapak tangan. Prinsip ini tidak pernah
bertentangan dengan amalan orang-orang salaf (para sahabat)[29]. Jumhur
ulama juga mengatakan wajah dan tapak tangan tidak termasuk aurat. Dan untuk
mengelakan daripada fitnah selain dari meluruskan syahwatnya maka palingkanlah
pandangan apabila terlihat kerana ia sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam
yangmana diriwayatkan :
عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ نَظَرِ الْفُجَاءَةِ
فَأَمَرَنِي أَنْ أَصْرِفَ بَصَرِي،
Daripada
Jarir bin Abdullah beliau berkata saya penah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang
Hukum pandangan yang tidak disengajakan maka beliau memerintahkan agar saya
mengalihkan pandangan saya[31],
Ringkasan Manaqib
Rawi Al-A’la : “ Jarir bin Abdullah RA “
Beliau ialah Ibnu Jabir Abu Amir
Al-Bajali Al-Qasari. Seorang pemimpin yang sangat cerdas dan kacak dikalangan
sahabat Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam Umar pernah berkata Jarir adalah yusuf umat ini iaitu kacak
seperti Nabi Yusuf A.S Beliau Jarir bin Abdullah meninggal pada tahun 51
Hijrah. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala
merahmati beliau[32],
Faedah Hadith :
Memelihara pandangan daripada membawa fitnah ialah wajib
agar tidak terjatuh ke dalam fitnah yang lebih besar seperti zina oleh sebab
itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman “ [33][34] Shallallahu 'alaihi wa Sallam terhadap sahabatnya “wahai Ali, janganlah engkau ulangi pandanganmu sesungguhnya
pandangan yang pertama itu ialah bagimu
dan pandangan yang lain bukan untukmu[35]” Hadith
ini bermaksud larangan bagi memandang yang bukan haknya pada
kali yang kedua iaitu mengulangi pandangan selepas memandang kali pertama[36] begitu juga ke atas wanita sekiranya ia mendatangkan fitnah kerana wajahnya maka yang
terbaik itu ia menutup wajahnya iaitu berpurdah dan sebahagian Ulama mewajibkan
purdah ke atas wanita. Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman :
القُرآنُ
اْلكَرِيْم
|
MaksudNya :
Hai
Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[37]
ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, Karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang[38],
Faedah Ayat :
Sebahagian Ulama mentafsirkan
ayat ini dengan mewajibkan ke atas wanita untuk menutup wajah mereka dan mereka
itulah wanita-wanita yang beriman dan tidak digangu iaitu Fitnah dengan
menutupi aurat mereka dengan baik dan saya meneliti bahawa tafsiran ini kuat
untuk mewajibkan wanita menutupi wajahnya dan ayat di atas tidak Khusus untuk
isteri-isteri Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam yangmana diriwayatkan :
عَنْ صَفِيَّةَ بِنْتِ شَيْبَةَ أَنَّ عَائِشَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَتْ تَقُولُ لَمَّا
نَزَلَتْ هَذِهِ
الْآيَةُ { وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ } أَخَذْنَ أُزْرَهُنَّ فَشَقَّقْنَهَا مِنْ قِبَلِ الْحَوَاشِي فَاخْتَمَرْنَ
بِهَا،
Daripada
Syafiah binti Syaibah bahawa Aisyah R’HA berkata ketika turun Ayat : “ Dan hendaklah mereka menutup kain
tudung kedadanya
[40]” Mereka
mengambil kain menutup badan mereka kemudian mereka memotong kain itu dari
bahagian hujungnya dan mereka menutupi wajah-wajah mereka dengannya[41],
Ringkasan
Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “
