Ahad, 18 Julai 2010

Berbakti Kepada Kedua Ibu-Bapa

Firman Allah SWT : MaksudNya : Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. [ Al-Israak : 23 ] Syarahan Ayat : Ayat ini Allah SWT memerintahkan kepada hambanya agar jangan sama sekali menyembah selain dari Allah SWT dan Allah SWT memerintahkan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa meraka dengan sebaik-baiknya. Ini kerena kedua ibu bapa sangat banyak jasanya kepada anak-anaknya. Maka Allah memerintahkan mentaati mereka. Oleh yang demikian Allah SWT menegaskan jangan sama sekali mengkasari mereka ketika mereka sudah lanjut usir baik dari segi percakapan mahupun perbuatan. Dan janganlah menggatakan kepada mereka walaupun perkataan “ Ah “ atau perbuatan yang tidak baik kepada mereka. Dalam ayat ini juga Allah memerintahkan supaya bercakap yang baik atau perbuatan yang mulia kepada meraka dengan semulia-mulianya. Dalam ayat lain Allah SWT berfirman : Maksudnya : Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya. ibunya Telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya (Dirinya) dalam dua tahun. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapamu, Hanya kepada-Kulah kembalimu. [ Luqman : 14 ] Syarahan Ayat : Ayat ini menerangkan ketika mana Luqman[1] menasihati anaknya agar jangan mensyirikan Allah SWT dengan sesuatu dan menyuruh anaknya berbakti kepada orang tua ( Kedua Ibu bapa ). Ini kerana jasa mereka yang mendidik dan menjaga anak-anak mereka. Dalam masa yang sama Ayat : وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ Bermaksud : Dalam keadaan penuh menderita ketika mengandungkan si anak, Oleh itu berbakti kepada Kedua Ibu Bapa adalah Wajib. Seperti mana Firman Allah SWT : [1] Luqman Bin Anqa Bin Sadun Mejoroti Ulama berpendapat bahawa beliau Bukan Nabi. Beliau Adalah seorang hamba yang soleh yang Taat beribadah bukan seorang Nabi dan beliau juga tukang Kayu, Kata Abdullah Bin Abbas : Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba yang berbangsa Habsyi (Ethiopia) dan bertugas sebagai tukang kayu. Anak beliau bernama Tsaran [ Tafsir Ibnu Kahsir Surah Luqman. Ayat 11-14 ]، Maksudnya : Dan kami wajibkan kepada manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapanya. dan jika keduanya memaksa engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuan engkau tentang itu, Maka janganlah engkau mengikuti keduanya. Hanya kepadaku engkau kembali, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang Telah engkau kerjakan. [ Al-Angkabut : 8 ] Syarahan Ayat : Imam At-Termizi[1]. Meriwayatkan daripada Sa’ad Bin Waqqash RA ia berkata : Ada empat ayat dalam Al-Quran yang turun berkaitan dengan aku’ Lalu Sa’ad Bin Waqqash menceritakan tentang kisahnya. Ia berkata : ‘Ibuku berkata, Tidaklah Allah SWT memerintahkan engkau untuk berbakti kepada orang tua? Demi Allah aku tidak mahu makan walaupun sesuap dan aku tidak mahu minum walaupun seteguk meskipun aku mati. Kecuali engkau (Sa’ad Bin Waqqash) kembali Kufur, Sa’ad berkata : Setelah itu bila keluarganya hendak memberi ibunya makan. Ia harus membuka mulutnya secara paksa. Kemudian turunlah Ayat ini : [1] الإمام أبي عيسى محمد بن عيسى بن سورة الترمذي ( 209-297هـــ ) Dan kami wajibkan kepada manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu bapanya. dan jika keduanya memaksa engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuan engkau tentang itu, Maka janganlah engkau mengikuti keduanya. Hanya kepadaku engkau kembali, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang Telah engkau kerjakan.
