Isnin, 25 April 2011

Bertanyalah......

Abdullah bin Abbas berkata, “ Aku pernah bertanya kepada 30 sahabat Nabi S.A.W tentang satu masalah sahaja ” [ Siyar Rul Aklam An-Nubala ]
Allah S.W.T berfirman,
Dan kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang kami beri wahyu kepada mereka; Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan[1] jika kamu tidak mengetahui [ Surah An-Nahl : 43 ]
[1]  Yakni: orang-orang yang mempunyai pengetahuan tentang nabi dan kitab-kitab.
Bertanya ialah amalan yang sangat mulia disis islam. Ini kerana, tanpa bertanyakan tentang sesuatu kita tidak mungkin akan memperolehi maklumat yang dituntut oleh islam. Justeru, islam tidak benarkan apa-apa sahaja yang kita tidak perolehi maklumat tentang sesuatu perkara. islam larang sama sekali untuk kita ikutinya, seperti mana Firman Allah S.W.T,
Dan janganlah engkau mengikuti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya. [ Surah Al-Israa : 36 ]
Dan Allah S.W.T berfirman :
Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (yaitu) tidak menyembah- nya[2] dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba- hamba-Ku,Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya[3]. mereka Itulah orang-orang yang Telah diberi Allah petunjuk dan mereka Itulah orang-orang yang mempunyai akal. [ Az-Zumar : 17-18 ]
[2]  Thaghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain Allah s.w.t.
[3]  maksudnya ialah mereka yang mendengarkan ajaran-ajaran Al-Quran dan ajaran-ajaran yang lain, tetapi yang diikutinya ialah ajaran-ajaran Al-Quran Karana ia adalah yang paling baik.
Oleh sebab itu, bertanyalah dan bertanyalah…………