Beliau ialah putri seorang imam yang
jujur dan khalifah, Abu
Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayatkan hadith daripada Rasulullah Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Sallam mencapai 2210 hadith dan beliau isteri Nabi
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda "
Al-Humaira " ertinya : wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu
disandangkan kepada Aisyah R’HA kerana pipinya terlihat merah seperti buah
delima, beliau meninggal pada tahun 57 Hijrah[42],
Faedah Hadith
:
Kalimah فَاخْتَمَرْنَ (mereka memakai tudung) bermaksud : Mereka menutupi
wajah-wajah mereka dengan kain tersebut ini kerana pada masa Jahiliyyah kaum
wanita melabuhkan tudungnya ke belakang dan membiarkan yang depan terbuka maka
mereka pun diperintahkan untuk menutupinya. Tafsiran ini sangat mashur
dikalangan Ulama Hadith termasuk Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani[43] dan wanita yang dimaksudkan tersebut
ialah kaum wanita Anshar yang berhijrah yangmana kata Aisyah R’HA : Semoga
Allah rahmati wanita-wanita yang terawal berhijrah. Kerana ketika turun ayat “
Dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka ke dadanya “ mereka memotong
pakaian milik mereka yang dibuat dari bulu merekapun menutup wajah-wajah mereka
dengannya[44]. Dan tafsiran ini juga terdapat dalam
kitab tafsir Ibnu Katsir[45] begitu juga Tafsir At-Tabari daripada
Ibnu Abbas RA beliau berkata[46] “ Allah memerintahkan para wanita mukminah
apabila mereka keluar dari rumah-rumah mereka untuk keperluan hendaklah mereka
menutup wajah-wajah mereka dari atas kepala mereka dengan Jilbab sehingga yang nampak
dari mereka adalah sebuah biji mata sahaja[47] atau dua belah mata iaitu dalam riwayat
yang lain[48]
menyatakan cara menutup wajah adalah dengan melilitkan jilbab sehingga menutup
dahi dan bahagian wajah dan menampakkan dua mata sahaja[49].
Dalam hadith lain :
الحديث النّبوى : عَنْ حَدِيثِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
|
عَنْ حَدِيثِ عَائِشَةَ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ...وَكَانَ صَفْوَانُ
بْنُ الْمُعَطَّلِ السُّلَمِيُّ ثُمَّ الذَّكْوَانِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْجَيْشِ فَأَدْلَجَ
فَأَصْبَحَ عِنْدَ مَنْزِلِي فَرَأَى سَوَادَ إِنْسَانٍ نَائِمٍ فَأَتَانِي فَعَرَفَنِي
حِينَ رَآنِي وَكَانَ رَآنِي قَبْلَ الْحِجَابِ فَاسْتَيْقَظْتُ بِاسْتِرْجَاعِهِ حِينَ
عَرَفَنِي فَخَمَّرْتُ وَجْهِي بِجِلْبَابِي وَ وَاللَّهِ مَا كَلَّمَنِي كَلِمَةً
وَلَا سَمِعْتُ مِنْهُ كَلِمَةً غَيْرَ اسْتِرْجَاعِهِ حَتَّى أَنَاخَ رَاحِلَتَهُ
فَوَطِئَ عَلَى يَدَيْهَا فَرَكِبْتُهَا...
Daripada
hadith Aisyah R’HA isteri Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam... adapun Shafwan bin
Mu’athal As-sulami kemudian Adz-dzakwani berada di belakang pasukan tentera. Ia
datang ketika waktu masih gelap dan pada waktu subuh dia sampai tempatku dia
melihat warna hitam manusia tertidur. Maka dia datang kepadaku dan mengenaliku
ketika melihatku dan ia penah melihatku sebelum turun ayat Hijab. Aku terbangun
kerana ucapan Istirja’ ketika dia mengenaliku, Aku pun menutup wajahku dengan
Jilbabku. Demi Allah tidak ia berkata satu kalimah selain ucapan Istirja Hingga
dia merendahkan haiwan tunggangannya dan haiwan itu melutut pada kedua kakinya
dan aku menaikinya[50]...