[أخرجه الترمذي رقم الحديث : 3189 حسن صحيح. قال الشيخ الألباني : صحيح ] Ayat ini turun kerana Ibu Sa’ad Bin Waqqash bersumpah tidak mahu makan dan minum kerana anaknya ( Sa’ad Bin Waqqassh ) memeluk Islam. Lalu ia berkata : bukanlah Allah SWT memerintahkan engkau untuk berbakti kepada orang tua? Dan ibunya memerintahkan Sa’ad Bin Waqqash agar tinggalkan Islam dan kembali Kufur. Maka turun ayat tersebut mewajibkan seseorang itu berbakti kepada orang tua walaupun orang tuanya Kafir sehingga mana orang tuanya tidak menyuruh melakukan perbuatan Syirik kepada Allah SWT dengan sesuatu. Maka ia tidak Wajib diikuti. Kata Ibnu Hajar Al-Asqalani : Saya tidak temu dalam satu riwayatpun keterangan bahawa ia ( Ibu Sa’ad Bin Waqqash ) memeluk Islam, عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالُوا :يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَبَرُّ? قَالَ: أُمَّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ? قَالَ أُمَّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ? قَا أَبَاكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ? قَالَ الْأَدْنَى فَالْأَدْنَى،
Daripada Abi Hurairah RA beliau berkata : Mereka ( Para Sahabat ) bertanya “ Wahai Rasulullah SAW, sipakah orang ( Yang Layak ) aku berbakti? Beliau menjawab : Ibumu, kemudian ia bertanya lagi, Lalu siapa? Beliau menjawab : Ibumu, ia bertanya lagi. Lalu siapa? Beliau menjawab : Bapamu, ia bertanya lagi. Lalu siapa? Beliau menjawab : orang yang lebih bawah dan seterusnya”, [أخرجه ابن ماجه رقم الحديث :3725، قال الشيخ الألباني : صحيح] Syarahan Hadis : Ibu adalah yang utama yang perlu ditaati oleh anak-anak. Ini kerana jasa ibu kepada anak sangat besar, maka Nabi SAW menyebut berulang-ulang bahawa yang layak ditaati adalah ibu kemudian setelah itu baru bapa dan yang seterusnya. Dalam Hadis lain Nabi SAW bersabda : عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ، Daripada Abdullah Bin Amru daripada Nabi SAW bahawa beliau bersabda : Redha Allah SWT dalam ( bergantung kepada ) Redha kedua ibu bapa. Dan murka Allah SWT itu dalam murka kedua ibu bapa, [أخرجه الترمذي رقم الحديث : 1899 ، قال الشيخ الألباني : صحيح] Syarahan Hadis : Mentaati kedua ibu bapa adalah kewajipan terhadap anak ini kerana mereka sangat berjasa kepada anak tersebut dan Allah SWT akan meredhai apa yang dilakukan oleh seseorang itu sekiranya kedua ibu bapa mereka meredhai. Dalam masa yang sama Allah SWT juga murka kepada seseorang itu apabila kedua ibu bapanya murka terhadapnya. Oleh yang demikian mentaati dan memohon keredhaan kedua ibu bapa perlu agar Allah SWT meredhai apa yang dilakukan baik daripada segi pengajian mahupun dalam urusan kejayaan dan masa depan seseorang itu. Dalam hadis lain Nabi SAW bersabda : عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِ يكَرِبَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِأُمَّهَاتِكُمْ ثَلَاثًا إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِآبَائِكُمْ إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِالْأَقْرَبِ فَالْأَقْرَبِ،
Daripada Mikdam Bin Ma’dikarib bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT mewasiatkan kelian untuk berbakti kepada ibu-ibu kalian ( beliau mengucapkannya tiga kali ) Sesungguhnya Allah SWT mewasiatkan kepada kalian untuk berbakti kepada bapa-bapa kalian. Sesungguhnya Allah SWT mewasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik kepada kerabat kalian. ( lalu kepada kerabat ) yang lebih dekat.
[ أخرجه ابن ماجه رقم الحديث : 3728 ، قال الشيخ الألباني : صحيح] Syarahan Hadis : Allah SWT mewasiatkan kepada hambanya agar mentaati ibu dan bapa mereka. Ini adalah kewajipan buat seorang anak terhadap kedua ibu bapa mereka kerana merekalah yang berhak ditaati dan dihormati dan Allah SWT juga memerintahkan supaya berbuat baik kepada kerabat serta saudara yang lain dan kerabat saudara yang lebih dekat. Dan menderhaka kepada kedua Ibu bapa Adalah Dosa Besar. والله أعلم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan