Sabtu, 6 Januari 2018

SEATIAP PERBUATAN AKAN DITUNTUT OLEH ALLAH S.W.T

[ Hadith Daripada Aisyah R’HA beliau berkata ] Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata padaku :

إِيَّاكِ وَمُحَقَّرَاتِ الْأَعْمَالِ فَإِنَّ لَهَا مِنْ اللَّهِ طَالِبًا

Mafhumnya : " Jauhkanlah dirimu dari amalan-amalan yang tercela (dosa) kerana amalan-amalan tersebut akan di tuntut oleh Allah " [ Hr Ibnu Majah No. 4243 SAHIH ]

- RINGKASAN -

1- Setiap perbuatan akan dituntut oleh allah S.W.T baik atau buruk Allah perintahkan MalaikatNya untuk mencatat apa sahaja hambNya lakukan,

2- Dosa-dosa kecil yang dianggap remeh juga akan di tuntut oleh allah. Sekiranya dosa melebihi pahala pelaku tersebut akan di masukan ke dalam neraka, Sekiranya pahala pelaku lebih banyak daripada dosa ia terselamat,

3- Hadith ini berbentut peringatan buat hambNya bahawa dia maha mendengar lagi maha melihat apa sahaja yang hambnya lakukan. Maka hati-hatilah dengan setiap perbuatan kita,