Ringkasan
Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “
Beliau ialah putri seorang imam yang
jujur dan khalifah, Abu
Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayatkan hadith daripada Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam mencapai 2210 hadith dan beliau isteri Nabi Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira
" ertinya : wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandangkan kepada
Aisyah R’HA kerana pipinya terlihat merah seperti buah delima, beliau meninggal
pada tahun 57 Hijrah[51],
Faedah Hadith :
Hadith ini menerangkan kambali
kisah Aisyah R’HA di fitnah oleh golongan munafiq tentang beliau dan Shafwan
bin Mu’aththal As-sulami ketika tertinggal dari rombongan tentera selepas
menghadapi peperangan menuju ke madinah Aisyah R’HA tertinggal kerana mencari
kalungnya yang terputus ketika sedang mencari kalungnya ia terlepas dari
rombongan tentara dan rombongan tersebut menyangka Aisyah R’HA berada di tempat
tunggangannya. Ketika Aisyah R’HA sedar dia ditinggalkan dia menunggu mengharap pasukan tentera
tersebut sedar bahawa dia tertinggal. Ketika Aisyah R’HA sedang menunggu beliau
tertido dan datanglah Shafwan bin
Mu’aththal As-sulami yangmana ia juga terlepas dari pasukan tentera tersebut
lalu ia terlihat seorang manusia yang tertido lalu ia melihat dan mengucapkan Innalillahi Wa Inna’I laihi Ra’ji’un kerana ia
kenal bahawa yang tertido itu Isteri Nabi Shallallahu
'alaihi wa Sallam. Aisyah R’HA terbangun kerana ucapan Shafwan bin Mu’aththal
As-sulami lalu Aisyah R’HA menutup wajahnya. Sebahagian ulama mengatakan
wajah termasuk Hijab kerana sebelum turun ayat Hijab Shafwan bin
Mu’aththal As-sulami penah melihat Aisyah R’HA dan selepas turun ayat Hijab Aisyah R’HA menutup wajahnya dan
wanita-wanita mukminah juga menutup wajah mereka seperti hadith yang terdahulu
dan menutup wajah itu tidak khusus kepada isteri-isteri Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sahaja
tetapi ia termasuk wanita-wanita mukminah lain kerana Aisyah R’HA contoh yang
terbaik. Dan mereka dikalangan wanita berpurdah ketika berurusan yangmana
diriwayatkan[52] “Samurah
bin Jundub membolehkan wanita yang berniqab menjadi saksi[53]”
Dalam hadith lain :
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ الرُّكْبَانُ يَمُرُّونَ
بِنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُحْرِمَاتٌ
فَإِذَا حَاذَوْا بِنَا سَدَلَتْ إِحْدَانَا جِلْبَابَهَا مِنْ رَأْسِهَا عَلَى وَجْهِهَا
فَإِذَا جَاوَزُونَا كَشَفْنَاهُ،
Daripada Aisyah beliau berkata : Adalah penunggang-penunggang melalui kami sedangkan kami bersama dengan
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam keadaan Ihram, apabila mereka
melintasi kami maka setiap kami (isteri-isteri Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam) akan melabuhkan jilbabnya daripada kepalanya ke atas wajahnya apabila
mereka telah berlalu kami pun membukanya kembali[55],
Ringkasan
Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “
Beliau ialah putri seorang imam yang
jujur dan khalifah, Abu
Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayatkan hadith daripada Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam mencapai 2210 hadith dan beliau isteri Nabi Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira
" ertinya : wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandangkan kepada
Aisyah R’HA kerana pipinya terlihat merah seperti buah delima, beliau meninggal
pada tahun 57 Hijrah[56],
Faedah Hadith :
Hadith ini menunjukan menutup
wajah itu sangat dituntut untuk mengelakan daripada fitnah dan di antara para
ulama yang menguatkan pendapat ini dan mewajibkan purdah ialah : Sheikh Abdul
Aziz bin Baz, Sheikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, dan sebahgian besar Ulama
Saudi berhujjah dengan Hadith : “ Wanita
adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan menghiasinya (pada pandangan lelaki)[57].
Dalam hadith lain yangmana diriwayatkan :
عَن أَسْمَاءِ بْنت أَبِيْ بَكْرِ رَضِيَ الله عَنْهُمَا
قاَلَتْ : كُنَّا نُغْطِيْ وُجُوْهُنَا مِنَ الرِّجَالِ وَ كُنَّا نَتَمَشْطِ قَبْلَ
ذَلِكَ فِيْ الإِحْرَامِ،
Daripada Asma'
binti Abu Bakar R’MA beliau berkata: Kami menutup wajah kami dari lelaki, dan
kami menyikat rambut sebelum itu di saat ihram[59],
Ringkasan
Manaqib Rawi Al-A’la : “ Asma R’HA “
Beliau ialah Asma binti Abu Bakar R’HA
Ummu Abdullah Al-Qurasyiyah At-Taimiyyah Al-Makkiyyah Al-Madaniyyah. Beliau
terdiri daripada Muhajirat yang terakhir meninggal dunia dan banyak meriwayatkan Hadith Daripada
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, Ummu Asma binti Abu Bakar R’HA lebih
muda daripada Aisyah R’HA 10 tahun dan ketika berlakunya Hijrah beliau sedang
mengandung anaknya Abdullah bin Zubair. Asma terkenal dengan gelaran Dzatun-Naqatain
(pemilik dua tali pinggang) Ketika Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan Abu Bakar bersembunyi di gua untuk melarikan
diri daripada ancamana kaum Quraisy, beliaulah yang membekalkan makanan dan minuman kepada
Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan ayahnya. Beliau Asma binti Abu Bakar R’HA meninggal pada tahun 73
hijrah Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala rahmati
beliau[60],
Faedah Hadith :
Hadith ini menunjukkan bahawa dikalangan
wanita mereka menutup wajah mereka mengelakan daripada fitnah Mazhab Malikiah berpendapat wajah wanita wajib ditutup demikian
juga dua tapak tangannya mengelakan daripada fitnah[61]
diluar solat iaitu di hadapan
lelaki ajnabi kerana fitnah adalah benda zanni dan tidak sama padanya setiap
manusia dan keadaan. Maka wajah wanita itu sendiri merupakan illah untuk
diwajibkan tutup. Mazhab Hanafiah berpandapat Wanita muda tidak boleh sama
sekali mendedahkan wajahnya kepada lelaki yang bukan mahram kerana ditakuti
mendatangkan fitnah[62]
Ali bin Abi Thalib RA pernah berkata kepada Isterinya : “ Wahai Fathimah!
Apakah yang terbaik untuk seorang wanita? Fathimah menjawab : Hendaklah ia
tidak melihat lelaki (yang bukan dari Mahramnya) dan lelaki pun tidak
melihatnya “ Ali bin Abi Thalib RA
berkata : Tidakkah engkau malu? Tidakkah engkau cemburu? Salah seorang
di antara kalian membiarkan isterinya pergi ke khalayak kaum lelaki dan ia
melihat mereka serta mereka (lelaki) pun melihat mereka (wanita) pula[63]. Oleh sebab
itu kaum wanita diwajibkan menutup wajah agar tidak berlaku fitnah yang lebih
besar dan Allah memerintahkan agar mereka menundukkan pandangan. Manakala
tentang Hadith larangan purdah ketika Ihram. Seseorang itu boleh memilih
samaada ia mahu membuka purdah atau
menutup wajahnya sekiranya ia mahu, Yangmana diriwayat :
عَنْ عائِشَة رَضِيَ الله عَنْهَا قَالَتْ : اْلمُحْرِمَةُ
تَلْبَس مِنَ الثِّيَابِ مَا شَاءَتْ إِلَّا ثَوْبًا مَسَّهُ وَرْسٌ أَوْ زَعْفَرَانٌ
وَلَا تتَبَرْقِعُ وَلَا تُلَثِّمُ وَتَسْدُلُ الثَّوْبَ عَلىَ وَجْهِهَا إِنْ شَاءَتْ،
Daripada
Aisyah R’HA beliau berkata : Wanita yang sedang Ihram boleh memakai apa sahaja
yang ia suka kecuali pakaian yang telah disentuh oleh warna atau za’faran.
Tidak boleh menggunakan penutup wajah dan tidak pula topeng dan ia boleh
menurunkan (menutup) pakaian ke wajahnya jika ia mahu[65],
Ringkasan
Manaqib Rawi Al-A’la : “ Aisyah R’HA “
Beliau ialah putri seorang imam yang
jujur dan khalifah, Abu
Bakar bin Quhafah. Beliau meriwayatkan hadith daripada Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam mencapai 2210 hadith dan beliau isteri Nabi Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sangat dicintai Baginda " Al-Humaira
" ertinya : wanita yang pipinya kemerahan. sebutan itu disandangkan kepada
Aisyah R’HA kerana pipinya terlihat merah seperti buah delima, beliau meninggal
pada tahun 57 Hijrah[66],
Faedah Hadith
:
Hadith ini
menunjukkan wanita mukminah mereka sentiasa
menutup wajah mereka melainkan ketika
Ihram dan mereka boleh menutup wajah sekiranya mereka mahu adapun luar daripada itu
mereka wanita mukminah sentiasa menutupi wajah yangmana diriwayatkan Daripada Safiyyah binti Syaibah daripada Aisyah R’HA
adalah beliau bertawaf dalam keadaan memakai niqab (purdah)[67]. Berpurdah makruf dikalangan wanita mukminah dan
sangat makruf dikalangan kaum wanita Ansar. Oleh sebab itu, Kata Aisyah R’HA :
Aku tidak pernah melihat yang lebih utama daripada wanita-wanita Ansar dalam
hal membenarkan Kitab Allah (Al-Quran) dan keimanan terhadap Wahyu. Sungguh
ketika turun Surah An-Nuur : Hendaklah mereka menutup kain tudung mereka ke dadanya[68]. Maka kaum lelaki mereka kembali membaca kepada
mereka apa yang diturunkan tentang mereka. Tidaklah seorang wanita pun
melainkan berdiri menghampiri kainnya dan subuh harinya mereka mengerjakan
solat dengan mengunakannya[69].
Oleh sebab itu, yang utama dan yang terbaik itu wanita-wanita mukminah ialah
mereka yang menutup wajahnya agar tidak berlaku Fitnah maka mereka itulah
wanita-wanita yang baik dan beriman. Persoalan wajib atau tidak tentang
pemakaian Niqab/purdah saya katakan Niqab/purdah tidak wajib kerana tidak ada
Dalil Khusus untuknya dan sekiranya ia tidak menutup wajah dan mendatangkan
Fitnah maka yang dekat itu ialah menutup wajah untuk mengelak daripada fitnah. Walaupun
ada hadith-hadith tentang pemakaian Purdah ketika turunya ayat Hijab saya
katakan kesemua hadith-hadith tersebut Mauquf dan mengenai Hadith wanita ialah
aurat[70]. Hadith tersebut Umum tidak boleh menghukum
mewajibkan menutup wajah kerana Ayat sebut kecuali yang zahir maka dikalangan
Ulama Khilaf tentang masalah ini samaada mentafsirkannya yang zahir itu hanya
wajah dan tapak tangan atau yang zahir itu hanya Mata dan menutup wajahnnya.
Tidaklah disebabkan saya memilih bahawa Niqab/purdah itu tidak wajib
menyebabkan saya menolok sebahgian yang mewajibkan. Tegas saya katakan
Niqab/purdah itu boleh menjadi wajib untuk mengelak daripada Fitnah kerana
illah situasi berbeza-beza malahan yang dekat dengan Al-quran dan As-Sunnah itu
ialah menutup wajahnya kerana Ummul mukminin Aisyah R’HA beliau menutup
wajahnya dan kaum wanita mukminah lain juga menutup wajah mereka. yangmana diriwayatkan :
Daripada
Syafiah binti Syaibah bahawa Aisyah R’HA berkata ketika turun Ayat : “ Dan hendaklah mereka menutup kain
tudung kedadanya
[71]” Mereka
mengambil kain menutup badan mereka kemudian mereka memotong kain itu dari
bahagian hujungnya dan mereka menutupi wajah-wajah mereka dengannya[72], والله الحمد
الحديث النّبوى:
|
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا
قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ
كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ
الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا
لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا،
Daripada
Abu Hurairah RA beliau berkata : Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wa Sallam bersabda : Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat
iaitu kaum yang membawa cemati seperti ekor lembu yang mereka gunakan untuk
memukul orang laing dan para wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang
berjalan melengguk-lengguk Sedangkan kepada mereka bagaikan bonggol unta yang
bengkok. Mereka itu tidak akan masuk ke dalam Syurga dan tidak akan mencium
bauh Syurga Peadahal harum bauh semerbak
Syurga itu dapat dirasakan dari jarak yang begini dan begini[73],
الحديث النّبوى:
|
عَنْ الزُّهْرِيِّ أَخْبَرَنَا حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ
الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَمِعَ مُعَاوِيَةَ بِالْمَدِينَةِ يَخْطُبُ يَقُولُ أَيْنَ عُلَمَاؤُكُمْ
يَا أَهْلَ الْمَدِينَةِ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَنْهَى عَنْ هَذِهِ الْقُصَّةِ وَيَقُولُ إِنَّمَا هَلَكَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ
حِينَ اتَّخَذَهَا نِسَاؤُهُمْ،
Daripada
Az-Zuhri Humaid bin Abdurrahman Mengkhabarkan kepada kami bahawa beliau
mendengar Muawiyah sedang berkhudbah di Madinah ia berkata : Di mana Ulama-ulama
kalian wahai penduduk Madinah? Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa Sallam melarang memakai sanggul ini, Beliau juga bersabda :
Sesungguhnya kaum bani Israil binasa manakala wanita-wanita mereka memakai
sanggul (menyambungnya)[74],
“ Jadilah Orang
Yang Menuruti Al-Quran Dan As-Sunnah’ Sekiranya Tidak Mampu. Jadilah
Orang Yang Belajar Al-Quran Dan As-Sunnah’ Sekiranya Tidak Mampu. Jadilah Orang
Yang Mencintai Orang Yang Menuruti Al-Quran Dan As-Sunnah Dan Orang Yang
Belajar Al-Quran Dan As-Sunnah’ Sekiranya Tidak Mampu. Janganlah Membencihi
Mereka “
والله الحمد
[2]. سورة النور : 31 (24)
[4]. قَالَ أَبُو دَاوُد هَذَا مُرْسَلٌ خَالِدُ بْنُ
دُرَيْكٍ لَمْ يُدْرِكْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
[6]. " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان
الذّهبي 673-748 " ]سير
أعلام النّبلاء[ ج2 ص135- 201 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة
1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[7]. جلباب المرأة المسلمة
- المؤلف : محمد ناصر الدين الألباني الطبعة : الأولى - 1413 المكتبة
الإسلامية - عمان - الأردن
[8]. "
أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل العسقلاني الشافعي (المتوفى : 852 هـ) " ]التهذيب
التهذيب [رتبته
عند ابن
حجر : ثقة يرسل ج3 ص80 ط
: دار الكتب العلمية 1415هـ / 1994 مـ بيروت- لبنان
[9]. " شمس الدين
محمد بن أحمد بن عثمان الذهبي " ] تاريخ الإسلام ووفيات المشاهير والأعلام[
خالد بن دريك :] الوفاة:
111-
120 هـ[ ج7 ص211
ط : المكتبة التوفيقية التاريخ الطبعة مجهول القاهرة - مصر
[10]. سَعِيدُ
بْنُ بَشِيرٍ، أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ الأَزْدِيُّ، مَوْلاهُمُ، الْبَصْرِيُّ، وَقِيلَ:
الدِّمَشْقِيُّ، [ الوفاة:
161 - 170 هـ ]
وأنظر :
" أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل العسقلاني الشافعي
(المتوفى : 852 هـ) "" ]التهذيب
التهذيب [رتبته
عند ابن حجر
: ضعيف
ج4 ص8-10 نفس السابق
[11]. " محمد بن جرير
بن يزيد بن كثير بن غالب الآملي، أبو جعفر الطبري (المتوفى : 310 هـ) " ] تفسير الطبري من كتابه جامع
البيان
في تأويل القرآن [ حدثني
عليّ، قال: ثنا عبد الله، قال
: ثني معاوية، عن عليّ، عن ابن عباس، قوله : ( وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ
إِلا
مَا ظَهَرَ مِنْهَا ) قال : والزينة
الظاهرة: الوجه وكحل
العين، وخضاب الكفّ،] المكتبة الشاملة [
[12]. عطاء بن أبي رباح
أسلم، الامام شيخ الاسلام، مفتي الحرم، أبو محمد القرشي مولاهم المكي، [ الوفاة: 111 – 120 هـ ]
[14].
" شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان
الذّهبي 673-748 " ]سير
أعلام النّبلاء[ ج3 ص189- 194 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة
1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[16]. سُلَيْمَانُ بْنُ يَسَارٍ الْمَدَنِيُّ [أَبُو أَيُّوبَ أو أَبُو
عَبْدِ الرَّحْمَنِ] [الوفاة: 101 -
110 هـ]
[19]. أخرجه أحمد حنبل في
مسنده رقم الحديث : 2397 (1/265) ] إسناده صحيح
[ ج3
ص95 ط : دار الحديث (الطبعة
الأولى) 1416 هـ / 1995 مـ القاهرة- مصر
[20]. " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان
الذّهبي 673-748 " ]سير
أعلام النّبلاء[ ج3 ص309-331 ط : (الطبعة العاشرة)
مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[21]. " أبو زكريا محيي
الدين يحيى بن شرف النووي (المتوفى : 676 هـ) " ]
المجموع شرح المهذب [ ج3
ص173 – 176
ط : مكتبة الإرشاد التاريخ الطبعة مجهول جدّة –
المملكة العربية السعودية، كتاب الصلاة
الباب : ستر العورة، " عورة الرجل
ما بين سرته الي ركبته
" وأما الحرة فجميع بدنها عورة الا الوجه والكفين لقوله تعالي ( ولا يبدين زينتهن
الا ما ظهر منها ) قال
ابن عباس وجهها وكفيها ولان النبي صلي الله عليه
وسلم " نهي المرأة الحرام عن لبس القفازين والنقاب "
[24]. " شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان
الذّهبي 673-748 " ]سير
أعلام النّبلاء[ ج3 ص189- 194 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة
1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
177 ط : المكتبة التوفيقية 1429 هـ / 2008 مـ
القاهرة- مصر
[26]. " محمد شمس الحق
العظيم آبادي أبو الطيب " ]عون المعبود شرح سنن أبي
داود [ ج4 ص245-246 ط : دارالحديث
1422هـ / 2001 مـ القاهرة- مصر
[27]. أخرجه أبو داود رقم
الحديث : 1826 وأخرجه الترمذي برقم الحديث
: 833 وأخرجه النسائى برقم الحديث : 2672
وأخرجه البخاري برقم الحديث : 1838 ]صحيح [ عن عبدالله بن عمر عن
النبي صلى الله عليه وسلم
.[30] أَبِي زُرْعَةَ بْن عَمْرِو بْن جَرِيرِ بْن عَبْد الله البجليُّ
الكوفيُّ، [ الوفاة: 151 - 160 هـ ]
[32]. "
شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير
أعلام النّبلاء[ ج2 ص530-537 ط :
(الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة 1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[33]. سورة النور : 30 (24)
[34]. " أبو زكريا يحيى بن شرف بن مري النووي " [شرح النووي على صحيح مسلم] رقم
الحديث : 2159 ج14 ص137-
138 ط : المكتبة التوفيقية 1429 هـ / 2008 مـ
القاهرة- مصر
[36]. " محمد شمس الحق العظيم
آبادي أبو الطيب " ]عون المعبود شرح سنن أبي
داود [ ج4 ص244-245 ط : دارالحديث
1422هـ / 2001 مـ القاهرة- مصر
yang tidak nampak bentuk tubuh badan
[38]. سورة الأحزاب :
59 (33)
[39]. صفية
بنت شيبة بن عُثْمَانَ الْحَجَبِيِّ، الْقُرَشِيَّةُ الْعَبْدَرِيَّةُ. [الوفاة:
81 - 90 هـ]
[42]. "
شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[
ج2 ص135- 201 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة
1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[43]. " أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل العسقلاني
الشافعي (المتوفى : 852 هـ) " ] فتح الباري شرح
صحيح البخاري [ ج8
ص 626- 628 ط : دار
الكتب العلمية 1410 هـ / 1989 مـ
بيروت - لبنان
[45]. " أبو الفداء إسماعيل بن
عمر بن كثير القرشي الدمشقي (المتوفى : 774هـ) " ] صحيح تفسير ابن كثير[
ج6 ص376
ط : المكتبة ابن كثير 1430 هـ /
2009 مـ الإندونيسية
[46]. حدثني
عليّ، قال: ثنا أَبو صالح قال ثني معاوية عن علي عن ابن عباس،(يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ
وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ)
أمر الله نساء المؤمنين إذا خرجن من بيوتهن في حاجة أن يغطين وجوههن من
فوق رءوسهن بالجلابيب ويبدين عينا واحدة.
[47]. " محمد بن جرير بن
يزيد بن كثير بن غالب الآملي، أبو جعفر الطبري (المتوفى : 310هـ) " ] تفسير الطبري من كتابه جامع
البيان في تأويل القرآن[ ج6
ص199- 200 ط : مؤسسة الرسالة
1415 هـ / 1994 مـ بيروت – شارع سوريا
[48]. قال قتادة وابن عباس في رواية أخرى : أن تلويه
فوق الجبين وتشدّة ثمّ تعطعه على الأنف وأن ظهرت عيناها
[49]. " الدكتور وَهْبَة الزُّحَيْلِيّ " ]تفسير المنير في العقيدة
والشريعة والمنهج [ ج22 ص106- 110
ط : دار الفكر المعاصر
1411 هـ /
1991 مـ بيروت- لبنان
[51].
" شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان
الذّهبي 673-748 " ]سير
أعلام النّبلاء[ ج2 ص135- 201 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة
1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[52]. قَالَ سُلَيْمَانُ بْنُ يَسَارٍ اسْتَأْذَنْتُ عَلَى
عَائِشَةَ فَعَرَفَتْ صَوْتِي قَالَتْ سُلَيْمَانُ ادْخُلْ فَإِنَّكَ مَمْلُوكٌ مَا
بَقِيَ عَلَيْكَ شَيْءٌ وَأَجَازَ سَمُرَةُ
بْنُ جُنْدُبٍ شَهَادَةَ امْرَأَةٍ مُنْتَقِبَةٍ
[53]. " أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل العسقلاني الشافعي (المتوفى
: 852 هـ) " ] فتح الباري شرح صحيح البخاري [ ج8
ص 626- 628 ط : دار
الكتب العلمية 1410 هـ / 1989 مـ
بيروت - لبنان
[54]. مُجَاهِدُ
بْنُ جَبْرٍ أَبُو الْحَجَّاجِ الْمَكِّيُّ الْمُقرِئُ الْمُفَسِّرُ، [ الوفاة:
101 - 110 هـ ]
[55]. أخرجه أبو داود رقم الحديث : 1833 وأخرجه ابن ماجه برقم الحديث : 2936 وأخرجه أحمد بن حنبل في مسنده برقم
الحديث : 23903 ( 6/30) ج17 ص208 ط :
دارالحديث 1416 هـ / 1995 مـ القاهرة- مصر ] حسن لغير[
[56].
"
شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]سير أعلام النّبلاء[
ج2 ص135- 201 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة
1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[60].
" شمس الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان
الذّهبي 673-748 " ]سير
أعلام النّبلاء[ ج2 ص287- 296 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة
1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[61]. الدُّكتُور وَهْبَة الزُّحَيْلِيّ "
]الفِقْهُ الإسلاميُّ وأدلَّتُهُ[
ج1 ص587 الباب : " حد العورة " ط : دار الفكر (الطبعة الثالثة)
1409 هـ / 1989 مـ سورية - دمشق
[62]. الدُّكتُور وَهْبَة الزُّحَيْلِيّ "
]الفِقْهُ الإسلاميُّ وأدلَّتُهُ[
ج1 ص585 الباب :
" حد العورة " نفس
السابق
[63]. "
شمس
الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ]
الكبائر [
الباب : نشوز المرأة على زوجها
( 47 )
[64]. مُعَاذَةُ بِنْتُ عَبْدِ اللَّهِ أُمُّ الصَّهْبَاءِ الْعَدَوِيَّةُ،
الْعَابِدَةُ الْبَصْرِيَّةُ. [ الوفاة: 81 - 90 ه ـ]
[66]. " شمس
الدّين محمّد بن أحمد بن عثمان الذّهبي 673-748 " ] سير أعلام النبلاء[
ج2 ص135- 201 ط : (الطبعة
العاشرة) مؤسّسة الرسالة
1414 هـ / 1994 مـ بيروت - شارع سوريا
[67]. " أبو بكر عبد الرزاق بن همام الصنعاني
" ] مصنف عبد الرزاق [ رقم الحديث : 8859 ] حديث ضعيف [ج5 ص24
– 25 ط : المكتبة
الإسلامي (الطبعة الثانية) 1403 هـ / 1983
مـ بيروت - لبنان
[69]. " أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل العسقلاني الشافعي (المتوفى
: 852 هـ) " ] فتح الباري شرح صحيح البخاري [ ج8
ص 627- 628 ط : دار
الكتب العلمية 1410 هـ / 1989 مـ
بيروت - لبنان